Pages

kematian adalah sebaik-baik peringatan.....

Monday, August 17, 2009

Aku takut...

Ketika arwah Chomel (adik perempuan saya) mula menjadi penghuni hospital akibat dari ketumbuhan dalam rahimnya, beliau sering bertanya adakah itu tanda bahawa beliau akan mati. saya masih ingat beliau bertanya dan merintih.."takuuut..."

Saat itu beliau sering demam. Demam yang tidak kebah. Pagi makan ubat, demam itu lega sekejap dan apabila kesan ubat telah habis, belum menjelang petang, beliau kembali demam. Begitu rutin derita yang beliau alami seharian untuk beberapa bulan sehingga selepas pembedahan.

Simptom ini memeningkan doktor dan menyebabkan beberapa kali jadual pembedahan terpaksa ditangguh. dalam mencari2 penawar kepada sakitnya itu, saya merujuk kepada Pusat Rawatan Aljabbar dan melalui penerangan pegawai AlJabbar, saya yakin simptom itu datang dari kerosakan pada hati. Namun kedudukan kewangan ketika itu tidak mengizinkan kami untuk membeli ubatan al Jabbar. Chomel terpaksa bertahan dengan pain killer yang di beri oleh pihak hospital.

2-3 hari lepas, semasa demamku memuncak, aku dapat rasakan bagaimana demam yang tidak kebah. Tidur malam menggigil dan merintih akibat demam. Bila pagi, makan ubat dan demam baik seketika. Kemudian demam itu datang lagi..azabnya. Cuma 2-3 hari aku alami, aku sudah tidak tahan. Bagaimana arwah Chomel menanggung sakitnya dulu? Menitik air mataku mengenangkan ini semua. Betapa deritanya apabila demam begini. Ya Tuhan...hapuskanlah dosa2ku dan kurniakanlah semula kepadaku kesihatan agar dapat kutambahkan lagi ibadatku padaMu....

Petang semalam demamku semakin baik, malah malam tadi aku rasa seperti sudah sembuh sepenuhnya. Namun, aku masih menggigil. Mungkin kesan ubat2 yang ku makan. dan kini, petang ini, aku rasa seperti demam itu kembali menyinggah. Sejuk badanku terasa amat. Pening mula menjalar dikepala..... Ya Allah...aku mohon padaMu. Panjangkanlah usiaku, aku masih banyak dosa yang belum ku jelaskan. Masih banyak tunggakan amal yang belum kulangsaikan. Ya Allah...aku takut andainya ajal ku telah tiba, apakah Kau akan memandangku dengan rahmatMu..... Ampunilah aku Ya Allah....

No comments: