Pages

kematian adalah sebaik-baik peringatan.....

Saturday, March 26, 2011

Nasihat dan Panduan Kesihatan

Amanat Doktor Raja- raja dahulu


Ketika seorang raja bertanya kepada doktornya, bagaimana cara menjaga
kesihatan, maka jawapan dari doktor tersebut adalah seperti berikut ;

"Jangan kahwin kecuali yg masih muda.

Jangan makan daging kecuali yg masih segar.

Jangan minum ubat kecuali benar-benar sakit.

Jangan makan buah-buahan yg bukan pada musimnya.

Kunyahlah makanan sampai hancur/halus.

Tidur siang selepas makan tidak salah (tidak mengapa), tetapi jangan
tidur setelah makan malam kecuali terlebih dahlu berjalan-jalan paling
kurang 50 langkah.

Jangan makan kecuali sesudah lapar. Jangan memaksa wanita untuk
bersetubuh.

Jangan menahan-nahan membuang air kecil.

Jangan menambah makanan ketika perut masih penuh.

Jangan makan sesuatu yahg tidak dapat dikunyah oleh gigi kerana perut
tidak dapat mencernakannya.

Sebaik-baik simpanan adalah darah dalam tubuh, maka jangan dibuang
kecuali hanya diperlukan.

Rehatlah dengan tidur kerana ada beberapa penyakit yang dapat keluar
dari tubuh melalui tidur.

No comments: