Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara, iaitu:
1.HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percaakapan dan berpada2 dengan rezeki yang ada.
2.HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqadha kan kewajipan2 yg tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kepada Allah.
3.HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata2, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4.HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati
5.HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PD HARI KIAMAT)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan
6.HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YG MERENTANGI NERAKA PD HARI AKHIRAT)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah
7.HAK KEPADA MALIK (PENJADA NERAKA)
Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah secara terang2an serta sembunyi dan memperelok akhlak
8.HAK KEPADA RIDWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat
9.HAK KEPADA NABI S.A.W
Bersalawat ke atas baginda, berpegang dgn syariat, bergantung kepada as-Sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah
10.HAK KEPADA ALLAH S.W.T
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dr kemungkaran, menyukai ketaatn dan membenci kemaksiatan.
No comments:
Post a Comment