Monday, September 5, 2011
Ibarat pusingan roda
Suatu waktu dulu dia adalah seorang guru agama dan perawat ternama di mana ramai insan yang telah dibantunya termasuk sosok ternama tanah air.Namun, lumrah perjalanan hidup seorang insan, saat diri dimamah usia kan tiba jua.Saat diri terlantar tanpa kudrat, tanpa teman kan tiba jua.
suatu masa dulu aku pernah minta dirawat olehnya. Kini tanpa dimintanya, aku cuba melegakan penderitaannya dengan secebis ruqyah yang tak seberapa.Ketika kami sampai ke rumahnya beliau sedang tidur.
"dah tak kenal orang" kata anak dan isterinya
kami biarkan dia tidur, namun suasana bising dari ramainya sanak saudara yang datang berhari raya itu mengejutkan beliau. beberapa orang dari kami menyalami beliau dan disambut lemah olehnya. Benar, dia sudah tidak kenal akan kami. Sekejap, matanya kembali terpejam melayani kesakitan dan tidurnya.
segera aku mengambil tempat yang paling hampir dengan kepalanya lalu kubacakan ruqyah-ruqyah asas. Nampak riak wajahnya senang apabila ku pegang dan usap2 kepalanya. Nafasnya lancar dalam lemah. Ku teruskan bacaan ruqyah dan setibanya pada ayat Lau Anzalna, aku perasan gerak nafanya semakin kencang. turun naik dadanya begitu ketara kencangnya. Mengingatkan aku tentang reaksi arwah adikku yang koma, apabila dibacakan surah AlMulk, tiba2 nafasnya menjadi kencang.
aku tidak tahu kenapa, yang pasti itu adalah tindakbalas hasil dari ruqyah dengan ayat2 suci. aku biarkan dan terus meruqyah. akhirnya nafas beliau tenang semula. habis bacaan ruqyah, aku mengusap2 tangan dan bahunya. Macam baby, takut aku nak usap/urut kuat2. Beliau membuka mata dan memegang tangan kanannya sambil memicit2. Tentu beliau kelenguhan akibat terbaring begitu lama. sebelah badannya suda stroke. Untuk ke tandas pun beliau terpksa dibantu. yang tinggal di rumah ini sepanjang waktu adalah beliau dan isterinya yang juga uzur. anak2 ada yg tinggal berdekatan ada yang berjauhan, namun masing2 kesibukan untk melayan susuk tua ini sepanjang waktu.
Aku memicit tangan dan badannya secara kaedah point-point. Takut aku unuk memicit kaedah biasa, kulitnya terlalu lembik. Beliau nampak lega dengan picitan yang aku buat, malah meminta dipicit di tempat2 lain juga. Aku akur.
Beliau kemudian membuka mata dan memandang kepada ku sambil berkata2 yang tidak kufahami tuturnya. Aku dekatkan telingaku padanya.Dia mengenaliku.Kata anaknya," ini magik. selama ni dia tak kenal orang". Malah, bukan aku seorang yang dikenalinya, hampir seluruh rombongan kami dikenalinya.
"Nas, doakan ayah cepat mati" bisiknya yang memang kami bahasakan sebagai ayah w/pun bukan darah daging.Terkejut aku dengan permintaan itu.
"Kenapa yah?" soalku.
"Apa guna ayah hidup lama2 kalau nak sembahyang pun tak boleh" jawabya. "Tak ada orang nak bawak ayah ke tandas, pampers pun tk tukar2. Macamana ayah nak sembahyang..." bertalu2 dia merintih dalam tutur yang tak berapa jelas.
Ya Rabbi, ringankanlah ujianMu ke atas hamba Mu ini. Aku hanya mampu terdiam.
Saat kami bersalam sebelum berangkat balik, aku bisikkan ke telinganya, "ayah, istighfar banyak2 yah, InsyaAllah Tuhan memudahkan segalanya"
Dia mengnagguk lemah. Aku yakin dia faham kata2 ku kerana dia dulu guru agama dan perawat tersohor.Tentu dia faham. Cuma, dalam kesakitan begitu, kita sering terlupa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment