Pages

kematian adalah sebaik-baik peringatan.....

Friday, March 25, 2011

Amanat Imam Syafie

Amanat Imam Syafie

Imam Syafie telah berpesan...

1. 4 perkara yang dapat menguatkan tubuh iaitu makan daging, mencium
wangian/haruman, sering mandi dan memakai pakaian dari kapas (cotton).

2. 4 perkara yang melemahkan tubuh ialah terlalu banyak bersetubuh,
terlalu banyak bersedih, terlalu banyak menelan air liur dan sering
makan benda yang masam.

3. 4 perkara yang dapat mempertajamkan mata (penglihatan) iaitu duduk
melihat Kaabah, menggunakan celak mata setiap malam, memandang benda
yang hijau dan membersihkan tempat duduk.

4. 4 perkara yang menyebabkan kaburnya penglihatan ialah melihat benda
yang kotor, melihat org disalib, selalu melihat kemaluan dan duduk
membelakangi Kaabah.

5. 4 perkara yang dapat menambah kekuatan akal ialah meninggalkan
perkara yg sia-sia, bersugi, sering menghadiri majlis org salih dan
majlis para ulama'

1 comment:

Unknown said...

Alhamdulillah bertambah ilmu kawe hari ini dengan sebab masuk blog demo.terimakasih atas perkongsian yang sungguh bermakna