Pages

kematian adalah sebaik-baik peringatan.....

Tuesday, December 29, 2009

TEMUDUGA TERBUKA!!!

TEMUDUGA TERBUKA!!!
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca i klan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas y ang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

Aslanwashere


ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah
copy paste dr tagged frens

Friday, December 25, 2009

Air mata di surau

Malam ini kami khatam Quran setelah hampir setahun mempelajarinya dari ustaz Ismail. Kelas sekali seminggu setiap hari jumaat lepas maghrib. Ustaz begitu istiqamah dalam menunaikan amanah tugasnya. Waktu satu jam digunakan sepenuhnya. Kerap terjadi jemaah yang tidak tahu akan jadual pengajian terpaksa tunggu sehingga habis kelas untuk berjemaah Isyak. Ustaz datang dari Sunway, bayangkan kesesakan yang beliau perlu tempuhi hanya untuk mengajar orang2 dewasa mengaji dan ilmu tajwid. kekadang ustaz mentafsirkan surah2 yang kami baca.

Aku cukup senang dengan ustaz. Pernah sekali semasa solat Isyak selepas mengaji, air mataku meleleh keluar dek kerana sayu yang datang tiba2. Sayu melihatkan susuk tubuh ustaz yang agak aku tak berapa jauh senior dariku. Sayu mengenangkan kesungguhan ustaz mengajar kami walhal saguhati yang disumbangkan oleh surau mungkin cukup2 buat duit minyak keretanya sahaja. Begitu, orang berilmu yang istiqamah dalam mencurahkan ilmu tidak mengira wang ringgit.

Malam ini air mataku meleh lagi tatkala azan isyak dikumandagkan. Bukan sayu kerana azan itu tapi sayu mengenangkan ustaz. aku sayangkan ustaz ni. Mungkin doaku dulu agar Allah kurniakan guru yang mursyid telah termakbul, dan hari ini penamat kepada pengajian kami. Pernah ku usulkan kepada imam agar diteruskan khidmat ustaz dengan modul tafsir pula. Namun imam tidak boleh berbuat apa kerana pengerusinya adalah karkun yang lebih mementingkan kepada fadhail amal. 

Seusai solat isyak, imam mengajakku menemaninya untuk minum2 dengan ustaz. Sementara menanti ustaz, imam terluahkan ketidak puasan hatinya dengan pengurusan surau yang hanya bersemangat menjalankan usaha dakwah tapi tidak dalam menambahkan ilmu. Rupanya imam sekepala dengan ku. Aku hanya tersengeh mendengar getusan hati imam. Aku masih di kira baru dalam komuniti di sini. Namun aku khabarkan juga kepada imam, sebenarnya aku dalam era memprotes. Sebab itu majlis2 karkun tidak ku sertai. Aku boikot kerana permintaanku supaya malam2 yang terluang di isi dengan pengajian disanggah oleh ajk. Mereka lebih mementingkan usaha tabligh.

Bukan aku menentang tabligh, malah aku pun pernah  ikut juga . Cumanya, aku rasa pengisian ilmu harus seiring dengan usaha tabligh. Mungkin nafsu ku mengatasi rasional lalu aku ambil tindakan boikot ini. Moga Allah berikan ku petunjuk dan moga Allah datangkan ilmu yang lebih lagi ke surau ini.

Dan kini ku sedari indahnya hidup bila berada di gelanggang ilmu. Moga Tuhan berikan ku kekuatan untuk mencari dan mengamalkan ilmu2Nya. Amin. Buat Ustaz, jazakallahu khairan kathira. Halalkan ilmu2 yang telah ustaz ajarkan kepada kami dan semoga Allah merahmati ustaz sekeluarga.

Wednesday, December 23, 2009

SUNGAI DI BAWAH LAUTAN






BARU DITEMUKAN SUNGAI DIBAWAH LAUTAN 
  
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Meksiko. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t. 
sumber: dari email sahabat