Pages

kematian adalah sebaik-baik peringatan.....

Thursday, November 4, 2010

Penilaian 'tangan syaitan', ramai akan terzalim


Merujuk kenyataan bekas calon BN, Mohd Nor Idris (bawah, kanan), mengenai Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat: "Apabila dia hulur tangan itu, solah-olah saya nampak tangan itu tangan syaitan... dengan kasyaf saya, tangan dia itu macam tangan syaitan yang dihulurkan kepada saya. Jadi saya tidak sambut tangan dia, saya tidak mahu jamah (pegang) tangan syaitan". (Malaysiakini)
Saya melihat perlu perkara ini diulas, agar tidak menjadi ikutan atau pegangan sesetengah pihak. Walaupun itu merupakan kenyataan peribadi, tetapi apabila disiarkan dalam media, saya rasa terpanggil untuk memberikan pandangan. Bukan kerana hendak membela MB Kelantan semata, tetapi saya ingin menyanggah cara penghujahan sebegini agar tidak menjadi trend golongan agama nanti. Saya fikir jika kita membenarkan hujah seperti digunakan untuk menilai insan lain, maka rosaklah alam ini. Bagaimana mungkin dengan mendakwa kasyaf atau dapat mengingkap rahsia seseorang dengan menggunakan unsur spiritual dijadikan ukuran dalam menilai seseorang? Jika ini dijadikan hujah dalam menilai atau menghukum seseorang, maka ramailah yang akan terzalim. Nanti akan datang pihak lain pula, lalu menghukum orang pula sebagai buruk berdasarkan kasyafnya atau mimpinya atau ilhamnya yang kesemua itu disandarkan kepada Tuhan. Lalu nama Allah dijadikan mainan. Salah, betul berdasarkan fakta, bukti Dalam Islam, walaupun seseorang mungkin mempunyai 'perasaan dalamannya' yang tersendiri, namun itu tidak boleh dijadikan hujah dalam memburuk atau menilai orang lain tanpa bukti apath lagi untuk tatapan umum. Nabi SAW yang menerima wahyu pun, namun dalam hadis baginda menyebut: "Kamu mengangkat perbalahan kamu kepadaku. Boleh jadi sesetengah kamu lebih petah hujahnya daripada yang lain. Lalu aku berikan untuknya berdasarkan apa yang aku dengar. Sesiapa yang aku berikan sesuatu hak saudaranya janganlah dia ambil, kerana sesungguhnya aku memotong untuknya potongan api neraka (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Ertinya, dalam menghukum dan menilai baginda berteraskan hujah. Maka kita dalam menilai seseorang hendaklah berdasarkan bukti dan hujah bukan sekadar perasaan hati, atau bisikan kasyaf atau mimpi. Jika hal itu dibolehkan, tentu baginda Nabi SAW terlebih dahulu melakukannya. Sebaliknya, penilaian atau hukuman tetap berteraskan bukti dan hujah.
Jika beliau (Mohd Nor) ingin mengkritik atau menilai MB Kelantan sebagai tangan syaitan, beliau hendaklah mendatang hujah dan bukti kejahatan yang melayakkan dinilai sedemikian rupa. Jika ada hujah, ia diterima. Jika tiada, ia tuduhan tanpa dalil. Maka hendaklah kita ingat, bahawa kasyaf, mimpi, ilham dan seumpamanya bukan hujah dalam menentukan kebenaran atau kesalahan. Penentuan salah betul dalam Islam adalah fakta dan bukti. Al-Imam al-Syatibi (meninggal 790H) menyebut: "Selemah-lemah hujah mereka (ahli bidaah) ialah puak yang dalam mengambil amalan agama bersandarkan mimpi-mimpi. Mereka ini berpegang atau meninggalkan sesuatu amalan berdasarkan mimpi-mimpi tersebut. Mereka berkata: 'Kami bermimpi lelaki solih tertentu berkata kepada kami: Tinggalkan ini, buat ini1'." Ini banyak berlaku kepada mereka yang mengamalkan panduan tasauf. Di kalangan mereka ada yang berkata: 'Aku melihat Nabi SAW dalam mimpi, baginda berkata kepada sebegini. Dan memerintah aku sebegini'. Lantas dia pun mengamalkannya dan meninggalkan apa yang ditetapkan oleh syariat. Ini adalah salah, kerana mimpi selain para nabi tidak boleh menghukum ketetapan syarak, dalam apa keadaan sekalipun. Melainkan setelah dibentangkan kepada hukum-hakam syariat yang ada. Jika dibolehkan, maka ianya diamalkan, jika tidak ianya ditinggalkan"(Al-Syatibi, Al-`Itisam, 198, cetakan Dar al-Kitab al-`Arabi, Beirut). Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: "Di sana ada golongan sufi yang melampaui batas dalam menilai ilham. Bahkan ada di kalangan mereka yang mengiranya sebagai jalan mengetahui kebenaran yang tidak akan silap. Mereka mencerca ulama syariat yang berpegang kepada dalil dan tidak menerima sesuatu dakwaan tanpa bukti daripada hujah yang baik atau akal atau wahyu". (Al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim al-Mu`asir, m.s. 134, cetakan Muassasah al-Risalah, Beirut)
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas mufti kerajaan Perlis.

Saturday, September 25, 2010

Hukum Chatting dengan Non Mahram



Jumat, 24/09/2010 09:18 WIB -sumber di sini
Assalamu'alaikum Pak Ustad yang terhormat
Apa hukumnya chatting (ngobrol online) dengan lawan jenis yg bukan mahram? Apakah boleh, tidak baik atau malah diharamkan? Tolong dijelaskan
Terimakasih,
Rachman A.
rachman

Jawaban

Walaikumusalam Wr Wb
Saudara Rahman yang dirahmati Allah swt
Apabila chatting diantara mereka berdua sesuai dengan patokan-patokan syariah maka hal itu tidaklah masalah. Patokan-patokan itu adalah ;
1. Chatting itu berisi tentang menampakkan yang hak (kebenaran) dan memabatalkan yang batil.
2. Chatting itu berisi tentang pengajaran ilmu, firman Allah swt :
فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Artinya : “Maka Tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.” (QS. Al Anbiya : 7)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Menuntut ilmu adalah kewajiban bagi setiap muslim.” (dishahihkan al Albani dari Anas, Ali dan Abi Said radhiyallahu anhum)
3. Kedua orang yang berbincang-bincang itu tidaklah mengeluarkan obrolannya itu dari area adab-adab islam didalam penggunaan lafazh-lafazh, memilih ungkapan-ungkapan yang tidak meragukan dan tidak kotor yang dibenci sebagaimana yang banyak digunakan oleh para pengumbar hawa nafsu.
4. Chatting itu bukan yang membawa kemudharatan bagi islam dan kaum musliimin akan tetapi justru yang dapat memberikan bantuan bagi mereka untuk belajar agama mereka melalui saluran baru sebagaimana orang-orang kafir membelanjakan waktu-waktu mereka untuk penyebaran kebatilan. Sesungguhnya seorang muslim membelanjakan setiap potensinya dijalan penyebaran keutamaan, kebaikan dan kebenaran.
5. Hendaklah antara kedua orang yang melakukan chatting itu bisa dipercaya untuk tetap berada diatas kebenaran dan tidaklah salah satu dari keduanya memenangkan dirinya karena hal itu dapat mengaburkan berbagai hakikat dan menunggangi hawa nafsu, naudzu billah itu semua tergolong dalam kejahatan jiwa amaroh bissuu’ (jiwa yang menyuruh kepada kejahatan)
6. Hendaklah obrolan itu di ruang public yang bisa diikuti pula oleh banyak orang yang lain dan obrolan itu bukanlah obrolan khusus antara seorang pria dan wanita yang tidak disaksikan oleh selain mereka berdua karena ini termasuk salah satu pintu fitnah. Dan jika patokan-patokann tersebut terpenuhi meskipun tidak disaksikan dan ia bukanlah pembicaraan langsung maka tidaklah mengapa meski yang paling utama adalah tidak melakukannya sebagai sebuah tindakan preventif karena terkadang perbuatan itu bisa menjerumuskan seseorang kedala perbuatan yang diharamkan. Sesungguhnya setan mengalir di tubuh anusia lewat aliran darah. (Markaz al Fatw No. 1759)
Dengan demikian jika chatting dilakukan diantara dua orang berlainan jenis yang bukan mahramnya tidak memenuhi patokan-patokan syar’i diatas maka hendaklah dihindari karena hal itu bisa menjerumuskannya kepada perbuatan yang diharamkan.
Tidak jarang bermula dari sebatas orbolan biasa, kemudian menjadi obrolan yang bersifat pribadi hingga lebih pribadi lagi (berpacaran) tidak terkecuali apakah dia seorang yang masih bujangan atau telah menikah hingga terjadi perselingkuhan dan perzinahan—naudzu billah—dan setan pun tertawa lebar-lebar.
Wallahu A’lam

Wednesday, September 22, 2010

KEDUDUKAN PERKAHWINAN SULTAN ISMAIL PETRA

Apa pun pangkat kita, perkahwinan adalah satu ikatan antara 2 hati. Hayati kisah ini dan ambillah iktibar..
(petikan dari Kelantan Insider)











1. Sukacita kami menegaskan di sini bahawa perkahwinan di antara Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Cik Puan Elia Suhana Ahmad yang berlangsung pada 13 Zulhijjah 1428H bersamaan dengan 23 Disember 2007M adalah satu perkahwinan yang sah di sisi hukum syarak dan undang-undang.

2. Hasrat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra untuk mengahwini Cik Puan Elia Suhana lahir daripada hati sanubari Baginda sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak sekalipun: Perkenalan di antara mereka bermula dari inisiatif Baginda sendiri manakala segala komunikasi di antara mereka berdua juga turut dibuat secara terus.

3. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra amat menyayangi Cik Puan Elia Suhana kerana, selama mereka berkenalan dan berada di dalam alam perkahwinan, Cik Puan Elia Suhana menunjukkan ketulusan hati yang tinggi dan tidak pernah meminta sebarang apa pun dari Baginda, sama ada yang membabitkan harta, pangkat ataupun kedudukan.

4. Sepanjang tempoh perkahwinan di antara Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra dan Cik Puan Elia Suhana ini juga, Cik Puan Elia Suhana mahupun ahli-ahli keluarga beliau yang lain juga didapati tidak pernah menggunakan nama Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra untuk memperolehi apa-apa kelebihan dari mana-mana pihak.

5. Tindakan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra mengahwini Cik Puan Elia Suhana merupakan satu tindakan terpuji yang menggambarkan kesedaran tinggi Baginda untuk mengamalkan corak kehidupan yang dikehendaki oleh ajaran agama di samping turut menggambarkan keberanian Baginda mengambil risiko demi menegakkan kebenaran.

6. Adalah satu perkara yang telah menjadi rahsia umum (open secret) bahawa terdapat pihak yang menjadi histerikal apabila soal perkahwinan di antara Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra dan Cik Puan Elia Suhana diketahui sedangkan perkahwinan ini sepatutnya diterima dengan baik oleh semua pihak kerana ia merupakan satu sunnah.

7. Akibat tidak dapat menerima hakikat perkahwinan di antara Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra dan Cik Puan Elia Suhana ini, pihak ini telah berusaha untuk memisahkan pasangan suami isteri ini melalui pelbagai cara, termasuklah dengan menghebahkan kononnya telah berlaku perceraian talak tiga di antara mereka berdua.

8. Kesedaran beragama yang tinggi di dalam diri Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra, kasih sayang mendalam Baginda terhadap Cik Puan Elia Suhana dan ketidakupayaan Baginda membuat keputusan sendiri sejak mengalami kegeringan bagaimanapun menjadikan perceraian talak tiga ini suatu perkara yang amat mustahil.

9. Di dalam keadaan kegeringan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra sekarang, semua pihak perlulah mengenepikan emosi masing-masing dan menumpukan seluruh perhatian mereka bagi memastikan kebajikan Baginda sentiasa berada pada tahap yang terbaik sekaligus bagi memungkinkan pemulihan Baginda berlaku dengan lebih cepat.

10. Termasuk di dalam perkara ini adalah kebajikan kasih sayang dari isteri-isteri Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra di mana Baginda tidak seharusnya dinafikan dari memperolehi kasih sayang kedua-dua isteri Baginda manakala Cik Puan Elia Suhana juga tidak seharusnya dinafikan haknya untuk mencurahkan kasih sayang kepada Baginda.

11. Di dalam keadaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra tidak lagi berupaya untuk mencurahkan apa-apa harta, pangkat ataupun kedudukan, sementelahan pula Cik Puan Elia Suhana sendiri tidak pernah pun meminta-minta ke atasnya, beliau tidak seharusnya terus dizalimi dengan tidak dibenarkan untuk bertemu dengan suami yang tersayang.

12. Kami percaya, selaku seorang isteri yang telah terbukti baik, tiada apa lagi yang dikehendaki oleh Cik Puan Elia Suhana dari Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra melainkan untuk mencurahkan kasih sayangnya kepada Baginda di saat-saat Baginda amat memerlukan segala curahan kasih sayang dari semua pihak untuk kembali pulih.

13. Apakah kita tidak dapat menyelami betapa remuknya hati seorang suami yang, di dalam keadaan sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa, telah dinafikan haknya untuk memperolehi curahan kasih sayang daripada seorang isteri yang dipilih dan direstui sendiri olehnya untuk hidup bersamanya sewaktu beliau masih di dalam keadaan sihat?

14. Apakah kita tidak dapat menyelami betapa remuknya hati seorang isteri yang diasingkan dari suami yang tersayang sedangkan dia mengetahui suaminya masih menyayanginya? Seorang isteri yang baik akan merasa berdosa jika tidak dapat mencurahkan kasih sayang kepada suaminya tetapi tidakkah pihak yang menghalangnya dari berbuat demikian turut merasa berdosa sama?

15. Sekali lagi ingin ditegaskan bahawa perkahwinan di antara Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra dan Cik Puan Elia Suhana adalah satu perkahwinan yang sah di sisi hukum syarak dan undang-undang. Sehingga ia diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah syariah maka hak-hak mereka sebagai suami isteri tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak.

16. Kita selaku seorang hamba yang lemah perlu sentiasa menyedari bahawa kita tidak akan mampu untuk memastikan kita memperolehi setiap keinginan yang kita cita-citakan sebagaimana kita juga perlu sentiasa menyedari bahawa kasih sayang itu tidak akan mampu untuk dibeli melalui harta benda (malah melalui apa-apa amalan perbomohan pun).

17. Kepada semua pihak, sukalah diingatkan supaya, sebagaimana kita juga perlu menerima tindakan Cik Puan Manohara Odelia Pinot lari meninggalkan Tengku Temenggong Kelantan sebagai satu takdir, menerima hakikat perkahwinan di antara Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra dan Cik Puan Elia Suhana sebagai satu ketentuan dari Ilahi.

18. Firman Allah di dalam Surah al-Anfal (Ayat 63): “Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara (perasaan) hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau membelanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara (perasaan) hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (perasaan hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Sunday, September 19, 2010

Baginda sultan, baginda imam




TUANKU Muhammad Faris pemimpin berjiwa rakyat yang mementingkan aspek keagamaan.


“MAK CIK kena makan ubat, jangan simpan dalam rumah saja. Jangan selang-seli, kalau terasa mahu muntah pun paksa juga makan. Insya-Allah kalau mak cik makan ubat ikut jadual akan sihat mungkin tidaklah gemuk macam Datuk (Datuk Dr. Awang Adek) atau saya, tapi makin sembuhlah badan mak cik," gurau Tuanku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail kepada seorang wanita berpenyakit kronik, Hasnah Ibrahim dalam ziarahnya ke rumah wanita itu di Kampung Peropok dekat Bachok, Kelantan, Ogos lalu.
Gurauan baginda yang ketika itu merupakan Pemangku Raja menyebabkan tetamu yang ada di rumah itu tersenyum termasuk Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.
Mungkin itulah gambaran mudah siapakah Tuanku Muhammad Faris, 41, yang baru dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan.
Mesra dan prihatin akan keadaan rakyat. Sepanjang bergelar Pemangku Raja atau Tengku Mahkota, baginda kerapkali dilihat mencemar duli menziarahi golongan miskin dan ditimpa musibah.

TUANKU Muhammad Faris semasa bergelar Pemangku Raja berdoa bersama jemaah selepas selesai solat maghrib pada satu majlis berbuka puasa, Ramadan lalu.


Pemangku Raja
Antaranya, baginda menghadiri majlis tahlil di rumah bapa kepada mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Pilatus, Muhammed Zulrihan, 39, dan menemui keluarga arwah Ustazah Norliza Ishak dan anak lelakinya yang mati dibunuh di Port Dickson, Negeri Sembilan Ramadan lalu.
Tuanku Muhammad Faris diputerakan pada 6 Oktober 1969 dan telah dianugerahkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985.
Baginda dilantik sebagai Pemangku Raja pada 24 Mei tahun lalu setelah ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra gering dan dibawa ke Singapura untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth.
Tuanku Muhammad Faris dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru selaras dengan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan pada 13 September lalu.
Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Bharu dan di Kuala Lumpur. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Oakham School Rutland, England sehingga tahun 1989. Baginda seterusnya memilih untuk menuntut ilmu di Oxford dalam bidang Pengajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.
Tuanku Muhammad Faris bukan sultan biasa. Selain baginda disifatkan oleh bekas Pengerusi Majlis Perajaan Negeri, Tengku Sri Utama Raja Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd. Hamzah sebagai mencipta sejarah baru kesultanan Kelantan apabila dilantik ketika ayahandanya masih hidup, Tuanku Muhammad Faris juga mempunyai penampilan yang jarang dilihat pada sultan biasa.
AYAHANDA dan bonda Tuanku Muhammad Faris, Tuanku Ismail Petra dan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu baru-baru ini.


Berjubah
Baginda sering memakai jubah atau berbaju ‘gumbang’ serta berkopiah. Baginda juga seorang imam kepada makmumnya.
Januari lalu, kala Sultan Ismail gering, baginda sendiri yang menjadi imam kepada ribuan rakyat jelata Kelantan menunaikan solat hajat berdoa akan kesejahteraan ayahandanya.
Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu menjadi saksi baginda mengimamkan solat hajat yang dihadiri lebih 1,000 rakyat negeri itu.
Tuanku Muhammad Faris sudah lama diketahui rakyat sebagai putera istana yang cintakan agama dan sering menjadikan masjid sebagai lokasi utama lawatan semasa program menziarahi rakyat di seluruh negeri.
Pada hari-hari biasa, Masjid Muhammadi di pusat bandar yang merupakan Masjid Negeri adalah masjid utama tempat baginda menunaikan solat berjemaah.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad memberitahu Jurnal, Tuanku Muhammad Faris sememangnya gemar mendekati golongan agama.
Dedahnya, dari dahulu lagi setiap orang daripada 15 anggota Jemaah Ulama, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri sudah mempunyai nombor telefon bimbit baginda untuk kemudahan berhubung bagi memberi sebarang pandangan dan nasihat.

TUANKU Muhammad Faris Petra (dua dari kanan) berkenan bersalaman dengan para tetamu di rumah terbuka baginda di Istana Negeri Kubang Kerian baru-baru ini. Hadir sama Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra (kanan).


“Tuanku Sultan memberi nombor telefonnya kepada kami secara peribadi dan berpesan supaya menelefon baginda pada bila-bila masa jika ada perkara yang dirasakan perlu ditegur dan dinasihati.
“Baginda memberi peluang sebegitu terbuka kepada ahli Jemaah Ulama untuk menegur baginda secara langsung tanpa ada sebarang halangan atau protokol.
“Saya tidak mengetahui jika ada ulama yang pernah menghubungi baginda khusus untuk tujuan itu tetapi begitulah istimewanya Tuanku Muhammad Faris dalam memberi pengiktirafan kepada ahli agama,” katanya.
Tambahnya, baginda juga sudah beberapa kali menunaikan fardu haji dan kali terakhir menyempurnakannya pada tahun 2004.
“Pengukuhan asas dan ilmu agama baginda ini sebenarnya bermula sejak baginda kecil lagi. Ia sudah menjadi tradisi keluarga diraja untuk menjemput para ulama datang ke istana negeri memberi kuliah agama.
“Antara yang pernah menjadi guru kepada Tuanku adalah bekas Mufti Kelantan iaitu Allahyarham Datuk Mohd. Nor Ibrahim manakala selepasnya pula ilmuwan tersohor Allahyarham Datuk Yusoff Zaky Yaacob.
“Pelbagai aspek agama disentuh daripada bab akidah, fekah dan akhlak menerusi pembacaan kitab-kitab khusus,” kata Mohamad Shukri yang kini menyambung tugas menyampaikan kuliah agama kepada keluarga diraja.
Beliau berkata, sejak dari kecil, baginda berguru mengaji al-Quran dengan seorang qari yang pernah menjulang nama negara di peringkat antarabangsa yang juga bilal ternama negeri ini iaitu Nordin Idris.



‘Ambo’
Katanya, sejak bersemayam di Istana Telipot beberapa tahun ini, Tuanku Muhammad Faris tetap meneruskan amalan memanggil ulama ke istana itu dan baginda tidak meminggirkan petugas-petugas dan pegawai pengiringnya dalam majlis ilmu tersebut.
“Kesemuanya dijemput hadir. Kuliah itu diadakan setiap minggu dan akan ditunda jika bertembung dengan jadual tugas Tuanku yang lain,” katanya.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan, Tengku Mohd. Norhamzah Engku Hussin pula memberitahu, baginda seorang yang merendah diri.
“Seingat saya, semasa baginda menjadi Tengku Mahkota, baginda sering menggunakan perkataan ‘ambo’ sebagai kata ganti dirinya apabila berbicara. Ia jelas melambangkan keperibadian yang merendah diri memandangkan ‘ambo’ itu berbunyi seperti hamba,” ujarnya.
“Tapi apabila baginda kini bergelar sultan, mungkin baginda perlu lebih mengikuti protokol,” katanya. sambil melafazkan pertubuhannya menjunjung kasih dan taat setia kepada sultan sepenuhnya.
Tengku Mohd. Norhamzah memberitahu, baginda juga banyak mewarisi sifat ayahandanya yang menggemari sukan berkuda dan menembak.
Akhbar pernah melaporkan sebelum ini bahawa baginda turut meminati sukan lasak seperti ekspedisi 4X4.
Minat mendalam turut ditunjukkan terhadap sukan memanah, memburu, boling dan memancing. Baginda juga gemar memelihara haiwan seperti kuda, kucing, ayam, rusa dan burung.