Asas dalam ilmu rawatan Islam adalah doa yang dipanggil Ruqyah. Ianya didasarkan kepada ayat2 Allah, hadis2 Nabi dan dari salafuss soleh. Insan tidak memiliki kesembuhan, hanya Allah yang memilikinya. Insan hanya memiliki ikhtiar. allah akan memberi pahala kepada ikhtiar tersebut.
Untuk mencari ilmu, seseorang itu perlu ada :-
1.Niat untuk mencari ilmu
2.Keikhlasan
3.Komited dengan ilmu yang dipelajari
4.Hendaklah beramal dengan ilmu yang dipelajari
5.Mengembangkan ilmu tersebut kerana ianya amanah Allah.
Adalah berdosa besar sekiranya kita menyembunyikan ilmu. Berkata Imam Syafie, Kamu tidak akan boleh mencapai ilmu Perawatan Islam melainkan memenuhi 6 kriteria berikut:-
1.Cerdik
2.Minat
3.Kesungguhan
4.Korbankan kewangan untuk tujuan mencari ilmu
5.Berkawan dengan guru - antara guru dan murid , murid dan guru adalah seumpama kawan yang saling berinteraksi. Berkawan adalah banyak melihat kebaikan dari keburukan kaawan tersebut.
6.Mengorbankan masa yang panjang.
Pintu masuk kepada Ilmu Perawatan Islam adalah niat belajar kerana Allah. Oleh itu apabila diminta pertolongan oleh orang lain, wajib membantu. Sebuah hadis ada menyatakan memenuhi / menunaikan permintaan tolong dari saudara kita adalah lebih baik dari beriktikaf 2 bulan di masjid Nabi.
Sistem ilmu umpama makanan di mana perlu diambil sedikit sedikit, kemudian tambah.Ujian dari Allah akan mendatangi orang yang belajar ilmu dimana akan ada yang dengki, terutama iblis dan syaitan. Oleh itu berbagai halangan akan dihadapi. Oleh itu perlu membuat perlindungan diri. Yang terbaik adalah dengan mengamalkan 3 kul dan ayatul kursi.
Caranya:
Dalam keadaan berwudhuk dan menghadap kiblat, baca 3 Qul dan ayatul kursi.(Tadah tangan seperti berdoa)
Kemudian tiup sehabis nafas dan tahan nafas. Cekup tangan ke muka dan hisap balik nafas tadi. Kemudian sapukan tangan ke muka sampai ke telinga. Kemudian sambung ke seluruh badan dengan niat mintapertolongan dan perlindungan dari Allah.
Fatihah adalah ummul kitab dan menjadi rukun sembahyang. Oleh itu bacaan Fatihah mesti betul dan mesti diamalkan. Oleh itu amalkan membaca Fatihah setiap lepas solat dengan niat kerana Allah dan niatkan untuk menjadikannya ramuan, kawan dan teman untuk berubat dan merawat @ menyembuhkan penyakit. Hadis Nabi ada menyebut Fatihah adalah penyembuh kepada semua jenis racun.
Pada hari ke dua, bacakan fatihah 2 kali setiap lepas solat 5 waktu. Seterusnya utk hari ke 3, 3 kali dan sterusnya hingga hari ke tujuh. Selepas hari ke 7, bacalah 7 kali setiap lepas solat sekiranya mampu. Sekiranya tidak mampu, baca sekadar yang termampu.
nota: Imam Syafie mengatakan dalam fatihah ada 24 syaddah di mana tertinggal satu syaddah akan cacat Fatihah itu. Oleh itu perbetulkan bacaan fatihah anda.
- nota kuliah pengenalan-
Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts
Tuesday, January 12, 2010
Friday, December 25, 2009
Air mata di surau
Malam ini kami khatam Quran setelah hampir setahun mempelajarinya dari ustaz Ismail. Kelas sekali seminggu setiap hari jumaat lepas maghrib. Ustaz begitu istiqamah dalam menunaikan amanah tugasnya. Waktu satu jam digunakan sepenuhnya. Kerap terjadi jemaah yang tidak tahu akan jadual pengajian terpaksa tunggu sehingga habis kelas untuk berjemaah Isyak. Ustaz datang dari Sunway, bayangkan kesesakan yang beliau perlu tempuhi hanya untuk mengajar orang2 dewasa mengaji dan ilmu tajwid. kekadang ustaz mentafsirkan surah2 yang kami baca.
Aku cukup senang dengan ustaz. Pernah sekali semasa solat Isyak selepas mengaji, air mataku meleleh keluar dek kerana sayu yang datang tiba2. Sayu melihatkan susuk tubuh ustaz yang agak aku tak berapa jauh senior dariku. Sayu mengenangkan kesungguhan ustaz mengajar kami walhal saguhati yang disumbangkan oleh surau mungkin cukup2 buat duit minyak keretanya sahaja. Begitu, orang berilmu yang istiqamah dalam mencurahkan ilmu tidak mengira wang ringgit.
Malam ini air mataku meleh lagi tatkala azan isyak dikumandagkan. Bukan sayu kerana azan itu tapi sayu mengenangkan ustaz. aku sayangkan ustaz ni. Mungkin doaku dulu agar Allah kurniakan guru yang mursyid telah termakbul, dan hari ini penamat kepada pengajian kami. Pernah ku usulkan kepada imam agar diteruskan khidmat ustaz dengan modul tafsir pula. Namun imam tidak boleh berbuat apa kerana pengerusinya adalah karkun yang lebih mementingkan kepada fadhail amal.
Seusai solat isyak, imam mengajakku menemaninya untuk minum2 dengan ustaz. Sementara menanti ustaz, imam terluahkan ketidak puasan hatinya dengan pengurusan surau yang hanya bersemangat menjalankan usaha dakwah tapi tidak dalam menambahkan ilmu. Rupanya imam sekepala dengan ku. Aku hanya tersengeh mendengar getusan hati imam. Aku masih di kira baru dalam komuniti di sini. Namun aku khabarkan juga kepada imam, sebenarnya aku dalam era memprotes. Sebab itu majlis2 karkun tidak ku sertai. Aku boikot kerana permintaanku supaya malam2 yang terluang di isi dengan pengajian disanggah oleh ajk. Mereka lebih mementingkan usaha tabligh.
Bukan aku menentang tabligh, malah aku pun pernah ikut juga . Cumanya, aku rasa pengisian ilmu harus seiring dengan usaha tabligh. Mungkin nafsu ku mengatasi rasional lalu aku ambil tindakan boikot ini. Moga Allah berikan ku petunjuk dan moga Allah datangkan ilmu yang lebih lagi ke surau ini.
Dan kini ku sedari indahnya hidup bila berada di gelanggang ilmu. Moga Tuhan berikan ku kekuatan untuk mencari dan mengamalkan ilmu2Nya. Amin. Buat Ustaz, jazakallahu khairan kathira. Halalkan ilmu2 yang telah ustaz ajarkan kepada kami dan semoga Allah merahmati ustaz sekeluarga.
Subscribe to:
Posts (Atom)