Pages

kematian adalah sebaik-baik peringatan.....

Friday, August 28, 2009

Adakah Ini Azab Kubur ? Allah Maha Mengetahui !!



On this photo a 18-year old young man who died in one of hospitals of Oman. The corpse of the boy has been dug out from a tomb in 3 hours after his funeral under the insisting of his father.

The boy died in hospital and has been buried under the Islamic law and on the same day after obligatory ablution of the body. However after funeral the father has doubted of the diagnosis of doctors and wanted to identify the true reason of his death.

Relatives and his friends shocked when they saw the corpse. He was completely different within 3 hours. He turned grey as the very old man, with traces of obvious tortures and the most severe beating, with the broken bones of hands and legs, with the edges broken and pressed into a body.All His body and face were full of bruise. The open eyes-showed hopeless fear and pain. The blood obviously attributes that the boy has been subjected to the most severe torture.

Close relatives of the dead man have addressed to Islamic scientists who have unequivocally declared that it is available results of tomb torture which the Allah (s.w.t) and in the Hadis of Prophet Muhammad (s.a.w) have warned.The shocked father of the boy has admitted that his son was spoilt, did not do Solat, and had a carefree way of life, having involved in different sins.Each died person comes across tests in the tomb for exception Shahids who died in Jihad on the way of Allah. This is first terrible test which the person comes across before the Doomsday.

In Hadis of Prophet Muhammad (s.a.w):

- After the death the spirit of died person will return to a body then two Angels will come, Munkar and Nakir, and will ask: "Who is your Lord?" he will answer: "my Lord - Allah ". Then they will ask: "What is your religion?" he will answer: "My religion - Islam". Then they will ask him: "Who that person who has been sent to you?" he will answer: "He is the Prophet of Allah ". Then they will ask him: "How do you know?" He will answer: "I read the Book of Allah and trusted Him.

And then from heavens the voice will come: " My Slave has told the truth, lay it to bed from Paradise and open the Gate of Paradise " - then it will be full of pleasure and he begins to feel paradise pleasure, and his tomb becomes spacious, that eyes can reach.The Prophet of Allah Muhammad (s.a.w) said about the sinners. After the death the spirit of died person will return to the body then two Angels will come and ask, "Who is your Lord?" he will answer: "I do not know". Then they will ask: " Who that person who has been sent to you?" he again will answer: I "do not know" - and then from the sky the voice will come: "he told a lie, Put him into a box from fire and open before it the Gate of a hell! "-then it will be captured with heat of the hell, and his tomb becomes narrow and the edges will be compressed.

In Hadis it is also said, that Angels will severely beat the sinners during interrogation in the tomb and this torture will be awful. It is informed also, that our Messenger (s.a.w) supplicated to Allah to protect Him from tortures of a tomb and asked other people to do so.The history of 18-year old young men is a sign for believers and this is only next fairy tale for whom hearts are sealed by Allah. They look and do not see, listen and do not hear?This story was translated from other language into English. That’s why I apologize in advance for mistakes. http://addin77.blogspot.com

dipetik dari Tranung Kite



andai ku tahu

Thursday, August 27, 2009

Senator, profesor OKU terhebat meninggal dunia

Pakar ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini.

Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.

Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian, katanya ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham Dr Ismail, 61, mencipta sejarah sebagai senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia.

Beliau juga ialah bekas timbalan ketua pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS). 

Bapa kepada enam orang anak itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian, antaranya, anugerah Guiness Book of Recordssebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.

Tuesday, August 25, 2009

10 SIFAT HATI YANG KEJI


1.TAKBUR (MEMBESARKAN DIRI)

Rasulullah ada bersabda dalam suatu hadis qudsi,Firman Allah taala:

Kebesaran, ketinggian itu selindangKu, keagungan itu kain pakaiKu, maka sesiapa yang cuba merebut (bersifat dengan) salah satu dari keduanya, Aku akan campakkan dia ke dalam  api neraka jahanam, Aku tidak peduli.(riwayat Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Nabi bersabda;

Tidak masuk syurga orang yang ada didalam hatinya seberat timbangan biji sawi, sifat takbur (membesar diri)-(riwayat Muslim)

Lawan kepada sifat hati yang tercela ini adalah sifat hati yang terpuji iaiti TAWADHUK.

Sabda Nabi:

Tiada seseorang itu bersifat tawadhuk kerana kebesaran Allah melainkan Allah akan meninggikan (martabatnya).-(riwayat Muslim)

 

2.HASAD DENGKI (BERCITA-CITA /MAHU SUPAYA HILANG NIKMAT DARI ORANG LAIN)

Sabda Nabi s.a.w

Jangan dengki setengah kamu akan setengah yang lain, dan jangan memutuskan silaturrahim dan jangan marah memarahi sesama kamu (benci membenci) dan jangan membelakngkan setengah kamu akan setenga yang lain pada ketika berjumpa, bahkan hendaklah kamu bersaudara wahai hamba2 Allah.(AlBukhari & Muslim)

Sabda Nabi lagi,

Hasad dengki ini memakan kebajikan sebagaimana api memakan/membinasakan kayu api

(Abu Daud)

3.MARAH (AL GHADHAB)

Sabda Nabi:

Sesiapa yang menahan marahnya yang mana jika ia mahu bertindak ia boleh bertindak, nescaya dipenuhi Allah hatinya dengan keamanan dan keimanan  pada hari kiamat.

(Abu Daud)

Seorang lelaki telah dating mengadap  Rasulullah s.a.w, katanya: Perintahkan daku sesuatu pekerjaan dan mohon disedikitkan perintah itu. Maka Nabi bersabda: Jangan engkau marah. Lelaki itu mengulangi lagi permintaannya maka Rasulullah mengulangi lagi sabdanya , Jangan engkau marah .(AlBukhari & Muslim)

 

4.BAKHIL DAN KASIHKAN HARTA

Sabda Nabi

Tiga perkara menjadi sebab kebinasaan – sifat bakhil kedekut yang dituruti, keinginan hawa nafsu yang diikuti dan seseorang yang mengkagumi dirinya.(AtThabrani)

Harta alat yang mesti digunakan untuk mencapai keredhaan Allah.

 

5.CINTAKAN KEMEGAHAN

Firman allah taala

Kebahagiaan di negeri akhirat itu Kami sediakan bagi orang2 yang tidak hendakkan ketinggian di muka bumi dan tidak mahukan berlakunya kerosakan, akibat yang baik adalah bagi  orang2 yang bertakwa.(alQashash: 83)

 

6.CINTAKAN DUNIA

Sabda Nabi:

Kasihkan dunia itu kepala segala kejahatan-(AlBaihaqi)

 

7.MENGKAGUMI DIRI (‘UJUB)

Menganggap dan merasakan dirinya lebih dari orang lain seperti lebih berilmu, banyak ibadat dsb. tanpa bimbangkan kehilangan perkara2 tersebut dan melupai bahawa ianya dalah pemberian dari Allah kepadanya. ‘Ujub adalah punca takbur.

Sifat ini merbahaya dan tercela  kerana ia membinasakan pahala ibadat dan menghilangkan pertolongan Allah taala.

Kata Ibnu Maas’ud:

Kebinasaan itu berpunca dari dua perkara- pertama, putus asa dari rahmat dan kurnia Allah taala. Kedua, merasakan diri lebih dari orang lain lalu memandang lekeh kepadanya (‘ujub).

 

8.RIA’

Memprlihatkan amalan kepada manusia samada bertujuan mahukan pangkat di dalam hati manusia atau mahukan manafaat keduniaan dengan amal ibadatnya. Riak adalah haram dan dinamakan juga syirik kecil (tersembunyi)

Firman Allah:

Maka kecelakaanlah bagi orang2 yang bersembahyang yang mereka itu lalai dari menyempurnakan sembahyangnya, iaitu mereka yang riak. (Al Maun 6:4)

 

Sabda nabi:

Bahawa sesuatu yang paling aku takuti berlaku atas kamu ialah syirik kecil iaitulah riak, di mana pada hari kiamat Allah akan berkata kepada orang2 yang riak semasa di dunia ketika Allah memberi balasan kepada mereka, Pergilah kamu kepada orang2 yang kamu

Tunjukkan amalanmu kepadanya semasa di dunia, adakah kamu akan dapati apa2 balasan di sisi mereka?-(Riwayat Ahmad)

 

9. LOBA MAKANAN /LAHAP MAKANAN

Sabda Nabi:

Tiada memenuhkan manusia suatu bekas yang lebih berbahaya dari perutnya, adalah cukup bagi seseorang makan beberapa suap yang boleh membetulkan tulang belakangnya,..Maka jika tak dapat tidak maka bolehlah di tambah qadar sepertiga bagi makanan, bagi minuman sepertiga dan sepertiga bagi pernafasan-(riwayat Ahmad dan Tarmizi)

Loba makanan adalah antara punca segala kejahatan kerana perut itu tempat keluar bagi segala keinginan. Darinya terjadi keinginan dan membawakan loba harta, membawa kepada inginkan keemegahan, terbit pula sifat riak, takbur dengki dan berseteru.

 

10.BANYAK BERCAAKAP / LOBA BERKATA2

Ia adalah sifat yang tercela kerana bila banyak bercakap akan terkeluar perkataan yang sia2. Perkataan yang sia2 akan menyebabkan gelap hati malahan membawa kepada mati hati.

Sabda Nabi,

Tiada yang menyebabkan manusia tersembam atas muka mereka ke dalam neraka melainkan dosa yang diihasilkan oleh lidah mereka.-(Riwayat Tarmizi)

Sabda Nabi lagi,

Siapa yang banyak cakapnya, banyak tersalahnya, sesiapa yang banyak salahnya banyaklah dosanya. Maka sesiapa yang banyak dosanya, nerakalah tempat yang layak baginya.

(riwayat Abi Naim)

Tuesday, August 18, 2009

Pemergiannya satu istirahat

Hadith :

Abu Qatadah Ibnu Rib’i al-Ansari r.a menerangkan bahawasanya satu jenazah telah dibawa berlalu di hadapan Rasulullah SAW maka berkatalah baginda :“Orang yang beristirahat atau orang yang pergi supaya orang lain beristirahat daripadanya.

Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang pergi beristirahat dan siapakah orang yang pergi supaya orang lain beristirahat daripadanya?

Nabi menjawab : “ Hamba yang mukmin pergi beristirahat daripada kepayahan dunia dan gangguannya kepada rahmat Allah. Dan hamba yang fasiq, beristirahat daripadanya segala hamba Allah, negeri, pohon dan binatang.” (Al-Bukhari dan Muslim)

Huraian:

Sesungguhnya orang yang meninggal dunia itu terdiri dari dua golongan iaitu golongan orang yang beriman meninggal dunia menuju ke suatu tempat yang aman yang membahagiakan.

Mereka sudah terlepas daripada kepayahan dan ujian dunia menuju kepada rahmat Allah SWT.

Sedangkan orang yang buruk akhlaknya, kematiannya itu merupakan satu kerehatan untuk penghuni dunia daripada terus berhadapan dengan kejahatan dan kemungkaran yang dilakukannya.

Kematiannya dituruti dengan kesengsaraan dan balasan azab daripada Allah SWT.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Monday, August 17, 2009

Aku takut...

Ketika arwah Chomel (adik perempuan saya) mula menjadi penghuni hospital akibat dari ketumbuhan dalam rahimnya, beliau sering bertanya adakah itu tanda bahawa beliau akan mati. saya masih ingat beliau bertanya dan merintih.."takuuut..."

Saat itu beliau sering demam. Demam yang tidak kebah. Pagi makan ubat, demam itu lega sekejap dan apabila kesan ubat telah habis, belum menjelang petang, beliau kembali demam. Begitu rutin derita yang beliau alami seharian untuk beberapa bulan sehingga selepas pembedahan.

Simptom ini memeningkan doktor dan menyebabkan beberapa kali jadual pembedahan terpaksa ditangguh. dalam mencari2 penawar kepada sakitnya itu, saya merujuk kepada Pusat Rawatan Aljabbar dan melalui penerangan pegawai AlJabbar, saya yakin simptom itu datang dari kerosakan pada hati. Namun kedudukan kewangan ketika itu tidak mengizinkan kami untuk membeli ubatan al Jabbar. Chomel terpaksa bertahan dengan pain killer yang di beri oleh pihak hospital.

2-3 hari lepas, semasa demamku memuncak, aku dapat rasakan bagaimana demam yang tidak kebah. Tidur malam menggigil dan merintih akibat demam. Bila pagi, makan ubat dan demam baik seketika. Kemudian demam itu datang lagi..azabnya. Cuma 2-3 hari aku alami, aku sudah tidak tahan. Bagaimana arwah Chomel menanggung sakitnya dulu? Menitik air mataku mengenangkan ini semua. Betapa deritanya apabila demam begini. Ya Tuhan...hapuskanlah dosa2ku dan kurniakanlah semula kepadaku kesihatan agar dapat kutambahkan lagi ibadatku padaMu....

Petang semalam demamku semakin baik, malah malam tadi aku rasa seperti sudah sembuh sepenuhnya. Namun, aku masih menggigil. Mungkin kesan ubat2 yang ku makan. dan kini, petang ini, aku rasa seperti demam itu kembali menyinggah. Sejuk badanku terasa amat. Pening mula menjalar dikepala..... Ya Allah...aku mohon padaMu. Panjangkanlah usiaku, aku masih banyak dosa yang belum ku jelaskan. Masih banyak tunggakan amal yang belum kulangsaikan. Ya Allah...aku takut andainya ajal ku telah tiba, apakah Kau akan memandangku dengan rahmatMu..... Ampunilah aku Ya Allah....

Saturday, August 15, 2009

Pengalaman orang yang ade family dijangkiti H1N1.Untuk panduan bersama

(this story is from email i received)
 
  
High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman 
  
Beginner stage 
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat... 
  
Second Stage 
Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin... at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin... Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I. 
  
Critical 
Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin... Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulill ah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya... All the family member unite to support my brother fighting the virus. 
  
Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital. 
  
Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I... 
  
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
to my brother Dr Roosli at hospital Ampang, u should read this and u and all the staffs deserve the credit. Thanks for all the advices.

Pelawak Param meninggal dunia


Ogos 14, 09 4:39pm
Pelakon komedi veteran tanah air P Paramasivam atau lebih dikenali sebagai Param, 55, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari rumahnya di Taman Setia Gombak, Gombak, pagi tadi. Beliau mula mengalami sakit jantung sejak 15 tahun yang lepas dan sejak dari itu, keadaan pelawak yang fasih berbahasa Melayu itu, tidak stabil.
Adik kembarnya Parameshvari berkata, Param kelihatan tenat pagi tadi dan menghembuskan nafas terakhir sebelum sempat tiba di hospital. "Pukul 5 pagi tadi beliau sudah tenat. Melihat keadaannya kami segera membawanya ke hospital bagaimanapun belum sempat sampai di hospital beliau sudah tidak bernafas lagi," katanya ketika ditemui di rumah pelakon itu. Param mencipta nama bersama-sama dengan beberapa barisan pelakon lain seperti AR Badul, Wazata Zain, Datuk Yahya Sulong, allahyarham Yusni Jaafar dan allahyarham R Jaafar. Mendiang terkenal antara 1970-an dan awal 1980-an dan banyak berlakon filem Melayu dan drama televisyen waktu itu.
Kali terakhir beliau muncul di layar perak ialah menerusi filemPenyamun Tarbus sekitar tahun 1980-an. Filem-filem lain yang turut dibintangi mendiang antaranya ialah Si Luncai, Si Badul dan Anak Tunggal. Menurut Parameshvari, Param adalah seorang abang yang bertanggungjawab dan sangat mengutamakan keluarga. "Beliau abang yang baik, beliau sangat menyayangi keluarganya," kata Parameshvari sambil menitiskan air mata. Param, yang masih bujang, adalah anak lelaki tunggal daripada enam beradik. Mendiang berasal dari Negeri Sembilan dan memulakan karier lakonannya pada tahun 1976 sewaktu bekerja di Tampin. "Beliau akan disemadikan Ahad ini di krematorium Hindu Cheras kerana menunggu tiga orang lagi kakak kami dari Paris dan London yang dijangka tiba selewat-lewatnya petang esok," kata Parameshvari. BERNAMA

Thursday, August 13, 2009

Asri Rabbani 'pergi tak kembali'


Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung. Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital berkenaan. Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital swasta itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.  Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambah anggota Rabbani itu.  Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.
Salhan K Ahmad
Ogos 13, 09 11:59am

Dharmala NS meninggal dunia


Ogos 12, 09 4:01pm
Sasterawan dan budayawan Dharmala NS atau nama sebenar beliau Abdul Muluk Daud meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira 8.45 pagi ini akibat sakit jantung.

Abdul Muluk, 62, yang turut mesra dengan panggilan Pak Dharma meninggalkan seorang balu dan enam orang anak - empat lelaki dan dua perempuan, antara 16 hingga 31 tahun. 


Balunya Adiah Matlana, 54, berkata Dharmala diserang sakit jantung selepas bersahur bersama ahli keluarganya di Taman Seri Gombak, Selangor pada 4 Ogos lepas, laporBernama.

"Pak Dharma terus dikejarkan ke Hospital Selayang oleh ahli keluarga dan dimasukkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) sehingga menghembuskan nafas terakhir pagi ini," katanya kepada agensi berita itu

Abdul Muluk juga pengendali laman blog Warga Prihatin Malaysia (Prima).

Adiah berkata jenazah allahyarham dikebumikan di kampung asalnya di Kampung Bachang Mantin, Jelebu selepas solat Asar.

Allahyarham semasa hayatnya merupakan penulis novel, cerpen, sajak, drama televisyen dan penulis skrip filem Raja Melewar.

Novel hasil buah tangannya termasuklah Hanya Tinggal Kenangan,Lembah Tercinta dan Tinggal Kasih Tinggallah Sayang, sementara cerpennya pula Rumah Baru (antologi bersama), Sayembara II(antologi bersama), Sayembara III.

Drama TV karyanya antaranya Terbang Kenyalang dan Satu Anugerah.
malaysiakini

Tuesday, August 11, 2009

H1N1 - PETUA DAN DOA

DARI TKO

Mesej yang Telah Aku Terima Dari Sahabat2 tentang H1N1 dan mesejnya seperti berikut: 
Kalau hadapi simptom selesema,batuk,demam,sukar bernafas,pening
 kepala,sakit tekak mgkn anda H1N1.Minum air susu & buah.Mkn makanan yg dibuat drpd buah krn pihak kami telah menjalankn kajian bhw minuman segar mampu membersihkan atom2 H1N1.Tolong forward kpd rakan2 utk kesihatan bersama. Yang Penting jangan lupa mendapatkan rawatan segera
daripada Klinik yang terdekatan.. Dan Amalkan Doa ini:


Jom jalan2 tolong pencuri


Jom jalan2 sambil beli barang2 tiruan. Support pencuri moden. Apakah hukum meniru harta intelek orang lain dan memperdagangkannya? Apa hukum ke atas kita yang membeli barangan tersebut sedangkan dalam situasi ini ada pihak yang teraniaya iaitu pemilik tanda dagangan tersebut. Bukankah kita perlukan satu hukum yang jelas tentang perkara ini?

pintu masuk ke Petaling Street






the chronicle of buah berangan....

Perasan tak banyak walkie talkie kat petaling street. bukan yang dijual tapi yang digunakan oleh peniaga2 di sini. Bagi saya, ia adalah satu gambaran besar keciknya industri di sini dan warnanya.








Thursday, August 6, 2009

Kehidupan di dunia ini hanyalah satu fasa dari 7 fasa perjalanan roh insan

Sesungguhnya kehidupan ini hanyalah sebuah fasa dari 7 fasa perjalanan roh insan. Setiap apa perlakuan kita baik jahat atau baik akan diperlihatkan dan dibalas setimpalnya di akhirat kelak.
Hayati lah artikel dibawah ini sebagai tauladan dan renung2kanlah.
Sebuah artikel dari mStar  
Meraba cinta di tangga kelima Rukunegara

HARI Sabtu baru-baru ini telah berlangsung Perhimpunan Mansuhkan ISA di ibu kota Kuala Lumpur anjuran GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) bersama sekutu-sekutu rapatnya dari pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik Pakatan Rakyat.

Sememangnya ada hasrat kuat untuk saya pergi memeriahkan suasana tetapi pada tarikh yang sama, Jumaat dan Sabtu, saya terlibat dengan pengendalian sebuah program latihan di sebuah hotel sekitar Cherating, maka ia tidak memungkinkan untuk saya ke Kuala Lumpur. Tambahan lagi dalam seminggu dua ini, saya begitu sibuk menguruskan perpindahan ke rumah baru saya.

Jadinya, saya hanya mengikuti dan memerhati dari jauh. Saya mengharapkan ia sebuah perhimpunan aman, apalagi pertembungan dengan kumpulan Magaran yang saya risaukan nyata tidak berlaku. Sepatutnya ia memang begitu, aman! Tetapi nyata pendekatan pihak polis tidak pernah berubah dalam berhadapan dengan para demonstran sejak Perhimpunan 100 ribu rakyat di Lebuhraya Kesas dahulu.

Mengejutkan bila Sabtu lalu lebih 500 orang ditangkap, saya kira tangkapan paling ramai semenjak berbudayanya demonstrasi di era reformasi ini. Berhimpun adalah hak rakyat dan dijamin oleh perlembagaan, kenapa tidak dibiarkan sahaja selagimana mereka boleh melangsungkan perhimpunan itu secara aman? Hak ini dimaktubkan dalam perlembagaan jauh sebelum wujudnya Seksyen 27 Akta Polis, pihak polis perlu maklum akan hal ini. Kemudiannya perlembagaan dipinda dengan memasukkan kekecualian dalam hak berhimpun rakyat ini semata-mata mahu menghalalkan status Seksyen 27 Akta Polis yang sepatutnya haram.

Apakah pihak polis tidak ambil peduli tentang imej mereka yang semakin teruk? Katanya cuba diperbaiki apabila diwujudkan Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis satu ketika dahulu, tetapi dalam masa yang sama juga kita dihidangkan dengan tragedi kematian Kugan dan Rumie dalam tahanan mereka. Saya ingat cerita bagaimana kasarnya pihak polis melayani para demonstran sudah menjadi cerita basi kontra demokrasi di negara ini, rupa-rupanya tidak! Peristiwa Sabtu lalu meneruskan legasi kekejaman pihak polis.

Ya, saya mungkin hanya mendengar cerita orang. Cerita Ketua Dewan Pemuda PAS yang dipancut air semburan berasid tepat ke mukanya dari water cannon sehingga terguling dan termuntah. Ada demonstran wanita yang terkena air yang sama sampai rebah dan pengsan. Juga cerita penahanan beramai-ramai bak satu lagi episod Operasi Lalang.

Mengamatinya mengingatkan saya kepada peristiwa Perhimpunan 100,000 rakyat di Lebuhraya Kesas beberapa tahun yang lalu. Pertamanya jangan salah tanggap yang para demonstran gila mahu berhimpun di lebuhraya sehingga menyesakkan jalan, mereka mahu berkumpul di Jalan Kebun tetapi semua jalan ke sana telah ditutup oleh pihak polis ketika itu. Saya adalah salah seorang dari ribuan yang berada di sana. Saya telah saksikan bagaimana pihak polis membelasah seorang tua sehingga patah belantannya, juga bagaimana kurang ajarnya pihak polis menendang motosikal-motosikal yang diletakkan di tepi-tepi jalan sehingga jatuh terbalik. Saya juga sudah rasakan “manisnya” semburan air berasid dari FRU.

Jangan salahkan para demonstran bila peniaga terpaksa menutup kedai dan menghentikan operasi perniagaan. Peniaga bimbang kedai mereka akan dikotori dengan curahan air berasid FRU dan sisa-sisa gas pemedih mata, peniaga juga bimbang pelanggan mereka ditakuti oleh gerombolan demonstran yang terpaksa mencari tempat perlindungan akibat asakan pihak polis. Cuba jika pihak polis hanya datang mengawal dan membenarkan perhimpunan itu berlangsung secara aman, apakah peniaga akan terjejas?

Saya banyak pengalaman peribadi dengan pihak polis ketika masih aktif berpolitik dahulu. Dalam satu penganjuran program baca puisi di sebuah dewan tertutup di Kuantan pada tahun 2006, yang sepatutnya tidak memerlukan permit polis dan tidak melibatkan mana-mana bidang kuasa polis pun, dewan yang dirancang digunakan untuk program tersebut pada jam 9.00 malam telah dikepung oleh kekuatan empat trak Polis Anti Rusuhan (PORU) dari Pasukan Gerakan Am (PGA) sejak jam 6.00 petang, kepungan dari semua penjuru. Saya bersama tetamu jemputan ketika itu nekad merempuh masuk dan menjayakan program seperti direncana, sama ada orang-ramai berani untuk turut serta atau tidak, natijahnya saya bersama lapan orang sahabat telah diheret ke balai pada malam itu. Kata polis cawangan khas yang saya kenal, mereka tidak boleh berbuat apa-apa, itu arahan OCPD. OCPD ikut arahan siapa? Arahan undang-undang atau arahan politikus atasan?

Saya tertanya-tanya, apakah pihak polis dalam menjalankan tugas mereka, tidak diajar dan dilatih dengan kasih-sayang? Dengan cinta? Tidak bolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab mereka menjaga dan memastikan keselamatan negara (dan juga rakyat) dengan penuh kasih-sayang dan cinta, sesama manusia dan sesama warga?

Bukankah rukun kelima dalam Rukunegara adalah Kesopanan dan Kesusilaan? Apakah pihak polis menghafal Rukunegara? Kalau tidak buangkan sahaja apa-apa lambang Malaysia yang ada di uniform mereka. Apakah pihak polis tidak sedar yang Islam adalah agama kasih-sayang, agama akhlak? Saiditina Aisyah berkata akhlak Nabi adalah al-Quran yang bergerak. Jika tidak sedar buangkanlah juga segala logo yang bertatahkan Allah dan Muhammad di uniform mereka, saya takut nanti ketulahan.

Saya, setiap kali berhadapan dengan orang-orang polis (meminjam skrip Bukit Kepong) akan menjadi buta dan terpaksa meraba-raba, meraba cinta di tangga kelima Rukunegara, yang sepatutnya dihadzami secara penuh bangga oleh seluruh rakyat Malaysia, orang orang seperti saya, lebih lagilah untuk orang-orang polis yang menjadi tonggak keselamatan negara.

Namun yang berlaku adalah seperti kata isteri saya setiap saya tunjukkannya wajah-wajah polis cawangan khas yang kerap mendampingi saya satu masa dahulu. Kata isteri saya, wajah mereka gelap, tiada seri. Sudah tentu tiada seri kerana mereka tidak pernah faham tentang kasih-sayang dan cinta! Keperluan hidup sesama manusia dan warga.

Monday, August 3, 2009

ISLAM FOR ALL



Masjid bercirikan senibena Cina di pekan Rantau Panjang, Kelantan sudah hampir siap.