1. Mengemis urus jenazah
Oleh Mohd Harzrul Aminuddin
Dipetik daripada Harian Metro
2010/04/29
MUAR: Siapa sangka, tragedimengorbankan dua beradik Muhammad Fadzly, 15 dan Muhamad Syafiq Razak,11, pada Isnin lalu akhirnya membongkar episod duka kehidupan sebuahkeluarga yang hidup daif sejak 20 tahun lalu serta terpinggir daripadabantuan kerajaan. Malah, pasangan suami isteri, Razak Manap, 52 danZuliha Yahya, 42, terpaksa mengemis dan mengharap belas ihsanadik-beradik mereka bagi menguruskan pengebumian dua jenazah anaknya diTanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini, semalam. Kehadiranwartawan Harian Metro, semalam antara saat dinantikan keluarga terbabitkerana selain sedih kehilangan dua anak, mereka mempunyai kisah dukayang ingin dikongsi bersama.
Ketika mula-mula ditanyakan perasaannya, Zuliha hanya menjawab ringkas:“Ibu mana yang tidak sedih kehilangan anak?” Kemudian bermulalah episodpembongkaran kisah hidup menyayat hati sembilan sekeluarga yangsebenarnya jauh lebih menyedihkan daripada tragedi terbaru kehilangandua beradik itu.
Zuliha berkata, kedua-dua Allahyarhampelajar cemerlang dan pintar di dalam kelas, namun Muhammad Fadzlyberhenti sekolah bermula tahun ini kerana keluarganya tidak mampumembayar yuran persekolahan.
Menurutnya, sejak berhentibersekolah, Allahyarham Muhammd Fadzly membantu menguruskan hal duaadik lain yang masih bersekolah dan dia tidak pernah merungut walaupunsedar masa depannya mungkin lebih suram apabila tiada pendidikan formal.
“Arwah dua beradik itu rapat dan juga pelajar pintar dalam pelajaranmasing-masing. Sebenarnya mereka harapan keluarga kami, namun saya redaAllah lebih sayangkan mereka. “Jika diikutkan hati, mahu saya meraungsekuat hati menangis dan meratap pemergian mereka. Malangnya, kamisudah lali dengan kehidupan daif dan pelbagai dugaan selama inimengajar apa itu erti kesabaran,” kata ibu kepada tujuh anak itu.
Menurutnya, disebabkan tidak mendapat sebarang bantuan, tiga daripadatujuh anaknya berhenti sekolah dan bekerja bagi membantu meringankanbeban keluarga.
Katanya, disebabkan suaminya, Razak bekaspenagih dadah, mereka seperti dihukum seumur hidup pemimpin masyarakatserta dinafikan pelbagai bantuan termasuk rumah Projek Perumahan RakyatTermiskin (PPRT).
Malah, ketika tinjauan dilakukan di rumahpasangan itu di Tanjong Agas, tiada kenduri tahlil diadakan berikutankeluarga allahyarham tiada duit membeli kuih bagi menjamu tetamu.
Lebih menyedihkan majlis bacaan surah Yasin yang diadakanantara keluarga tidak dilawati masyarakat setempat termasuk ketuakampung mahupun pemimpin politik kawasan.
Sementara itu, Razak mengaku dia pernah melakukan kesilapan, namun tetap dipinggirkan masyarakat.
...........seminggu dua ni, mata wa rabak sekian kali.
ayob danaukota