Pages

kematian adalah sebaik-baik peringatan.....

Saturday, March 27, 2010

AKTA PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL TAHUN 1955 SMALL ESTATE (DISTRIBUTION) ACT 1955


Akta Pembahagian Harta Pusaka Kecil 1955 ialah satu akta yang digubal untuk memproses dan menyelesaikan harta pusaka kecil si mati.
* Permohonan dan penyelesaian dibuat di Pejabat Tanah dan Pentadbir Tanah diberi kuasa mendengar/memutuskan kes pusaka. Penggunaan Akta in telah menseragamkan pengurusan/pentadbiran
penyelesaian pusaka diseluruh Negeri.

Bidang kuasa berkaitan harta pusaka kecil ialah dibawah :-
* Perlembagaan Persekutuan - Jadual Kesembilan Perkara 4(e) (1) “ ……. pewarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat, probet dan suratmentadbir pusaka…..” sebagai satu Senarai Persekutuan.

Pentadbiran Pusaka di Malaysia
di Malaysia, urusan penyelesaian harta pusaka menjadi tanggungjawab 4 jabatan/ agensi:-
* Mahkamah Tinggi
* Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan
Galian Persekutuan/Pejabat Tanah
* Amanah Raya Berhad
* Jabatan atau agensi yang terlibat dengan harta berkaitan(biasanya tempat simati bekerja)

Tanggungjawab jabatan/agensi in dibezakan oleh:
(i ) jenis harta pusaka
(ii) bidangkuasa perundangan yang digunapakai oleh agensi berkaitan.

Majikan Simati (emolumen)
kakitangan kerajaan/pesara - mati meninggalkan harta – gaji, elaun tidak melebihi RM 2,000.00 (Pekeliling Perbendaharaan bil 2 tahun 1986 – waris menandatangani borang “indemnity bond”

Harta tak alih
tanah dan sebarang kepentingan daripada tanah, hak di atas atau faedah yang terbit atau mungkin terlibat daripada tanah

Harta alih
termasuk wang simpanan di institusi kewangan, saham-saham, kenderaan, barang kemas, senjatapi dan sebagainya.

Bergantung pada nilai. Jika harta pusaka itu RM 600,000.00 kebawah,ia dikategorikan harta pusaka kecil dan diselesaikan di Pejabat Tanah. Jika lebih, harta itu tergolong dalam kes pusaka besar dan diselesaikan di Mahkamah Tinggi.

Dokumen Yang Diperlukan untuk membuktikan kematian

sijil kematian

permit menguburkan

surat akuan bersumpah oleh dua orang saksi bebas

perintah anggapan kematian oleh mahkamah (seksyen 108 akta keterangan)

Cara Memohon

gunakan borang A Akta berkenaan

satu permohonan sahaja perlu dibuat

permohonan dibuat di Daerah dimana tanah yang nilainya yang lebih tinggi

Permohonan sertakan dokumen berikut:

bukti kematian asal

salinan kad pengenalan waris

salinan buku akaun dan sijil saham

salinan hakmilik tanah

salinan hakmilik kenderaan

Siapa yang layak memohon ?

waris-waris yang berhak

pemberi hutang termasuklah pemegang gadaian/pajakan

pembeli melalui perjanjian yang sah

Majlis Agama Islam/Baitul mal

Amanah Raya Berhad

Penghulu dan Penolong Pegawai Tanah atas arahan Pentadbir Tanah

Tugas Pentadbir Tanah :-
(1) memproses permohonan
semak nilaian tanah untuk menentukan bidang kuasa penyelesaian samada pusaka kechil atau besar
Rujuk kepada Pendaftar Pusat Mahkamah Persekutuan, Putrajaya

(2 ) notis perbicaraan
Hantar notis kepada semua pihak yang berkaitan tempoh notis 14 hari
kegagalan atau ketinggalan penyerahan notis , perbicaraan dianggap sah kecuali Mahkamah berpendapat kegagalan disengajakan.
permohonan dianggap ditarik balik oleh pemohon selepas gagal hadir 3 kali notis dikeluarkan, kecuali pemohon terdiri dari pembeli atau pemiutang.

(3) Tatacara perbicaraan dan tanggungjawab Pentadbir Tanah
waris dan orang berkepentingan hadir pada hari perbicaraan
waris tidak dapat hadir boleh kemukakan surat persetujuan secara akuan bersumpah

keterangan semasa perbicaraan secara bersumpah dan ikrar
meminta saksi-saksi hadir untuk disoal jawab
menentukan agama dan adat simati
menentukan cukai pusaka, perbelanjaan pengkebumian, hutang dan bahagian baitul mal jika ada
melantik penjaga/pemegang amanah bagi waris dibawah umur dan orang tak siuman
(4 ) Cara pembahagian harta pusaka
orang islam mengikut hukum faraid
orang bukan islam mengikut Akta Pembahagian 1958
pembahagian cara muafakat atas persetujuan waris dan tidak bercanggah dengan undang-undang
(5) Perintah Pembahagian
perintah turun milik
perintah lantik pentadbir
perintah jualan
perintah secara lelongan awam
perintah turunmilik kepada pembeli
perintah mengistiharkan pertelingkahan

(6) Pembahagian Tanah Pusaka di bawah Akta Tanah Penempatan Berkelompok 1960
penurunan milik hanya kepada seorang sahaja
di lantik Pentadbir
jualan secara lelong awam sekiranya lebih dari seorang yang menuntut dan wang jualan dibahagi kepada semua waris ikut faraid

(7) Rayuan
mana-mana pihak tidak puashati dengan perintah pembahagian boleh buat rayuan ke mahkamah tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh perbicaraan dengan mengisi borang K2

sekiranya tempoh 14 hari telah luput, pihak merayu bolih mohon ke mahkamah tinggi untuk lanjutkan tempoh rayuan

(8)permohonan yang kemudian (sek. 17 akta pusaka kecil)
ada harta tertinggal
lantik pentadbir baru atau batal pentadbir dan pembahagian dibuat
lantik pemegang amanah baru atau batal pemegang amanah turun milik kepada waris telah dewasa
menarik balik kaveat pendaftar yang dimasukan dalam perbicaraan awal
bayaran-bayaran yang dikenakan
permohonan baru (borang A) – RM 10.00
permohonan kemudian (borang P) – RM 10.00
bayaran perintah RM 10.00, salinan perintah satu salinan RM 2.00
bayaran cukai pusaka bergantung kepada nilai harta pada tarikh mati. kematian pada 1 november 1992 dan selepasnya tidak dikenakan bayaran cukai pusaka
rayuan ke Mahkamah Tinggi
pertaruhan (deposit) RM 1,500.00
bayaran rayuan RM 50.00
Kenapa permohonan pusaka perlu disegerakan
memudahkan proses pembahagian pusaka
membolihkan harta pusaka di manfaatkan segera bagi faedah waris
mengelakkan bilangan waris yang ramai akibat kematian waris-waris berlapis
mengelakkan berlakunya tanah terbiar yang merugikan semua pihak
bayaran pampasan tanah kepada pimilik dengan segera sekiranya tanah terlibat dengan pengambilan tanah
mengelakkan wang simpanan simati di dalam institusi kewangan dipindahkan kepada perbendaharaan melalui akta wang tidak dituntut

Tanggung jawab Penghulu

Penghulu mestilah melaporkan kepada Pentadbir Tanah jika waris simati tidak membuat permohonan pusaka selepas 6 bulan dari tarikh kematian simati (sek 18(1) akta)

selepas 6 bulan Pentadbir Tanah boleh arahkan Penghulu membuat permohonan pusaka – (sek 18 (1))

jika harta simati bukan harta pusaka kecil, Penghulu dikehendakki lapor kepada Amanah Raya Berhad (sek 18 (1))

Penghulu boleh dipanggil oleh Pentadbir Tanah dalam mana-mana perbicaraan sebagai saksi (sek 12 (3) akta)

Penghulu tidak dikenakan apa-apa bayaran bila menuntut permohonan pusaka (sek 18 (2) akta)

Kesimpulan
tuntutan harta pusaka perlu disegerakan untuk mengelakkan kematian berlapis dan menjadikan prosedurnya mudah dan belanja yang murah.

No comments: