Pages

kematian adalah sebaik-baik peringatan.....

Monday, July 27, 2009

15 tanda kematian mulia


Bersama Mohd Zawawi Yusoh (Harian Metro online)

KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat. Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita. Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut. 

Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam 'husnul khatimah' ataupun 'su'ul khatimah.' Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan. Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'? 

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah: 

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkanhadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berke

ringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang. 
5. Mati dalam peperangan fisabilillah. 
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah. Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit." Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busunglapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.
Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.
Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh:

 Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid." 

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."


16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh

. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

Balasungkawa buat adik ku
Pada 18jun2009 jam 9.50mlm. kami telah kehilangan seorang ahli keluarga iaitu adik saya. Beliau pada awalnya menghidap ketumbuhan dalam rahim dan telah menjalani pembedahan mengeluarkan ketumbuhan tersebut. Setelah itu baru pihak doktotr dapat mengesan kanser yang terdapat pada rahim beliau. Seterusnya kanser tersebut merebak ke hati dan akhirnya ke otak.

inilah ketumbuhan yang telah dikeluarkan dari rahim adik


Doktor Ma dari Hospital USM Kubang Kerian adalah doktor yang bertanggunjawab ke atas kejayaan mengeluarkan ketumbuhan tersebut. Sekalung terima kasih buat doktor dan kakitangan yang terlibat. Budi kalian hanya Tuhan yang dapat membalas.

Setelah mengetahui kehadiran kanser, kami mencuba pelbagai ubat alternatif. Namun sebagaimana janji Allah, apabila tiba saat kematian seorang insan, tiada yang dapat mengubahnya. Kami pasrah, adik kami relakan menemui Ilahi dalam keadaan hati yang tidak mahu menerima kenyataan. Apa yang tersurat telah terjadi. Saat sakrataul maut adik disaksikan hampir kesemua ahli keluarga.


Alat pembaca tekanan darah dan nadi sehari sebelum kematian adik


Semoga kematian adik memenuhi kriteria sebagaimana dalam artikel di atas. Amin.


Sunday, July 26, 2009

Akhir sebuah perjalanan yang fana, bermula sebuah perjalanan yang abadi..

Yasmin Ahmad meninggal dunia
Pengarah filem dan iklan yang terkenal Yasmin Ahmad, 51, telah meninggal dunia setelah dilaporkan tenat awal malam ini.

Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya sendiri, diumumkan dalam berita tengah malam TV3 sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara, lapor Bernama, yang memetik pengesahan daripada ketua pegawai operasi Media Prima, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di situ.


Khamis lalu, Yasmin dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital swasta itu setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang di stesen TV3.

Beliau waktu itu berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau dilaporkan menghadapi kesukaran bernafas dan pengsan.

Siti Nurhaliza, duta Persatuan Bulan Sabit Malaysia, dilaporkan turut memberikan bantuan penafasan (CPR) kepada Yasmin bersama dengan seorang doktor panel stesen tersebut.

Di hospital pakar itu, para doktor dilaporkan berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan otak kira-kira jam 6 petang hari yang sama.

Filem-filemnya SepetGubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di di luar negara dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes.

lain2 artikel:

Friday, July 24, 2009

10 Wasiat Imam Syafie

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandunga wasiat tersebut:

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara, iaitu:
 
1.HAK KEPADA DIRI
 Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percaakapan dan berpada2        dengan rezeki yang ada.

2.HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
   Mengqadha kan kewajipan2 yg tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3.HAK KEPADA KUBUR
 Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata2,    memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4.HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
 Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati

5.HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PD HARI KIAMAT)
 Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung  kesusahan

6.HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YG MERENTANGI NERAKA PD HARI AKHIRAT)
 Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka  berjemaah

7.HAK KEPADA MALIK (PENJADA NERAKA)
  Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah secara terang2an serta sembunyi dan memperelok akhlak

8.HAK KEPADA RIDWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
 Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur atas nikmat Allah dan    bertaubat dari melakukan maksiat

9.HAK KEPADA NABI S.A.W
 Bersalawat ke atas baginda, berpegang dgn syariat, bergantung kepada as-Sunnah,  menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah

10.HAK KEPADA ALLAH S.W.T
 Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dr kemungkaran, menyukai ketaatn    dan membenci kemaksiatan.