Pages

kematian adalah sebaik-baik peringatan.....

Wednesday, March 31, 2010

Water

Amazing!

Can water be affected by our words?
Dr. Masaru Emoto, a Japanese scientist, believes so.
And he has proof.




Dr. Emoto took water droplets, exposed them to various words, music, and environments, and froze them for three hours. He then examined the crystal formations under a dark field microscope. And he took photographs.


The results were totally mind-blowing.


Here’s a photo of ordinary water without any prayer spoken over it. The molecular structure is in disarray.




The photo below is water after the prayer was said. It’s simply breathtaking. (I now have a great respect for praying before meals! More on this later.)




Dr. Emoto also exposed water to Heavy Metal music. Here’s how it looks like. Looks sad if you ask me.




Here’s water exposed to classical music and folk dance music. Looks much better, right?





Next, Dr. Emoto stuck a piece of paper with these words: “You make me sick. I will kill you.” Here’s how the frozen water droplets looks like under the microscope…




Below is how water looked like with the words “Love” over it. The difference is amazing.




This is Polluted water…




This is water from Lourdes , France . Utterly beautiful, right?




Wait A Minute— Aren’t You Made Up Of Water?


Yes! 72% of your body is made up of water. Imagine how your words affect your own body. When you say, “I’m a failure,” or “I’m hopeless,” or “I won’t get well,” imagine how these words weaken your health.


Make a choice to say the best words out there. Say often, “I’m wonderful,” and “I’m beautiful,”.

It’s not only water.


Dr. Emoto also experimented with cooked rice. He placed one cup of cooked rice in two airtight jars. On one jar, he wrote, “I love you,” and on the other, “You fool.” Everyday for 30 days, Dr. Emoto would say these words to each jar of rice.


After 30 days, the “I love you” rice was still white. But the “You fool” rice was so rotten, it was black. How can you explain this?




Just as a side note: When I was a child, my mother taught me to pray before meals. Now I realize it wasn’t just a nice thing to do. When I pray over my meal, I know a material transformation takes place in the molecular level of the food that I pray for. I say, “Be blessed,” to the water and food on the table—and I expect it to be blessed.


Yeah – that’s why we always wish others well on birthdays, anniversaries, graduation, festivals, examination days, etc…. BE BLESSED, everybody!!!


On a more serious note : (from an article written by a scientist in response to skeptics debunking Emoto’s studies ) :


The Journal of Alternative and Complementary Medicine which ran the Emoto article also contains topics that are not mainstream medicine and science, and include a practices like acupuncture or meditation that lie outside the main areas of medical science.


The Emoto article ran as what they called a "PhotoEssay", and was not written up in conventional scientific style, but was much more informal. The label and the style strongly suggest that the article was not peer-reviewed by conventional scientists, but was simply published as received.


May the blessing of almighty be with you always.

Saturday, March 27, 2010

AKTA PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL TAHUN 1955 SMALL ESTATE (DISTRIBUTION) ACT 1955


Akta Pembahagian Harta Pusaka Kecil 1955 ialah satu akta yang digubal untuk memproses dan menyelesaikan harta pusaka kecil si mati.
* Permohonan dan penyelesaian dibuat di Pejabat Tanah dan Pentadbir Tanah diberi kuasa mendengar/memutuskan kes pusaka. Penggunaan Akta in telah menseragamkan pengurusan/pentadbiran
penyelesaian pusaka diseluruh Negeri.

Bidang kuasa berkaitan harta pusaka kecil ialah dibawah :-
* Perlembagaan Persekutuan - Jadual Kesembilan Perkara 4(e) (1) “ ……. pewarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat, probet dan suratmentadbir pusaka…..” sebagai satu Senarai Persekutuan.

Pentadbiran Pusaka di Malaysia
di Malaysia, urusan penyelesaian harta pusaka menjadi tanggungjawab 4 jabatan/ agensi:-
* Mahkamah Tinggi
* Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan
Galian Persekutuan/Pejabat Tanah
* Amanah Raya Berhad
* Jabatan atau agensi yang terlibat dengan harta berkaitan(biasanya tempat simati bekerja)

Tanggungjawab jabatan/agensi in dibezakan oleh:
(i ) jenis harta pusaka
(ii) bidangkuasa perundangan yang digunapakai oleh agensi berkaitan.

Majikan Simati (emolumen)
kakitangan kerajaan/pesara - mati meninggalkan harta – gaji, elaun tidak melebihi RM 2,000.00 (Pekeliling Perbendaharaan bil 2 tahun 1986 – waris menandatangani borang “indemnity bond”

Harta tak alih
tanah dan sebarang kepentingan daripada tanah, hak di atas atau faedah yang terbit atau mungkin terlibat daripada tanah

Harta alih
termasuk wang simpanan di institusi kewangan, saham-saham, kenderaan, barang kemas, senjatapi dan sebagainya.

Bergantung pada nilai. Jika harta pusaka itu RM 600,000.00 kebawah,ia dikategorikan harta pusaka kecil dan diselesaikan di Pejabat Tanah. Jika lebih, harta itu tergolong dalam kes pusaka besar dan diselesaikan di Mahkamah Tinggi.

Dokumen Yang Diperlukan untuk membuktikan kematian

sijil kematian

permit menguburkan

surat akuan bersumpah oleh dua orang saksi bebas

perintah anggapan kematian oleh mahkamah (seksyen 108 akta keterangan)

Cara Memohon

gunakan borang A Akta berkenaan

satu permohonan sahaja perlu dibuat

permohonan dibuat di Daerah dimana tanah yang nilainya yang lebih tinggi

Permohonan sertakan dokumen berikut:

bukti kematian asal

salinan kad pengenalan waris

salinan buku akaun dan sijil saham

salinan hakmilik tanah

salinan hakmilik kenderaan

Siapa yang layak memohon ?

waris-waris yang berhak

pemberi hutang termasuklah pemegang gadaian/pajakan

pembeli melalui perjanjian yang sah

Majlis Agama Islam/Baitul mal

Amanah Raya Berhad

Penghulu dan Penolong Pegawai Tanah atas arahan Pentadbir Tanah

Tugas Pentadbir Tanah :-
(1) memproses permohonan
semak nilaian tanah untuk menentukan bidang kuasa penyelesaian samada pusaka kechil atau besar
Rujuk kepada Pendaftar Pusat Mahkamah Persekutuan, Putrajaya

(2 ) notis perbicaraan
Hantar notis kepada semua pihak yang berkaitan tempoh notis 14 hari
kegagalan atau ketinggalan penyerahan notis , perbicaraan dianggap sah kecuali Mahkamah berpendapat kegagalan disengajakan.
permohonan dianggap ditarik balik oleh pemohon selepas gagal hadir 3 kali notis dikeluarkan, kecuali pemohon terdiri dari pembeli atau pemiutang.

(3) Tatacara perbicaraan dan tanggungjawab Pentadbir Tanah
waris dan orang berkepentingan hadir pada hari perbicaraan
waris tidak dapat hadir boleh kemukakan surat persetujuan secara akuan bersumpah

keterangan semasa perbicaraan secara bersumpah dan ikrar
meminta saksi-saksi hadir untuk disoal jawab
menentukan agama dan adat simati
menentukan cukai pusaka, perbelanjaan pengkebumian, hutang dan bahagian baitul mal jika ada
melantik penjaga/pemegang amanah bagi waris dibawah umur dan orang tak siuman
(4 ) Cara pembahagian harta pusaka
orang islam mengikut hukum faraid
orang bukan islam mengikut Akta Pembahagian 1958
pembahagian cara muafakat atas persetujuan waris dan tidak bercanggah dengan undang-undang
(5) Perintah Pembahagian
perintah turun milik
perintah lantik pentadbir
perintah jualan
perintah secara lelongan awam
perintah turunmilik kepada pembeli
perintah mengistiharkan pertelingkahan

(6) Pembahagian Tanah Pusaka di bawah Akta Tanah Penempatan Berkelompok 1960
penurunan milik hanya kepada seorang sahaja
di lantik Pentadbir
jualan secara lelong awam sekiranya lebih dari seorang yang menuntut dan wang jualan dibahagi kepada semua waris ikut faraid

(7) Rayuan
mana-mana pihak tidak puashati dengan perintah pembahagian boleh buat rayuan ke mahkamah tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh perbicaraan dengan mengisi borang K2

sekiranya tempoh 14 hari telah luput, pihak merayu bolih mohon ke mahkamah tinggi untuk lanjutkan tempoh rayuan

(8)permohonan yang kemudian (sek. 17 akta pusaka kecil)
ada harta tertinggal
lantik pentadbir baru atau batal pentadbir dan pembahagian dibuat
lantik pemegang amanah baru atau batal pemegang amanah turun milik kepada waris telah dewasa
menarik balik kaveat pendaftar yang dimasukan dalam perbicaraan awal
bayaran-bayaran yang dikenakan
permohonan baru (borang A) – RM 10.00
permohonan kemudian (borang P) – RM 10.00
bayaran perintah RM 10.00, salinan perintah satu salinan RM 2.00
bayaran cukai pusaka bergantung kepada nilai harta pada tarikh mati. kematian pada 1 november 1992 dan selepasnya tidak dikenakan bayaran cukai pusaka
rayuan ke Mahkamah Tinggi
pertaruhan (deposit) RM 1,500.00
bayaran rayuan RM 50.00
Kenapa permohonan pusaka perlu disegerakan
memudahkan proses pembahagian pusaka
membolihkan harta pusaka di manfaatkan segera bagi faedah waris
mengelakkan bilangan waris yang ramai akibat kematian waris-waris berlapis
mengelakkan berlakunya tanah terbiar yang merugikan semua pihak
bayaran pampasan tanah kepada pimilik dengan segera sekiranya tanah terlibat dengan pengambilan tanah
mengelakkan wang simpanan simati di dalam institusi kewangan dipindahkan kepada perbendaharaan melalui akta wang tidak dituntut

Tanggung jawab Penghulu

Penghulu mestilah melaporkan kepada Pentadbir Tanah jika waris simati tidak membuat permohonan pusaka selepas 6 bulan dari tarikh kematian simati (sek 18(1) akta)

selepas 6 bulan Pentadbir Tanah boleh arahkan Penghulu membuat permohonan pusaka – (sek 18 (1))

jika harta simati bukan harta pusaka kecil, Penghulu dikehendakki lapor kepada Amanah Raya Berhad (sek 18 (1))

Penghulu boleh dipanggil oleh Pentadbir Tanah dalam mana-mana perbicaraan sebagai saksi (sek 12 (3) akta)

Penghulu tidak dikenakan apa-apa bayaran bila menuntut permohonan pusaka (sek 18 (2) akta)

Kesimpulan
tuntutan harta pusaka perlu disegerakan untuk mengelakkan kematian berlapis dan menjadikan prosedurnya mudah dan belanja yang murah.

Friday, March 26, 2010

MP Hulu Selangor meninggal dunia

MP Hulu Selangor meninggal dunia
Mac 25, 10 9:40pm
Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.

Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.

Asal sebagai cikgu

Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.

Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Dalam Umno, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan Umno Cheras (1987) serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.

Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.

Beliau turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.

Semasa dalam Umno, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.

Wednesday, March 24, 2010

Ilham dari Tuhan?

Hari ini aku terima email berikut dari seorang teman:

A young man had been to Wednesday Night Class of Quranic Studies. The Mualim had shared about listening to Allah and obeying Allah through intuition.


The young man couldn't help but wonder, 'Does Allah still speak to people through intuition?'

After Lessons, he went out with some friends for coffee and pie and they discussed the message. Several different ones talked about how Allah had led them in different ways and that at the end you'll know it was Allah(SWT) Who has directed you.

It was about ten o'clock when the young man started driving home. Sitting in his car, he just began to pray, 'Allah...If you still speak to people, speak to me. I will listen.. I will do my best to obey.'


As he drove down the main street of his town, he had the strangest thought to stop and buy a gallon of milk. He shook his head and said out loud, 'Allah is that you?' He didn't get a reply and started on toward home.

But again, the thought, buy a gallon of milk came into his head. 'Okay, Allah, in case that is you, I will buy the milk.' It didn't seem like too hard a test of obedience. He could always use the milk.


He stopped and purchased the gallon of milk and started off toward home.

As he passed Seventh Street , he again felt the urge, 'Turn Down that street.'This is crazy he thought, and drove on past the intersection.

Again, he felt that he should turn down Seventh Street .


At the next intersection, he turned back and headed down Seventh. Half jokingly, he said out loud, 'Okay, Allah, I will.'


He drove several blocks, when suddenly, he felt like he should stop. He pulled over to the curb and looked around.


He was in a semi-commercial area of town. It wasn't the
best but it wasn't the worst of neighborhoods either.
The businesses were closed and most of the houses looked dark like the people were already in bed. Again, he sensed something, 'Go and give the milk to the people in the house across the street.'


The young man looked at the house.. It was dark and it looked like the people were either gone or they were already asleep.


He started to open the door and then sat back in the car seat. 'Allah, this is insane. Those people are asleep and
if I wake them up, they are going to be mad and I will look stupid.'

Again, he felt like he should go and give the milk. Finally, he opened the door, 'Okay Allah(SWT), if this is you, I will go to the door and I will give them the milk. If you want me to look like a crazy person, okay.

I want to be obedient. I guess that will count for something, but if the don't answer right away, I am out of here.'


He walked across the street and rang the bell. He could hear some noise inside. A man's voice yelled out, 'Who is it? What do you want?' Then the door opened before the young man could get away.

The man was standing there in his jeans and T-shirt. He looked like he just got out of bed. He had a strange look on his face and he didn't seem too happy to have some stranger standing on his doorstep. 'What is it?'

The young man thrust out the gallon of milk, 'Here, I brought this to you.' The man took the milk and rushed down a hallway. Then from down the hall came a woman carrying the milk toward the kitchen. The man was following her holding a baby. The baby was crying. The man had tears streaming down his face.

The man began speaking and half crying, 'We were just praying. We had some big bills this month and we ran out of money.. We didn't have any milk for our baby. I was just praying and asking Allah(SWT) to show me how to get some milk.'


His wife in the kitchen yelled out, 'I ask him to send an Angel with some. Are you an Angel?'


The young man reached into his wallet and pulled out all the money he had on him and put in the man's hand.


He turned and walked back toward his car and the tears were streaming down his face. He knew that Allah (SWT) still answers prayers.

Betapa, aku teringatkan panggilan terakhir yang aku terima dari ayah. Tak silap aku hari isnin pagi, 1/3/10. Nada suara sara ayah biasa saja. Aku di pejabat, baru memulakan kerja. Aku tak ingat apa yang ayah mulakan dalam perbualan itu, namun yang pasti tidak sebagaimana biasa, kalau ayah talipon , akan ada bantuan yang diperlukan dariku umpamanya tolong beli borang tender, tolong hantar surat itu, surat ini dll yang berkait urusan bisness ayah.

Namun hari itu, ayah sekadar bersembang. Dan ayah ada bertanya, "tak boleh balik ke?". Aku merasa pelik dengan pertanyaan itu. Lalu aku bertanyakan "ayah sihat ke?". "Sihat" jawab ayah.."cuma sekarang ni ada kencing manis pula".

"Biasalah tu, peringkat umur macam ni, semua datang"balasku.."ayah kontrol makan la". Walaupun cuak dihati, aku layan ayah bersembang.

"Mek sakit, mu tau ke?" tanya ayah

"Tau, dah talipon dia dah. Dah Ok dah.."

Kemudian perbualan kami berkisar kepada hasrat ayah untuk membuat kilang keropok di kampung. Ayah juga mengusulkan beberapa cadangan bisnes supaya aku buat. Begitulah, ayah sentiasa kaya dengan idea.

Tak silap ingatanku, ayah ada talipon semula selepas itu bertanyakan samada aku ada menalipon nya semula. Tak, kataku... Ingatkan mu ada talipon ayah, kata ayah...

Selepas perbualan itu, cuak di hatiku tetap ada. Kenapa ayah tanya "boleh balik ke ?" Tapi ayah kata dia OK, mek juga ok. Aku berkali-kali ingin talipon ayah selepas itu, tapi aku tangguhkan. Tunggu lah...bisik hati ku. Dalam masa yang sama aku mengharapkan ayah akan talipon aku lagi. Antara aku dan ayah, ayah lebih banyak menaliponku. Bukan aku tidak mahu talipon ayah, tetapi amat sukar untuk talipon ayah.Tambah2 kalau ayah berada di rumahnya. Ayah pernah beritahu kalau Maksu (isteri terakhir ayah) tahu ayah talipon anak2,Maksu akan marah2. Sebab itu aku lebih banyak menunggu ayah talipon dari menalipon ayah. Ada sekali aku talipon ayah, ayah bercakap sepatah dua saja. Bila aku tanya ayah kat mana, jawab ayah kat rumah. Kadang2 ayah akan talipon aku sewaktu dia dalam perjalanan ke surau.

Hasrat untuk menalipon ayah amat kuat, namun sifat menangguh juga kuat ... akhirnya aku terima panggilan dari kakak tentang ayah yang tidak sedarkan diri dan akhirnya pergi buat selama2nya.

Begitu, suara hati kita itu mungkin ilham dari Tuhan. Apatah lagi kalau ianya berkait dengan ibu dan ayah. Kesilapanku adalah tidak mengendahkan suara hati itu dan aku patut menanggung kekesalan ini.... ayah , moga roh mu di rahmati Allah..amin.


Tuesday, March 23, 2010

Yanie Mentor Meninggal Dunia


Artis Malaysia gosip artis

yanie mentorSudah lama kita tidak mendengar berita mengenai Yanie Mentor, Tau-tau dia telah pun pergi buat selama-lamanya. Yanie Mentor atau nama sebenarnya Siti Suriane Julkarim dengarnya menderita dengan penyakit ketumbuhan pada paru-paru sejak 4 bulan yang lepas, Akhirnya Yanie menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam di Hospital Keningau sabah..

Yanie yang mula popular dengan rancangan Mentor musim pertama dan mendapat tempat ke-3 bersama mentornya Ning Baizura meninggal dunia pada usia yang muda 25 tahun, Yanie juga turut meninggalkan seorang anak dan suaminya Irfin Abdul Manan.

MyGosip mengucapkan takziah buat keluarga dan suami Yanie Mentor, Kami harap keluarga serta teman rapat Yanie tabah menghadapi berita yang amat mengejutkan ni.. Sama-sama lah kita menghadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Yanie..
yanie mentor meninggal dunia

Tan Sri Sulaiman Daud meninggal dunia

Mac 23, 10 10:55am
Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 8.10 pagi ini setelah lama uzur.

Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata jenazah dibawa balik ke kediaman Allahyarham di 61, Lorong Lai Tet Lok Satu Off Jalan Gurney di Kuala Lumpur.

Allahyarham yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-77 pada 4 Mac lalu, meninggalkan empat anak, iaitu Mahathir, Norshida, Zelda Raha dan Azman.

Isteri Allahyarham, Puan Sri Naemah Hasbi meninggal dunia pada 26 Mac 2005 akibat barah paru-paru.

Sulaiman, yang merupakan bekas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak dan bekas anggota Parlimen Petra Jaya, Sarawak, pernah menjawat pelbagai jawatan sebagai menteri di peringkat persekutuan, bermula dengan Menteri Wilayah Persekutuan pada 19 Mac 1981.

Selain itu

, Allahyarham juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran (1981-84 dan juga 1995-99), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1984-86), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1986-89), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1989-1990), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999).

Anak kelahiran Kuching, Sarawak yang berkelulusan ijazah kedoktoran pergigian dari University of Otago, New Zealand, pernah bertugas sebagai doktor gigi di kerajaan negeri Sarawak dan Jabatan Perubatan Brunei pada tahun 1960-an.

- Bernama

Friday, March 12, 2010

Rasulullah

Tots of reciting yasin and doing tahlil for my late father at surau tonite. But the program changed to celebrating maulid. Guests from SMAKL. Guest ustaz (apa ke nama, x ingat..) told that he was given time until isyak. When isyak came, he said another 10 min. Passing 10 min. he continued untill +-9.10pm


listening to ceramah on peribadi Rasulullah


followed by qasidah, accompanied with drum (?)


followed by salawat Nabi, SMAKL's style- leaving other jemaah kejap ikut kejap diam......


last but not least, bunga rampai - biasalah Melayu culture..

Kata ustaz, Rasulullah tidak tinggal 5 perkara dalam kehidupan sehariannya :-
1- Sugi - so alway berus gigi k! Rasulullah bersugi 70x sehari
2.Minyak Wangi - kalau Rasulullah duduk di satu tempat kemudian dia tinggalkan tempat tsb, bau wanginya masih kekal- setengah riwayat kata sampai 7 hari- (kalau x silap kata ustaz)
3.Sikat rambut - Rasulullah adalah lelaki macho - selalu kemas dan rapi rambutnya
4. Minyak rambut - Rasulullah selalu minyakkan rambutnya
5.Gaharu - Rasulullah suka wangikan ruang bilik dgn setanggi/gaharu

Kata ustaz lagi, sebelum wafat , Rasulullah tekankan 3 perkara:-
1-Ummati- (ummatku)- Rasulullah menyayangi ummatnya. Hanya dia Nabi yang mengutamakan ummatnya di akhirat kelak. Sebab itu hanya dia yg boleh bagi syafaat. Oleh itu sentiasalah salawat.
2.Solat - Rasulullah berpesan supaya solat dijaga
3.Wanita - Rasulullah berpesan supaya berbuat baik kepada kaum wanita

Aku tertarik tentang kebersihan badan yang Rasulullah utamakan itu. Bukanlah item ini baru ku tahu tetapi aku tertarik sebab ketiak pak imam yang duduk sebelah aku ni, masya Allah...hangit sungguh...!! Lupa nak deodorant kot. Ke pak imam ingat deodorant tu haram sebab ada alkohol? Boleh la...alkohol dalam perfume tak sama dgn alkohol arak tu.. Pak bilal pun sama spesis ngan tok imam. Lagi hagit sebab campur minyak atar. Mengganggu betul.
Aku pernah dengar seorang ustaz kata kalau kehadiran kita ke masjid boleh mengganggu jemaah lain, lebih afdal solat kat umah je. Tapi dalam kes ni aku rasa dorang tak peka ngan bau ketiak dorang. Nasib...nasib...

SISTEM FARAID

PENGERTIAN FARAID

Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan di bahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak dll).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.


CARA PENGAMBILAN HARTA PUSAKA

ALLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 11)

Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu. Iaitu; bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka ia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya (sahaja), maka ibunya mendapat satu pertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat satu perenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut) sesudah dipenuhi wasiat yang dia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

(an-Nisa : 11)


ALLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 12)

Dan bagimu (para suami) satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat satu perempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh satu perempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperolehi satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan bapa dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu sahaja) atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja), maka bagi masing-masing dari kedua-dua jenis saudara itu satu perenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang satu pertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang sedemikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.

(an-Nisa :12)


ALLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 176)

Mereka meminta fatwa kepada kamu (tentang kalaalah). Katakanlah Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalaalah (iaitu): jika seorang meninggal dunia, dan dia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu satu perdua daripada harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang lelaki, mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika dia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi kedua-duanya dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika mereka (ahli waris itu terdiri daripada) saudara lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara lelaki sebanyak dua bahagian saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

(an-Nisa : 176)

SENARAI AHLI-AHLI WARIS YANG LAYAK MENERIMA HARTA PUSAKA

Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari dari pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka.

Waris dari pihak lelaki seperti berikut:
1. Anak lelaki
2. Cucu lelaki dari anak lelaki
3. Bapa
4. Datuk
5. Saudara lelaki seibu sebapa
6. Saudara lelaki sebapa
7. Saudara lelaki seibu
8. Anak saudara lelaki dari seibu sebapa
9. Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa
10. Bapa saudara seibu sebapa
11. Bapa saudara sebapa
12. Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa
13. Sepupu dari bapa saudara sebapa
14. Suami
15. Hamba sahaya

Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu:
1. Bapa
2. Anak lelaki
3. Suami

Ahli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta pusaka iaitu:
1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan dari anak lelaki
3. Ibu
4. Nenek sebelah ibu
5. Nenek sebelah bapa
6. Saudara perempuan seibu sebapa
7. Saudara perempuan seibu
8. Saudara perempuan sebapa
9. Isteri
10. Petuan perempuan bagi hamba sahaya

Jika kesemua ahli waris diatas wujud, hanya 5 orang yang layak:
1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan dari anak lelaki
3. Ibu
4. Saudara perempuan seibu sebapa
5. Isteri

Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut:
1. Bapa
2. Ibu
3. Anak Lelaki
4. Anak Perempuan
5. Suami/Isteri

Jika Si Mati adalah perempuan dan meninggalkan Suami, maka Suami akan mendapat 1/2 dari harta peninggalan isterinya dengan syarat Si Mati tidak meninggalkan anak (sama ada Anak Lelaki atau Anak Perempuan) atau anak kepada Anak Lelaki(tidak kira lelaki atau Perempuan). Jika Si Mati mempunyai anak atau anak kepada Anak Lelaki, maka Suami akan mendapat 1/4 daripada harta peninggalan isterinya. Sebaliknya jika Si Mati adalah lelaki dan meninggalkan Isteri, maka Isteri akan mendapat 1/4 daripada harta Suaminya dengan syarat Si Mati tidak meninggalkan anak atau anak kepada Anak Lelaki. Sebaliknya isteri akan mendapat 1/8 daripada harta peninggalan suaminya jika Si Mati mempunyai anak atau anak kepada Anak Lelaki.

KADAR DAN SYARAT BAGI SETIAP AHLI WARIS

Berikut adalah bahagian yang diperolehi oleh ahli waris mengikut syarak..

Bahagian Diperolehi

Suami kepada simati

1/2

Tidak mempunyai anak ATAU
Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki

1/4

Mempunyai anak ATAU
Mempunyai cucu dari anak lelaki


Bahagian diperolehi

Isteri kepada simati

1/4

Tiada anak ATAU
Tiada cucu dari anak lelaki

1/8

Mempunyai anak ATAU
Mempunyai cucu dari anak lelaki


Bahagian Diperolehi

Anak Perempuan Simati

1/2

Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki

2/3

2 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak lelaki

ASABAH BI-GHAIRIH

Mempunyai anak lelaki - mendapat separuh dari bahagian anak lelaki


Bahagian Diperolehi

Cucu Perempuan Anak Lelaki Simati

1/2

Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak

2/3

Mempunyai 2 orang atau lebih DAN tiada anak

1/6

Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama dengan
seorang anak perempuan

ASABAH BI-GHAIRIH

Mempunyai cucu lelaki - mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki.
Terhalang disebabkan mempunyai anak lelaki ATAU 2 anak perempuan
atau lebih


Bahagian Diperolehi

Bapa Simati

1/6

Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki

1/6 dan Asabah

Mempunyai anak perempuan ATAU cucu perempuan
dari anak lelaki

ASABAH

Tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki



Bahagian Diperolehi

Ibu Kepada Simati

1/6

Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa

1/3

Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU
tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa

1/3 dari baki

Mempunyai bapa serta suami ATAU isteri


Bahagian Diperolehi

Datuk kepada simati

Sama seperti bapa

Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa



Bahagian Diperolehi

Saudara Perempuan Seibu Sebapa kepada simati

1/2

Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang
menjadikannya Asabah

2/3

Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang menjadikannya Asabah

ASABAH

Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk.

Terhalang oleh

disebabkan adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki



Bahagian Diperolehi

Saudara Perempuan Sebapa

1/2

Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung, bapa
DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah

2/3

Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki,
saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya
Asabah

1/6

Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu
sebapa

Asabah

disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk

Terhalang Oleh

1. Bapa
2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung
3. Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai
anak perempuan dan cucu perempuan
4. Saudara lelaki kandung



Bahagian Diperolehi

Saudara Seibu (Lelaki/Perempuan)

1/6

Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

1/3

Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

Terhalang oleh

Disebabkan adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki


Thursday, March 11, 2010

Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia

Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.

Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera.

Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

"Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam," katanya.mkini

Tuesday, March 9, 2010

Akhirnya tiba jua giliran ayahanda...

Kematian itu adalah pasti bagi setiap insan. Akhirnya jam 11.30malam, 05-03-10 giliran itu sampai kepada ayahandaku.

Perjalanan akhir ayahanda setelah disembahyangkan.

Detik akhir kewujudan ayahanda di atas muka bumi, kini ayahanda bersemadi di perut bumi. Wahai bumi, lapangkanlah kubur ayahku. Wahai Tuhan, terimalah roh ayahku dan tempatkanlah ia bersama orang2 yang Kau redhai....amin.
'Tok Ppeti' membacakan talkin secara hafal menggunakan bahasa Malaysia campur bahasa Kelantan

semoga ayahanda ditempatkan di syurga firdaus


Ayah punya hubungan yang akrab dengan ramai orang. Imam masjid tempat ayah selalu lepak-bekas murid ayah juga kawan ayah, membacakan talkin sekali lagi
Benarlah sabda Nabi apabila matinya insan, 3 yang mengikutnya ke kubur. 1 tinggal, 2 balik. Yang tinggal adalah amalnya, yang balik adalah keluarga dan hartanya,




Tahlil pada malamnya. Aku tertanya2, apakah amalan ini akan sampai kepada arwah?