Pages

kematian adalah sebaik-baik peringatan.....

Monday, February 27, 2012

Cara Rasullulah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri


SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.”

(Hadis riwayat Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).”

(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya..”

Hidupkanlah Sunnah Nabi S.A.W Kerana Sunnah Nabi Akan Membawa Kejayan Dunia dan Akhirat...

Ditulis Oleh PadaMu Ku Bersujud (via Jom Berdakwah Di FB)

Friday, February 3, 2012

MINUM

Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung


IMAN

Sesungguhnya tahap Iman manusia terbahagi kepda 5 tahap.
1. Iman Taqlid. Iman yg ikut ikut /pak turut. Apa orang buat kita buat tanpa berlandaskan kepada dalil dan Al Quran.
2. Iman Ilmu. Seseorang yang mempelajari ilmu tentang Allah, malaikat, rasul2, kitab dan lain lain dan berkeyakinan dengan bertunjangkan kepada akal. Tidak mudah terpengaruh dengan ideoloji lain. Mampu untuk memperkatakan islam tetapi tidak berbuat atau mengamalkan apa yang dikatakan.
3. Iman 'Ayyan. Hasil daripada tarbiyah dan mujahadah yang bersungguh sungguh orang yang beriman Ilmu akan meningkat kepada Iman 'Ayyan. Iman nya bertempat dihati dan bukan lagi di fikiran. Hatinya sentiasa mengingati Allah, ibadahnya khusyuk dan sentiasa merasa kebesaran Allah S.W.T . Semua perimtah Allah SWT dipatuhi dan sentiasa sensitif dengan dosa. Setiap ujian dihadapi dengan penuh sabar.
4. Iman Haq. Seseorang itu mata hatinya melihat 'Allah SWT, sentiasa bertaqwa dan sentiasa khusyuk dalam kesyahduan cinta kepada Rabb. Hatinya tidak terpaut dengan dunia dan tidak dapat dilalaikan oleh nafsu mahupun iblis laknatullah. Inilah digelar Al'Muqarrobin yakni orang yang hampir dengan Allah SWT.
5. Iman Hakikat. Peringkat iman yang paling sempurna dan tertinggi yang dimiliki oleh rasul rasul, nabi nabi, khulafa' Ar-Rasyideen serta wali wali Allah yang maha besar. Mereka akan ditempatkan di dalam syurga yang paling tinggi. Ibadah masyaallah hebat, solat paling kurang 300 rakaat sehari. Budi akhlak terpuji dan digelar golongsn 'superscale' Akhirat.
Dimanakah letaknya tahap keimanan kita ? Sama samalah kita memuhasabahkan diri serta tingkatkan iman kita.

Mangkuk yang Cantik, Madu yang Manis dan Sehelai Rambut

Mangkuk yang Cantik, Madu yang Manis dan Sehelai Rambut

Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar Ash Shiddiq r.a., Umar bin Khattab r.a., Utsman bin Affan r.a., dan ‘Ali bin Abi Thalib r.a. bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Fathimah AzZahra r.ha. putri kesayangan Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut ikut di dalam
mangkuk itu.

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu yang manis, dan sehelai rambut).

Abu Bakar Ash Shiddiq r.a berkata, “iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut”.

Umar bin Khattab r.a berkata, “kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini,
seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

Utsman bin Affan r.a. berkata, “ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber’amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

Ali bin Abi Thalib r.a berkata, “tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

Fathimah Az Zahra r.ha. berkata, “seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali
muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

Rasulullah SAW berkata, : “seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis
dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

Malaikat Jibril AS berkata, “menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah
mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta, dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

ALLAH SWT berfirman, : ”Sorga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang
cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju sorga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

Sunday, January 22, 2012

Nasihat Lukman Al-Hakim



Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Al-Quran adalah Lukman Al Hakim. Kenapa, tidak lain, kerana hidupnya penuh hikmah. Suatu hari ia pernah menasihati anaknya tentang hidup.

Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.

Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibu bapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.

Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.

Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.

Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.

Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.

Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.

Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.

Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.

Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.

Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.

Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.

Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

“Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah pikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia bisa menikmati lazatnya berdzikir.

“Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya.”

Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.

“Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.”

“Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.

“Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang.”

“Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada lapan wasiat para nabi. Kalimat itu adalah:
1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah fikiranmu baik-baik.
2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.
3. Jika kau berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu.
4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.
5. Ingatlah Allah selalu.
6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu
7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain.
8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.

NASIHAT LUKMAN PADA AL-QURAN

Dan ingatlah ketika Lukman berkata kepada anaknya (Tsaran) dan ia menasehatinya: “Hai anaku janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar,” (Qs Lukman (31) : 13)

Hai anaku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi dan berada dalam batu atau di langit atau berada di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membawanya) sesengguhnya Allah maha halus lagi maha mengetahui.” (qs Lukman (31) : 16)

Hai anaku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (Allah).” (Qs Lukman : 17)

Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan dimuka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri ( Qs Lukman : 18)

Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruknya suara ialah suara keldai. (Qs Lukman : 19)

Nasihat Lukman Hakim kepada putranya selain dari Al-quran.

Wahai anaku, jagalah duniamu demi kehidupan akhiratmu, nescaya engkau memperolehi kedua-duanya dengan beruntung.

Wahai anaku, janganlah mencampuri urusan duniamu terlalu dalam yang membuat rosak urusan akhiratmu dan janganlah meninggalkan dunia sama sekali sehingga engkau menjadi beban orang lain.

Wahai anakku, sebagaimana tidur demikianlah engkau mati, dan sebagai mana engkau bangun demikianlah engkau dibangkitkan. Beramallah dengan amal soleh niscaya engkau tidur dan bangun seperti pengantin baru, dan janganlah beramal dengan amal yang buruk, sebab engkau akan tidur dan bangun ketakutan, seperti orang yang dicari-cari penguasa untuk ditumpahkan darahnya (dibunuh).

Wahai anakku apabila terdapat pada diri seseorang 5 perkara: agama, harta, sifat malu, baik budi dan dermawan, maka dia seorang yang bersih lagi takwa menjadi kekasih Allah dan lepas dari gangguan syaitan.

Thursday, January 19, 2012

Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.

And Satan saith , when the matter hath been decided : Lo! Allah promised you a promise of truth ; and I promised you , then failed you . And I had no power over you save that I called unto you and ye obeyed me . So blame me not , but blame yourselves . I cannot help you , nor can ye help me . Lo! I disbelieved in that which ye before ascribed to me . Lo! for wrong doers is a painful doom.

Wednesday, January 18, 2012

Pengajaran Dari Kisah

"Kenapa Islam minta potong tangan orang yang mencuri? Tidakkah itu sangat kejam?" soal lelaki German itu dengan nada separuh provok dan ingin tahu.

Suasana menjadi diam seketika.

Tengahari itu kami berehat sebentar melepaskan lelah setelah travel beratus kilometer ke kuala lumpur. Sebelah petangnya ada lagi 2 program besar menanti dan perlu berada semula di Perak pada waktu Isya sebelum meneruskan ekspedisi dakwah ke bumi Kedah keesokan harinya.

Peluang berehat seketika itu memang sangat mustahak demi mengekalkan kesegaran untuk mengharungi jadual padat kami pada hari itu.

Di saat berehat itu, kami didatangi seorang lelaki Eropah, memperkenalkan dirinya sebagai Frank Michel. Rupanya beliau merupakan fisrt secretary kedutaan German di Malaysia. Beliau menghampiri kami kerana tertarik kepada lambang jemaah Islam yang tertera di jaket yang kami pakai.

Peluang keemasan ini kami gunakan sepenuhnya untuk menerangkan dasar Islam serta polisi jemaah dakwah kami ini. Ternyata beliau seolah-olah mendengarnya buat kali pertama.

Kami tidak hairan dengan keadaannya itu. Maklumat sebenar Islam telah lama disorokkan, hanya perkara berkaitan solat, puasa, haji dan zakat sahaja yang sering dikaitkan dengan Islam, sedangkan Islam itu adalah cara hidup dan lebih dari 5 rukun Islam itu sahaja.

Justeru, soalannya berkaitan dengan perkara selain 5 rukun Islam terutamanya berkaitan hukum hudud sudah boleh dijangka bentuk nada soalannya.

Setelah diam buat beberapa ketika, saya membalas soalannya dengan nada yang sangat lembut dan senyuman yang tidak lekang di bibir, " soalan anda itu sangat menarik!". Saya menunjukkan minat kepada soalan provokasinya itu.

"Dalam Islam, kita mengutamakan keadilan. Kepada siapa sahaja, samada seorang lelaki atau wanita, kanak kanak atau dewasa, sihat atau sakit, tanpa mengira kaum dan warna kulit" saya memulakan muqaddimah. Dia mendengar dengan penuh minat sambil mengangguk angguk kepala.

"begitu juga keadilan bagi orang telah kehilangam barangnya kerana dicuri. Haknya perlu dibela. Keadilan perlu ditegakkan" saya mula masuk ke topik perbincangan.

Tiba-tiba lelaki German itu mencelah, " Betul, saya setuju keadilan perlu ditegakkan. Tapi takkanlah sampai kena potong tangan? " soalnya lagi.
Saya tersenyum. Teringat perbincangan dalam kelas Syariah saya tempoh hari dalam madah Siasah Syariah. Suasana hampir serupa kerana kami telah mensimulasikan suasana dialog seperti ini dalam kelas. Lucu juga rasanya bila tiba tiba terbayang lelaki German di hadapan saya sekarang ini seperti kawan sekelas yang merupakan orang Banjar berasal dari Bagan Serai!

Saya mengawal semula eksperisi muka agar kelihatan tenang dan tidak menyinggung perasaan lelaki German itu.

"Tuan, salahkah doktor kalau dia mengarahkan pesakit Diabetis untuk dipotong kakinya? Jika tidak salah, mengapa? " soalan retorik dilontarkan.

Cepat-cepat lelaki German itu menjawab, "sudah tentulah tidak salah. Sebab doktor itu tahu apa yang terbaik untuk pesakitnya. Dia ahli dalam bidang perubatan"
Saya bertanya lagi, "eh, bukankah kaki itu sangat berharga dan penting untuk kegunaan seharian?"
"memanglah penting, tapi ia sudah berpenyakit, jika tidak dipotong, akan merebak dan membahayakan anggota lain pula. Silap silap membawa maut pula" petah lelaki German itu menjawab.
Saya sekali lagi tersenyum. Alhamdulillah, sudah nampak sinar di hujung dialog ini.

Segera saya menyambung bicara, " Jika demikian, begitulah dengan si pencuri tadi, dia adalah seorang manusia yang "berpenyakit." Dan ubat kepada sakit itu ada pada pembuat manusia itu, iaitu Allah. Dan Allah tentukan bahawa cara mengubatnya ialah dengan memotong tangan si pencuri. "

"Tapi kenapa perlu potong, tak bolehkah jika kita penjarakan sahaja. Tangan tu penting untuk kegunaan seharian." bentaknya.
Saya tenang mendengar respon spontannya.

"Tuan, jika dalam kes diabetis tadi, bukankah doktor itu tidak salah apabila memotong kaki peskitnya, begitulah dengan kes curi ini. Ia jika dibiarkan akan membarah, akan menggangu ketenteraman anggota masyarakat yang lain. Dan yang menariknya, bukan semua kes curi kita akan potong tangan. Barang curian yang terdedah kepada curian seperti ditinggalkan di tempat terbuka, harga barang curian yang murah seperti gula gula seringgit, keadaan masyarakat yang dhorurat seperti kebuluran yang melampau, semua ini tidak tergolong dalam kes potong tangan apabila mencuri." panjang lebar saya terangkan.

Lelaki german itu kelihatan terkejut dan kemudiannya nampak kelegaan di wajahnya. Kelihatan sangat puas dengan jawapan yang diberikan. Maklumat ini tidak pernah dia dengar dari media perdana. Senyuman terukir di wajahnya menghapus semua kerutan di dahi.

Saya menghabiskan sedutan terakhir air jus oren di depan saya dan bangum meminta diri ke Masjid kerana mahu menunaikan solat Jumaat.
Tiba- tiba dia bangun menghalang, " Ustaz, boleh tak saya ikut serta ustaz ke masjid? " tanya penuh mengharap sambil memegang lembut tangan saya.

"Kenapa ya anda mahu ikut kami ke Masjid?" saya meminta kepastian.
"Saya mula berminat dengan Islam. Saya mahu belajar mengenai Islam." jawabnya penuh semangat.

Saya tersentuh dengan jawapannya. Terharu sehingga terasa bergenang air mata ini.

Saya merangkul tangannya erat seraya berkata, " Let's go my brother," dengan senyuman puas di bibir.

Hakimi,
Penolong Setiausaha,
Lajnah Antarabangsa Dppp

P/s : secoret pengalaman lajnah antarabangsa dppp yang diketuai oleh Dr Raja Ahmad Al Hiss (Naib Ketua Dppp)
sumber dipetik : Layar Minda