Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul tapi kisah
hidupnya diabadikan dalam Al-Quran adalah Lukman Al Hakim. Kenapa, tidak
lain, kerana hidupnya penuh hikmah. Suatu hari ia pernah menasihati
anaknya tentang hidup.
Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari
berhutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan
dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu
malam hari.
Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibu bapamu
memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka
kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan
tanaman.
Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa
beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi
ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran
tetangga yang jahat.
Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan
sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi
tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang
pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia
tidak mampu untuk mengangkatnya.
Wahai anakku ! Berhati-hatilah
terhadap tutur bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah
bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang
berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat
barang yang amat berharga darimu.
Wahai anakku ! Jika kamu mahu
mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan
berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan
itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka
dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah
kamu terhadapnya.
Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang
karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan
sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang
mengharapkan sesuatu darimu.
Wahai anakku ! Jagalah dirimu
selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan
dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk
kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina
selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.
Wahai
anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan,
janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu
bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu
dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.
Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan
disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat
dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak
dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia
akan menyesal kelak.
Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah
dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan
dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat
dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat
menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.
Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti
sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang
karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal
yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula
ialah tawakal kepada Allah.
Wahai anakku ! Bila kamu menerima
dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis
takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan
menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat,
sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu
kepada keseronokkan dunia sahaja.
Wahai anakku ! Janganlah kamu
terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang
kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan
kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.
Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang
berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang
kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.
“Anakku, jika
makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah pikiran dan
kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan
ibadah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya
dengan hati bersih manusia bisa menikmati lazatnya berdzikir.
“Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya.”
Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja
dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai
bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan
menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu
terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati.
Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah
belaka.
Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang
bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan
bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.
Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan
bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat
penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah
menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari
Allah.
“Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku
juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan
sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.”
“Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.
“Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi
aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada
menanggung hutang.”
“Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada lapan wasiat para nabi. Kalimat itu adalah: 1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah fikiranmu baik-baik. 2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu. 3. Jika kau berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu. 4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu. 5. Ingatlah Allah selalu. 6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu 7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain. 8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.
NASIHAT LUKMAN PADA AL-QURAN
Dan ingatlah ketika Lukman berkata kepada anaknya (Tsaran) dan ia
menasehatinya: “Hai anaku janganlah kamu mempersekutukan Allah,
sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang
besar,” (Qs Lukman (31) : 13)
Hai anaku, sesungguhnya jika ada
(sesuatu perbuatan) seberat biji sawi dan berada dalam batu atau di
langit atau berada di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya
(membawanya) sesengguhnya Allah maha halus lagi maha mengetahui.” (qs
Lukman (31) : 16)
Hai anaku, dirikanlah solat dan suruhlah
(manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan
yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.
Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan
(Allah).” (Qs Lukman : 17)
Dan janganlah kamu memalingkan
mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan dimuka
bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang
sombong lagi membanggakan diri ( Qs Lukman : 18)
Dan
sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu.
Sesungguhnya seburuk-buruknya suara ialah suara keldai. (Qs Lukman : 19)
Nasihat Lukman Hakim kepada putranya selain dari Al-quran.
Wahai anaku, jagalah duniamu demi kehidupan akhiratmu, nescaya engkau memperolehi kedua-duanya dengan beruntung.
Wahai anaku, janganlah mencampuri urusan duniamu terlalu dalam yang
membuat rosak urusan akhiratmu dan janganlah meninggalkan dunia sama
sekali sehingga engkau menjadi beban orang lain.
Wahai anakku,
sebagaimana tidur demikianlah engkau mati, dan sebagai mana engkau
bangun demikianlah engkau dibangkitkan. Beramallah dengan amal soleh
niscaya engkau tidur dan bangun seperti pengantin baru, dan janganlah
beramal dengan amal yang buruk, sebab engkau akan tidur dan bangun
ketakutan, seperti orang yang dicari-cari penguasa untuk ditumpahkan
darahnya (dibunuh).
Wahai anakku apabila terdapat pada diri
seseorang 5 perkara: agama, harta, sifat malu, baik budi dan dermawan,
maka dia seorang yang bersih lagi takwa menjadi kekasih Allah dan lepas
dari gangguan syaitan.
No comments:
Post a Comment