Pages

kematian adalah sebaik-baik peringatan.....

Thursday, January 28, 2010

Norliana Sulaiman meninggal dunia



Alfatihah buat bekas pelakon Norliana Sulaiman yang meninggal dunia sekitar pukul 11.00 pagi ini di Hospital Ipoh, Perak kerana penyakit TB. Norliana, 33, meninggalkan empat anak.

Kakaknya, Zarina Zainuddin berkata, adiknya mendapat rawatan di hospital di Kuala Lumpur sebelum ini dan dibawa pulang ke Ipoh minggu lalu.

"Kami meminta daripada doktor untuk membawa adik saya pulang tinggal bersama ibu di Ipoh apabila keadaannya nampak semakin sihat selepas lapan hari dirawat. Doktor membenarkan dan berpesan agar segera dibawa ke hospital sekiranya dia sakit.

"Semalam saya sempat bercakap dengan arwah yang mengadu dia tidak sihat dan penat sangat sebab kena berjalan jauh semasa mendapatkan rawatan di hospital. Suaranya tak jelas sangat dan dia meminta saya SMS sahaja untuk berkomunikasi.

"Pagi ini saya mendapat panggilan dari ibu yang memaklumkan pemergian adik saya, saya sangat sedih sebab arwah sangat baik dan tidak pernah melanggar cakap," kata Zarina yang masih sebak semasa dihubungi.

manggaonline

No comments: