1.TAKBUR (MEMBESARKAN DIRI)
Rasulullah ada bersabda dalam suatu hadis qudsi,Firman Allah taala:
Kebesaran, ketinggian itu selindangKu, keagungan itu kain pakaiKu, maka sesiapa yang
Tidak masuk syurga orang yang ada didalam hatinya seberat timbangan biji sawi, sifat takbur (membesar diri)-(riwayat Muslim)
2.HASAD DENGKI (BERCITA-CITA /MAHU SUPAYA HILANG NIKMAT DARI ORANG LAIN)
Sabda Nabi s.a.w
Jangan dengki setengah kamu akan setengah yang lain, dan jangan memutuskan silaturrahim dan jangan marah memarahi sesama kamu (benci membenci) dan jangan membelakngkan setengah kamu akan setenga yang lain pada ketika berjumpa, bahkan hendaklah kamu bersaudara wahai hamba2 Allah.(AlBukhari & Muslim)
Hasad dengki ini memakan kebajikan sebagaimana api memakan/membinasakan kayu api
(Abu Daud)
Sesiapa yang menahan marahnya yang mana jika ia mahu bertindak ia boleh bertindak, nescaya dipenuhi Allah hatinya dengan keamanan dan keimanan pada hari kiamat.
(Abu Daud)
4.BAKHIL DAN KASIHKAN HARTA
Tiga perkara menjadi sebab kebinasaan – sifat bakhil kedekut yang dituruti, keinginan hawa nafsu yang diikuti dan seseorang yang mengkagumi dirinya.(AtThabrani)
5.CINTAKAN KEMEGAHAN
Firman allah taala
Kebahagiaan di negeri akhirat itu Kami sediakan bagi orang2 yang tidak hendakkan ketinggian di muka bumi dan tidak mahukan berlakunya kerosakan, akibat yang baik adalah bagi orang2 yang bertakwa.(alQashash: 83)
6.CINTAKAN DUNIA
Sabda Nabi:
Kasihkan dunia itu kepala segala kejahatan-(AlBaihaqi)
7.MENGKAGUMI DIRI (‘UJUB)
Sifat ini merbahaya dan tercela kerana ia membinasakan pahala ibadat dan menghilangkan pertolongan Allah taala.
Kebinasaan itu berpunca dari dua perkara- pertama, putus asa dari rahmat dan kurnia Allah taala. Kedua, merasakan diri lebih dari orang lain lalu memandang lekeh kepadanya (‘ujub).
8.RIA’
Maka kecelakaanlah bagi orang2 yang bersembahyang yang mereka itu lalai dari menyempurnakan sembahyangnya, iaitu mereka yang riak. (Al Maun 6:4)
Sabda nabi:
Bahawa sesuatu yang paling aku takuti berlaku atas kamu ialah syirik kecil iaitulah riak, di mana pada hari kiamat Allah akan berkata kepada orang2 yang riak semasa di dunia ketika Allah memberi balasan kepada mereka, Pergilah kamu kepada orang2 yang kamu
Tunjukkan amalanmu kepadanya semasa di dunia, adakah kamu akan dapati apa2 balasan di sisi mereka?-(Riwayat Ahmad)
9. LOBA MAKANAN /LAHAP MAKANAN
Sabda Nabi:
Tiada memenuhkan manusia suatu bekas yang lebih berbahaya dari perutnya, adalah cukup bagi seseorang makan beberapa suap yang boleh membetulkan tulang belakangnya,..Maka jika tak dapat tidak maka bolehlah di tambah qadar sepertiga bagi makanan, bagi minuman sepertiga dan sepertiga bagi pernafasan-(riwayat Ahmad dan Tarmizi)
10.BANYAK BERCAAKAP / LOBA BERKATA2
Sabda Nabi,
Tiada yang menyebabkan manusia tersembam atas muka mereka ke dalam neraka melainkan dosa yang diihasilkan oleh lidah mereka.-(Riwayat Tarmizi)
Sabda Nabi lagi,
Siapa yang banyak cakapnya, banyak tersalahnya, sesiapa yang banyak salahnya banyaklah dosanya. Maka sesiapa yang banyak dosanya, nerakalah tempat yang layak baginya.
(riwayat Abi Naim)
No comments:
Post a Comment