Hari raya dan masjid tidak dapat dipisahkan. Bermula dengan solat sunat hari raya di masjid kampung saya, seterusnya perjalanan hari raya tahun ini tidak lekang dengan masjid. Sayangnya saya tidak mempotretkan masjid kampung saya yang semakin indah. Tak teringat untuk mempotretkan masjid itu walaupun ia di depan mata dan punya seribu kenangan.
Namun begitu perjalan hidup ini terus meniti dengan sapaan masjid2 lain. Pada hari raya ke dua, aku berpeluang beraya di kampung abang ipar, nun di Tok Uban. Dalam perjalanan ke Machang melalui Tanah Merah, kami singgah solat zohor di kampung Paluh. kedudukan kampung ini dari Tok Uban adalah sebelum bandar Tanah Merah. Bagi aku, penduduk dan kariah masjid ini seharusnya berasa malu dengan keadaan masjid ini. Bukan bangunan utamanya tetapi bilik airnya. Bayangkanlah, pada hari raya ke dua, masjid ini tida ada air di tandasnya. Dahlah tu, keadaan tandasnya amat kotor. Tiada sebarang makluman diletakkan sebagai pemberitahuan tentang ketiadaan air. Tak heranlah kalau ada orang yang telah menunaikan hajat walaupun air tak ada.Macamana agaknya perasaan orang itu apabila selesai menunaikan hajat didapati air tak ada?....kesian. AJK masjid sepatutnya lebih perihatin. Mana nilai kebersihan dalam islam di masjid ini?Mana sifat ukhwah kariah di sini kalau masalah sebeginipun tidak diambil peduli? Harap2 kalau aku berkunjung lagi ke sini, keadaan akan berubah.
papan tanda masjid mukim pasir ganda. tanah merah
menara kubah
bangunan utama
pintu masuk dipandang dari dalam
tandas yang penuh sengsara
Pada hari raya ke tiga aku rehat dari berkunjung ke rumah saudara mara. Sebaliknya aku ke Rantau Panjang untuk melihat2 kemeriahan anak rantau balik beraya. Nah..dari simpang Tunjung dah mula jam. Masuk hiway, ok sikit namun apabila menghampiri Gertak Brahim Ali jalan dah mula sesak teruk hingga ke bulatan Pasir Mas. Tabik buat polis2 trafik yang bertungkus lumus mengawal trafik. Aku azamkan untuk solat zohor di masjid beijing memandang waktu zohor telah hampir. Lagipun semasa kunjunga aku ke Rantau Panjang sebelum ini masjid ini belum siap sepenuhnya. Aku dapat maklumat dari fotopage Raykinzoku, masjid ini dah dirasmikan. Aku ingin sangat solat di dalamnya dan menghayati senibenanya. Aku kagum...
Tangga ke ruang solat utama
kasau bumbung yang unik mengikut senibena china
Ruang tengah antara blok hadapan dengan ruang solat utama. Kecacatan senibena ini adalah apabila hujan, tidak ada teduhan yang bersambung antara pintu masuk dan ruang wudhuk ke bangunan ruang solat utama. Masjid ini mempunyai beberapa blok yang bersambung tetapi atap/teduhannya tak bersambung. Mimbar kerawang pada tangga dan koridor bercirikan china
Hiasan pada dinding sebelah imam berasaskan kapur. Ini bukan ciri china, rasanya.Satu lagi kecacatan yang aku saksikan adalah bumbung depan mimbar ini bocor. Mungkin masih dalam tempoh kecacatan, perlu ditangani oleh kintraktor. namun aku berharap sangat kepada pihak pengurusan masjid ini, sayangilah masjid ini sebagai mana kami jemaah yang lalu menyayanginya.
Bali dari Rantau Panjang aku menghala ke Kota Bharu dan solat Maghrib di masjid negeri, Masjid Muhammadi. Sudah agak lama aku tidak ke sini dan aku tidak punya koleksi gambar masjid ini. Hati rindu sangat dengan masjid ini. Lantas sesampainya ke masjid ini aku terus meninjau tandasnya yang amat aku benci itu. Dan aku sungguh terkejut dengan perubahan yang telah berlaku. Tandas sudah bersih dan moden. Alhamdulillah. Dulu, tandas ini berada dalam bangunan lama dan amat kotor serta berbau. Kini tandas masjid ini sudah baru dan bersih. Cuma aku terkilan, kenapalah bahan binaan yang digunakan untuk tandas ini dari jenis murah. Fikirlah sikit! Ini masjid negeri, diguna oleh beribu2 orang. Beraapa lamalah hayat bahan murah ini boleh bertahan.? Walaupun mutu binaan ditahap acceptable, kalau bahannya jenis tak tahan lama, aku takut tandas ini akan kembali ke asal. tandas yang cantik dan bersih tapi 'kodi'.....maaf!
Aku sukakan ruang solat utama yang klasik dengan tiang besar berkaki empat segi dengan hiasan terrazo ini.. Juga tangga pusing yang unik di luar ruang solat dan beduk atau geduk klasik ini dan ruang koridor luar yang penuh warna warni masyarakat di sini. Kalau anda inginkan ketenangan atau inginkan kerehatan, aku sarankan lepak kat sini. Atau kalau nak lihat warna2 satu kelas masyarakat KB, juga aku sarankan lepaklah kat sini. Pasti terhibur, pasti terkesan....sekiranya kamu berfikir.. Pada hari raya ke 6, hari Jumaat aku sudah berada di Melaka. dari Muar jam 12.30 lebih kurang aku azam untuk solat Jumaat di Masjid Al azim, masjid negeri Melaka. alhamdulillah aku sempat berjumaat di sini. Sudah beberapa kali aku mengunjungi masjid ini dan aku kagum dengan senibena serta kebersihannya. Cuma aku terkilan, kenapa masjid sebesar ini masih ada ruang kosong di ruang utama tetapi ada makhluk yang bersolat ditepi2 bilik wudhuk tingkat bawah? Tak faham aku...
Perjalanan kehidupan kita dan masjid adalah seiring. aku mengajak diriku dan kalian, jomlah kita ikatkan hati kita kepada masjid.....
MUQADIMAH: Umat Islam seluruh dunia kini berada dalam 10 malam terakhir Ramadan. masing-masing berebut-rebut menyempurnakan amal ibadat sepanjang malam akhir ini. Ikuti wawancara INTAN ABDULLAH bersama Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din yang banyak mengupas mengenai amalan terbaik yang dianjurkan menjelang akhir Ramadhan dalam mengejar Lailatul Qadar, 10 malam terakhir.
Dalam persiapan umat Islam untuk menempuh 10 malam terakhir Ramadan kali ini, apakah amalan ibadah yang terbaik dilakukan?
USTAZ DATO' DR HARON DIN: Umat Islam sepatutnya menyedari bahawa Ramadan mempunyai beberapa nama yang di antaranya shahrul maghfirah ataupun bulan yang dijanjikan padanya pengampunan. Hadis nabi jug amenyebutkan demikian, yang mafhumnya: "Ramadan awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan daripada api neraka." 10 hari terakhir adalah paling penting dalam bulan Ramadan kerana bukan sahaja keampunan yang dijanjikan Allah itu sebagai suatu hadiah Allah kepada umat yang taat berpuasa bagi mendapat redha Allah. Akan tetapi dikhususkan suatu anugerah luar biasa yang sepatutnya dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruhnya dengan janji Lailatul Qadar, malam Qadar, malam yang terkenal dengan jaminan sehingga ada satu surah al-Qadar dan disebut secara khusus beribadat pada malam itu lebih baik daripada ibadat seribu bulan.
Apa yang dimaksudkan dengan ibadah malam itu Ustaz?
Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan ibadat malam itu memanglah baik kalau sepanjang malam itu dipenuhi dengan ibadat. Tetapi Allah SWT sangat mengetahui lemahnya manusia ini dalam menghadapi kerja-kerja ibadat malam dengan masalah mereka, bebanan-bebanan hidup yang lain dan sebagainya yang memang tidak memungkinkan seorang Islam itu beribadat daripada seawalMaghrib sehingga ke matahari naik. Maka Allah anugerahkan satu lagi nikmat iaitu ibadat malam ini nabi pernah sebut dalam hadis sahih yang bermaksud: "Sesiapa yang menunaikan solat malam (solat tarawih) bersama imam dan dia tidak meninggalkan solat itu atau surau atau tempat yang dia mendirikan solat itu sehinggalah imam selesai solat, maka ditulis baginya seperti beramal sepanjang malam."
Boleh Ustaz jelaskan?
Ertinya dengan menumpukan 10 malam terakhir ini sehingga selesai Ramadan dengan solat tarawih dan membaca al-Quran dan sebagainya di tempat ibadat bersama imam dan dia tidak meninggalkan tempat itu seperti mana jika imam solat 20 rakaat dan dia solat lapan rakaat sahaja dan berhenti, hilang karamah dan sebagainya. Itu rugi kerana dia tidak mendapat ibadat sepanjang malam kerana itu perlu bersama dengan imam sampai imam bagi salam yang terakhir berdoa, selesai. Maka ibadat yang dilakukan pada mana-mana malam terakhir itu pada kebiasaannya berlakulah Lailatul Qadar. Cuba kita bayangkan kalau dapatlah Lailatul Qadar pada satu malam itu kita beribadat yang pahalanya bersamaan dengan satu ribu bulan atau bersamaan dengan 83 tahun beribadat, maka tentulah satu hasil yang dapat kita perolehi daripada beribadat 10 malam terakhir ini begitu memberangsangkan.
Tapi ada yang tidak menghiraukan itu Ustaz?
Saya berharap supaya tidak sahaja Ramadan ini tidaklah berlalu begitu sahaja tanpa ada sesuatu yang lebih bermakna dalam kehidupan seorang muslim seperti siangnya beribadat puasa malamnya sujud menyembah Allah SWT. Hati berzikir kepada Allah, akal memikirkan kejadian Allah, memerhati ayat-ayat Allah swt melihat sekeliling kita banyak memberi pengajaran betapa kerdilnya manusia di hadapan kebesaran Allah. Betapa murahnya Allah dengan amalan yang sedikit tetapi pahalanya yang begitu besar, betapa murninya seorang muslim telah memanafaatkan anugerah Allah pada hari yang tiada sesiapapun dalam alam ini boleh melakukan demikian. Inilah yang dilaporkan dalam al-Quran yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu sembah Daku. Inilah jalan yang mustaqim." Maknanya sembah Allah swt walaupun berlaku sepanjang masa tetapi ada masa-masa yang kualitinya, nilainya jauh lebih besar daripada hari-hari yang lain dan hari itu ialah hari yang kita panggil dengan malam-malam Ramadhan terutama sekali pada waktu yang akhir begini ataupun pada 10 hari yang ketiga dari bulan Ramadan al-mubarak.
Apa yang kita harapkan pada 10 malam terakhir ini?
Semoga Allah menerima amal kita sekalian dan memungkinkan kita bertemu dan melakukan ibadat tahun ini khasnya bertepatan dengan malam Qadar yang dinanti-nantikan oleh seluruh insan yang mengetahui nilainya. Semoga Allah memberkati kita pada bulan yang membawa barakah ini.
Hadis nabi ada menyebut barangsiapa mengerjakan umrah pada bulan Ramadan beroleh ganjaran seumpama mengerjakan haji bersama Rasulullah SAW. Bagaimana pengalaman ustaz mengerjakan umrah pada bulan Ramadan dan adakah ia suatu tuntutan untuk mengerjakan amalan tersebut?
Umrah salah satu daripada suruhan syarak daripada gesaan Allah SWT yang disebut dalam al-Quran yang bermaksud: "Dan sempurnakanlah kerja haji dan umrah kerana Allah swt." Dua kewajipan itu nabi pernah sebut dalam hadis yang sahih: "Haji dan umrah dua kewajipan tidak mengapa mana-mana antara kedua-dua kewajipan itu boleh memulakan haji dahulu, umrah kemudian, boleh umrah dahulu haji kemudian dan boleh dilakukan kedua-duanya sekaligus." Dalam konteks ini haji hanya setahun sekali boleh dilakukan bermula dengan 9 Zulhijjah berakhir dengan 13 Zulhijjah. Adapun umrah boleh dilakukan di sepanjang tahun. Rasulullah saw menyebut dalam hadis yang sahih: "Satu pekerjaan umrah atau sekali pekerjaan umrah di dalam bulan Ramadhan adalah menyamai pahalanya dengan sekali mengerjakan haji bersama-sama denganku." Jadi, haji pahalanya sangat besar lebih-lebih lagi kalau dikerjakan bersama dengan nabi Muhammad saw kerana semuanya kita mendapat panduan secara terus daripada nabi saw. Maka haji yang paling sempurna dilakukan bersama dengan Rasulullah saw kerana baginda pernah menyebut dalam hadis sahih :"Ambillah daripada aku manasif haji adapun ibadah-ibadah haji, itulah haji yang terbaik." Kerana itu orang-orang yang menyedari dan mengetahui kelebihan ibadat ini mereka berlumba-lumba mencari peluang untuk mengerjakan umrah pada bulan Ramadan.
Bukankah banyak amalan lain yang boleh dilakukan di Masjidil Haram ustaz?
Bukan sahaja umrah, ada amalan-amalan lain yang memang sepatutnya menjadi kegemaran minat yang tinggi umat Islam iaitu beribadat dengan sebanyak-banyaknya di dalam Masjidil Haram terutamanya dalam bulan Ramadan. Beribadat di Masjidil Haram seperti yang diketahui umum pahalanya berganda sehingga 100 ribu kali ganda. Solat pun gandaannya sama, 100 ribu kali gandaan, puasanya pun sama gandaannya, 100 ribu kali gandaan, baca Quran pun sama dan bersedekah di sana pun sama dan membuat apa sahaja kebaikan pahalanya berganda sampai 100 ribu kali ganda. Oleh itulah maka ibadat Ramadan ini menjadi kegemaran kerana tawaran Allah swt.
Tentang berulangnya amalan umrah di bulan Ramadan memang ada ditimbulkan keraguan boleh atau tidak umrah yang dilakukan berkali-kali?
Ada hadis yang bermaksud: "Satu umrah ke satu umrah yang lain merupakan kaffarah atau penebus dosa bagi dosa-dosa yang dilakukan antara keduanya." Hadis ini memberi makna nabi menggalakkan umatnya mengadakan, melaksanakan beberapa kali umrah. Kerana itu maka berulangnya umrah ada hadis yang sahih. Larangan jangan banyakkan umrah itu tiada hadis, sebaliknya yang menggalakkannya ada. Oleh itu saya rasa majoriti umat yang pada pengalaman saya jumlah pengunjung Baitullah dalam Ramadan ini lebih ramai daripada jumlah umat Islam yang mengerjakan haji pada musim haji. Atas sebab itulah maka amalan seperti ini termasuk di dalam amalan-amalan yang memberi ruang yang boleh dan ada kemudahan bagi melaksanakannya untuk berlumba-lumba mencari kebaikan itu kerana ada ayat Quran yang menyebutkan: "Dan bersegeralah kamu mencari keampunan daripada Allah SWT kerana syurga yang dijanjikan kepada mereka itu lebarnya selebar semua langit dan kesemua bumi." Dan ada ayat Quran lain yang bermaksud: "Maka berlumba-lumbalah kamu untuk menjadi orang yang hampir dengan Allah SWT." Ini termasuk dalam ajaran-ajaran Islam yang membanyakkan umat Islam mendapat peluang untuk mendapatkan pahala Allah swt sebanyak-banyaknya.
Kurang seminggu dari kematian arwah adik (chomel) aku balik menziarahi beliau. saat itu beliau teruk kesakitan akibat barah dan kesan kimoterapi yang beliau hadapi. Seseketika beliau akan kekejangan, kata orang kelantan menyetok. Mata terbeliak memandang ke atas, kemudian pengsan untuk tempoh waktu yang berbeza. Mula2, pengsannya sekejap, beberapa kali selepas iti, pengsannya lama.
kami tidak punya pengaalaman berhadapan dengan orang sakit akibat kanser dan kimo. Apa yang terlintas di fikiran kami, mungkin ada gangguan luar yakni makhluk halus. Lalu apa daya kami, hanyalah membaca ayat2 suci alquran sebagai usaha mengubati beliau. Siangnya, sepakat keluarga mahukan pertolongan dari ustaz Nik dir (Nik abdul qadir- bekas pengetua Maahad Muhammadi lelaki). Aku pergi ke rumah ustaz , aku bersama pakcikku. Setelah menerangkan kedudukan adik kepada ustaz, aku memohon agar ustaz dapat luangkan masa untuk menjenguk adik. namun kata ustaz, kalau dia pergi pun, tidak ada apa yang beliau dapat buat. sebaliknya beliau membekalkan beberapa ayat untuk dibaca. Beliau juga berpesan supaya membacakan surah al mulk, sekuramg2nya sehingga 10 ayat pertama.Belia memberikan salinan fotostat ayat2 syifa' dan ayat2 perlindungan diri untuk dibaca, disamping air tawar dan minyak untuk di urut pada adik.
Aku membuat beberapa salinan lembaran ayat2 tersebut dan sesampai di rumah arwah adik, aku menerangkan kepada keluarga apa yang diberitahu oleh ustaz. Aku membahagi2kan salinan fotosta ayat2 yang perlu di baca kpada ahli keluarga dang tamu yang datang. Ku lihat kak long dan kak ngah segera mengambil dan membacakan ayat2 tersebut. Begitu juga ahli keluarga lain dan tamu yang ada. semangat kami kembali subur untuk melihat adik kembali sembuh. Namun, keadaan adik masih tetap sama. Pengsannya kali ini agak lama. Daripada subuh tadi bawa ke petang ini belum sedar. Mungkinkah adik dalam keadaan koma.
Aku gagahi perasaan yang memang sedih untuk membacakan surah Almulk. Aku bacakan kuat2 agar adik dapat dengar. Belum sempat surah tersebut habis kubacakan, aku terdengar suara adik...huh.... sekali. Ya Allah, kata hati ku, kiranya dengan membacakan surah ini, Kau telah 'gerakkan' adikku dari 'koma'nya. Ya Allah,sembuhkanlah adikku ya Allah. Begitu doaku tidak putus2. Seluruh isi rumah tekun membacakan ayat2 yang diberikan oleh ustaz tadi. Kami tetap berharap adik akan sembuh. Kami tetap berpegang bahawa setiap penyakit ada ubatnya, hanya mungkin belum ketemu ubat yang sesuai untuk adik.
Malam itu, aku ayah dan beberapa orang lagi ahli keluarga solat maghrib dan kemudiannya isyak di masjid. Seusai solat isyak, anakku menalipon mengatakan adik menyebut namaku. Betulkah? Adik sudah sedarkah dari komanya? Berderai air mataku dengan berita gembira ini. Segera kami kembali ke rumah adik dan ternyata memang adik sudah sedar dari komanya. Keadaannya amat lemah. Kami menanyakan beliau untuk makan. semua yang ditanya beliau mahu. Air sirap, laksa dll.semuanya adik mahu , tapi makannya hanya sedikit sahaja.
Tak apalah, asalkan beliau mahu makan. Begitu kami memujuk hati kami. Keadaan adik ketika itu
menggembirakan kami.Namun keadaan itu tidak lama. Lewat malam itu, adik diserang kekejangan
sekali lagi. Dan maalam itu kamiberjaga sambil membacakan ayat2 Quran sehingga pagi. Tatkala
hampir subuh, riuh ayam2 berkokok.
Ayam berkokok? hah! bentak hatiku. Inilah saat doa makbul. Lantas aku panjatkan doa pada Ilahi,
Ya Allah, sembuhkanlah adikku. Ayam berkokok lagi, aku doakan lagi. Malah bila ayang seyap,
aku kata pada ayam (dalam hati) berkokoklah lagi wahai ayam, aku ingin doakan adikku.Begitulah,
aku tak ingin sesiakan saat makbulnya doa untuk ku doakan kesembuhan adik dari penyakit nya itu.
derita adik hanya beliau yang tahu. Aku yang melihat hanya mampu mengalirkan air mata- air mata
simpati. Tetapi adik? Airmatanya adalah air mata derita....Ya Allah cucurilah rahmatMu keatasnya
di sana.
Ayam dan doa. jangan lupakan saat ini, doalah bila terdengar kokokan ayam.Apakah doaku ini
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA SYARIAH NEGERI PERAK MENGENAI PENULISAN ASTORA JABAT BERKENAAN DENGAN AZAB QUBUR .
1. LATAR BELAKANG
1.1 Seorang penulis yang giat menulis di surat-surat khabar yang menggunakan nama pena Astora Jabat sering menulis isu-isu agama yang kontroversi
1.2 Dalam Majalah Al Islam keluaran edisi bulan November dan Disember beliau telah menulis artikel bertajuk “Tiada azab kubur selepas meninggal dunia “ dan “percanggahan hadith mengenai azab kubur
2. ASAS PANDANGAN BELIAU
2.1 Astora Jabat menggunakan beberapa asas dalam menegaskan pendiriannya seperti :-
2.1.1 Azab kubur tidak disebut di dalam Al Quran secara muktamad tetapi hanya para ulama’ sahaja yang menghurai dan mentafsirkannya.
2.1.2 Semua hadith yang menceritakan tentang azab kubur adalah hadith ahad belaka.Hadith ahad tidak boleh menthabitkan perkara aqidah.
2.1.3 Menolak azab qubur tidak kafir kerana ia hanya dithabitkan dengan hadith ahad dan tafsiran ayat Al Quran yang tidak muktamad.
2.1.4 Menggunakan logic aqal seperti mempertikaikan cara azab qubur kepada mayat yang tidak di quburkan dan mendakwa adalah tidak adil jika mayat yang mati dahulu akan diazab lebih lama dari mayat yang kematiannya lewat.
3. DALIL KEBENARAN ADANYA AZAB QUBUR
3.1 Ahli Sunnah wal Jamaah dan Jumhur Muktazilah berpandangan bahawa azab qubur adalah benar berdasarkan kepada dalil – dalil berikut :-
3.2 Dalil-dalil Al Quran
3.2.1 Firman Allah ayat 124 surah toha ومن اعرض عن ذكرى فإن له معيشة ضنكا Dan barang siapa yang berpaling dari peringatan ku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.
Menurut Abu Said Al Khudri dan Abdullah Ibn Masud perkataan ضنكا adalah azab qubur.
3.2.2 Firman Allah ayat 47 surah Tur و إن للذين ظلموا عذابا دون ذلك Dan sesungguhnya untuk orang-orang yang zalim ada azab selain selain itu
Abdullah bin Masud berkata bahawa yang dimaksudkan dengan azab di dalam ayat ini adalah azab qubur.
3.3.3 Firman Allah dalam surah At Takathur ayat 3
كلا سوف تعلمون Janganlah sekalikali begitu kelak kamu akan mengetahui
Abdullah Ibn Abbas RA mengatakan bahawa ayat ini merujuk kepada azab qubur.
3.2.4 Firman Allah yang mengisahkan keluarga Firaun dalam surah Ghafir ayat 46
النار يعرضون عليها غدوا وعشيا ويوم تقوم الساعة أدخلوا آل فرعون أشد العذاب"
Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya Kiamat. (Dikatakan kepada malaikat) : “Masukkanlah Fir’aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras”
دلت الآية على أن العرض قبل يوم القيامة لأن العطف يقتضى المغايرة وليس ذلك العرض فى الدنيا قطعا فيكون فى البرزخ Ayat ini menunjukkan bahawa pembentangan itu berlaku sebelum hari qiamat kerana عطف di situ membawa makna مغايرة yang sudah tentu tidak berlaku di dunia malah di alam barzakh.
3..2.5 Firman Allah yang mengisahkan kaum nuh dalam surah Nuh ayat 25
أغرقوا فادخلوا نارا Disebabkan kesalahan-kesalahan mereka, mereka tenggelam lalu dimasukkan ke neraka, maka mereka tidak mendapat penolong-penolong bagi mereka selain dari Allah.
والفاء للتعقيب فدخول النار عقب الغرق مباشرة يكون فى البرزخ وليس فى القيامة
Huruf ‘fa’ menunjukkan berturutan maka masuk neraka selepas lemas berlaku berturutan dan ianya berlaku di alam barzakh dan bukan pada hari qiamat.
3..2.6 Firman Allah dalam surah Aali Imran ayat 169-170
ولا تحسبن الذين قتلوا فى سبيل الله امواتا بل احياء عند ربهم يرزقون فرحين بما اتاهم الله من فضله ويستبشرون بالذين لم يلحقوا بهم من خلفهم الا خوف عليهم ولا هم يحزنون .
Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati : bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhan dengan mendapat rezeki.
Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada mereka. Dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka. Bahawa tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
فهذا النعيم قبل يوم القيامة قطعا لان الاية ترشدنا الى الا نعتبرهم امواتا كما تخبرنا بانهم يتطلعون الى اخوانهم الذين ما زالوا فى الدنيا ينتظرون الشهادة .
Dalam ayat di atas kenikmatan berkenaan berlaku sebelum hari qiamat kerana kita diarahkan jangan menyangka mereka mati dan ayat berkenaan memberitahu kita, bahawa mereka menunggu-nunggu saudara-saudara mereka yang masih berada di bumi mencari mati syahid.
3..2.7 Apa yang perlu diperhatikan daripada keterangan ini , bahawa sahabat-sahabat Nabi SAW yang menafsirkan bahawa ayat ayat berkenaan adalah merujuk kepada azab qubur maka pendapat yang mengatakan ianya hanya tafsiran ulama’ sahaja adalah tidak benar.Sahabat-sahabat yang cukup terkemuka ini telah mendapat pengiktirafan Nabi SAW sendiri seperti Abdullah Ibn Abbas dan Abdullah Ibn Masud RA serta penafsiran Al Quran menurut keadah bahasa Arab yang betul menguatkan lagi ketepatan tafsiran ayat-ayat ini merujuk kepada azab qubur.
4..3 Dalil-dalil Hadith
Walaupun hadith-hadith yang berkenaan dengan azab qubur ini adalah hadith Ahad tetapi ia termasuk dalam mutawatir dari sudut makna (متواتر المعنى )
4..31 Telah meriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah Saw melintasi dua qubur lantas baginda SAW bersabda :
انهما ليعذبان وما يعذبان فى كبير اما احدهما لا يستتر من بوله واما الاخر فكان يمشى بين الناس بالنميمة
Sesungguhnya mereka berdua tidaklah diazab disebabkan dosa-dosa besar yang mereka lakukan tetapi disebabkan salah seorang mereka tidak dapat mengetuskan air kencingnya dan seorang lagi memecah belahkan masyarakat dengan adu domba.
4..3.2 Diantara doa yang telah disepakati ma’thur dari Rasulullah SAW ialah :
اللهم انى اعوذ بك من فتنة النار وعذاب النار و فتنة القبر وعذاب القبر ومن شر فتنة الغنى ومن شر فتنة الفقر .
Ya Allah aku berlindung dengan Mu dari fitnah api neraka, azab neraka, fitnah qubur dan azab qubur serta keburukan fitnah kekayaan dan keburukan dari fitnah kefaqiran
4..3.3 Imam Muslim meriwayatkan hadith beserta sanadnya dari Ibnu Umar
ان احدكم اذا مات عرض عليه مقعده بالغداة والعشي ان كان من اهل الجنة فمن اهل الجنة وان كان من اهل النار فمن اهل النار يقال : هذا مقعدك حتى يبعث الله اليه يوم القيامة . Sesungguhnya salah seorang dari kamu apabila mati diperlihatkan kepadanya tempat duduknya pagi dan petang. Sekiranya dia bakal menghuni syurga akan dilihatnya tempat duduknya di syurga begitulah sebaliknya dan dikatakan kepadanya : Inilah tempat dudukmu sehinggalah Allah membangkitkannya pada hari qiamat kelak.
4..3.4 Mengenai kedudukan hadis-hadis yang menthabitkan ‘azab dan ni’mat kubur, yang ditakhrijkan oleh hampir semua kitab-kitab hadis utama, serta keterangan mengenainya, dapat diteliti pada kitabشرح العقيدة الطحاوية pada muka surat 572 hingga 588. Di antara penegasan yang tersebut dalam kitab ini adalah sebagai berikut:
وقد تواترت الأخبار عن رسول الله (ص) فى ثبوت عذاب القبر ونعيمه لمن كان لذلك اهلا و سؤال ملكين فيجب اعتقاد ثبوت ذلك والايمان به و لا نتكلم فى كيقيته , إذ ليس للعقل وقوف على كيفيته لكونه لا عهد له به فى هذه الدار
Telah mutawatir hadith Rasulullah S.A.W. di dalam menginthbatkan azab dan nikmat qubur kepada golongan yang layak, begitu juga sabitnya, soal dua malaikat. Maka wajib beri’tiqad wujudnya yang demikian dengan beriman dengannya. Kita tidak dapat memperkatakan keifiatnya kerana aqal tidak mampu meneroka alam berkenaan.
4..3.5 Hal yang sama dinyatakan juga dalam kitab: فتاوى اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والافتاء المجلد الثالث pada muka surat 444, iaitu sebagai berikut: وقد تواترت الاخبار عن رسول الله صلى الله عليه وسلم فى ثبوت سوال الميت فىقبره وثبوت نعيمه فيه او عذابه حسب عقيدته وعمله بما لا يدع مجالا للشك فى ذلك ولم يعرف عن الصابة رضي الله عنهم فى ثبوت ذلك خلافا ولذا قال بثبوته اهل السنة والجماعة Dan sesungguhnya telah mutawatir hadis-hadis dari Rasulullah S.A.W di dalam mengithbatkan soal jawab mayat keatas mayat di dalam kuburnya dan juga telah thabit (tetap) berkaitan dengan nikmat-nikmat dan azab kubur bergantung pada akidahnya (simati) dan amalannya (simati) di mana tidak ada ruang untuk ragu-ragu dalam masalah ini (nikmat dan azab kubur) dan tidak diketahui dari para sahabat khilaf dalam masalah ini. Oleh yang demikian itu Ahlus Sunnah Wal Jamaah menetapkannya (adanya azab dan nikmat kubur).
4..3.6 Berdasarkan kepada kedudukan hadis-hadis ini, Syekh Muhammad Nashiruddin Albani, menyatakan di dalam kitabnya: سلسلة الاحاديث الصحيحة المجلد الاول القسم الاول رقم 159 Pada muka surat 294 hingga 296, selepas menuliskan hadis berikut:
إن هذه الأمة تبتلى فى قبورها فلو لا ان تدافنوا لدعوت الله ان يسمعكم من عذاب القبر الذى اسمع منه....... أخرجه مسلم من طريق ابن علية Sesungguhnya umat ini akan diuji di dalam quburnya seandainya kamu tidak akan ditanam (di dalam qubur ) nescaya aku meminta dari Allah supaya diperdengarkan kepada kamu azab qubur yang aku dengar daripadanya “
Faedah-Faedah Hadis :
إثبات عذاب القبر، والأحاديث في ذلك متواترة، فلا مجال للشك فيه بزعم أنها آحاد. ولو سلمنا أنها آحاد، فيجب الاخذبها.
Beriman dengan azab kubur, dan hadis-hadis berkaitan dengannya adalah mutawatir, maka tidak ada ruang untuk ragu-ragu berkaitan dengannya, dengan dakwaan bahawa hadisnya adalah hadis ahad dan jika kita menerima bahawa hadisnya adalah ahad maka wajblah mengambil hadis-hadis itu.
ولو سلمنا أنه لايوجد في القرآن ما يشهد لها ، فهي وحدها كافية لإثبات هذه العقيدة ، والزعم بأن العقيدة لاتثبت بما صح من أحاديث الآحاد زعم باطل دخيل في الإسلام، لم يقل به أحد من الأعلام ـ كالأربعة وغيرهم ـ بل هو مما جاء به بعض علماء الكلام بدون برهان من الله ولا سلطان.
Dan jika kita menerima bahawa tidak ada di dalam al-Quran yang menunjukkan azab kubur, maka satu hadis ini sudah mencukupi untuk menetapkan akidah ini. Dakwaan bahawa akidah tidak thabit dengan hadis-hadis ahad yang sahih adalah dakwaan yang batil dan asing di dalam Islam. Tidak dinyatakan daripada mana-mana Imam yang muktabar – seperti Imam-Imam yang empat dan selain mereka – bahkan ia adalah pendapat yang datang daripada sebahagian ulama-ulama kalam dengan ketiadaan dalil daripada Allah.
5.4 Ijma’
5..4.1 Imam Abul Hasan Al Asy’ari, di dalam kitabnyaالإبانة فى أصول الديانة muka surat 215, menyatakan bahawa thabitnya ‘azab kubur merupakan “ ijma’ ” sahabat-sahabat Nabi SAW. Beliau menulis sebagai berikut:
وانكرت المعتزلة عذاب القبر . وقد روى عن النبى صلى الله عليه وسلم من وجوه كثيرة و روى عن اصحابه رضي الله عنهم وما روى عن احدهم منهم انه انكره ونفاه وجحده فوجب ان يكون اجماعا من اصحاب النبى صلى الله عليه وسلم
Muktazilah mengengkari azab qubur sedang telah diriwayatkan dari nabi dan dari sahabat baginda SAW serta tiada seorang pun dari kalangan mereka menyanggah mengenainya maka kesimpulannhya kepercayaan azab qubur ini sudah menjadi ijma’ di kalangan para sahabat.
5..4.2 Syekh Muhammad As Shaleh Al ‘Uthaimin, di dalam bukunya شرح العقيدة الواسطية لشيخ الاسلام ابن تيمية المجلد الثانى muka surat 122, mengatakan bahawa thabitnya ‘azab kubur adalah ijma’ kaum muslimin. Beliau menulis sebagai berikut: وقوله اما نعيم واما عذاب : فيه اثبات النعيم والعذاب فى القبر وقد دل على ذلك كتاب الله وسنة رسوله صلى الله عليه وسلم بل لنا ان نقول واجماع المسلمين
Adapun katanya samada nikamt atau azab itu menunjukkan adanya nikmat qubur atau azab qubur dan telah datang dalil yang banyak dari Al Quran dan Sunnah bahkan kita mengatakan ia adalah ijma’ kaum muslimin.
6. PANDANGAN ULAMA’ MENGENAI HUKUM MENGAMBIL HADITH AHAD DALAM TASYRI’
6.1 Apabila hadith Ahad telah terbukti kesahihannya maka ia mengambil hokum mutawatir dari sudut wajib beriman dan beramal dengan segala tuntutannya . Ini dijelaskan oleh beberapa ulama’ seperti berikut :-
6.1.1 Berkata Ibn Abi Al-‘Iz di dalam Syarh Tohawiyyah
خبر الواحد اذا تلقته الامة بالقبول عملا به و تصديقا له يفيد العلم اليقينى عند جماهير الامة وهو احد قسمي المتواتر ولم يكن بين سلف الامة فى ذلك نزاع . Khabar yang dibawa oleh seorang apabila diterima oleh sekalian umat sebagai amalan dan kepercayaan memberi faedah kepada ilmu yaqin disisi majoriti umah dan ia adalah salah satu dari dua kategori mutawatir. Tiada perselisihan di kalangan salaf tentang perkara ini.
6.1.2 Berkata Ibn Hajar dalam Fathul Bari
قد شاع عمل الصحابة والتابعين بخبر الواحد من غير نكير فاقتضى الاتفاق منهم على قبول Para sahabat dan tabien biasa beramal dengan khabar wahid tanpa ada bantahan dan mereka bersepakat mengenainya.
6.1.3 Berkata Ibn Rejab dalam kitabnya اهوال القبور
وقد تواترت الأحاديث عن النبى (ص) فى عذاب القبر ففى صحيحين عن ام المؤمنين عائشة الصديقة بنت الصديق (ر) انها قالت : العبد اذا وضع فى قبره وتولى وذهب اصحابه حتى انه ليسمع قرع نعالهم أتاه ملكان فأقعداه فيقولان له : ما كنت تقول فى هذا الرجل محمد (ص) ؟ فيقول : أشهد أنه عبد الله و رسوله فيقال : انظر الى مقعدك من النار ابدلك الله به مقعدا من الجنة قال النبى (ص) فيراهما جميعا . وأما الكافر أو المنافق فيقول : لا أدرى كنت اقول ما يقول الناس فيقول لا دريت و لا تليت ثم يضرب من مطرقة من حديد ضربة بين أذنيه فيصيح صيحة يسمعها من يليه الا ثقلين .
Telah mutawatir hadith-hadith dari nabi (S.A.W.) mengenai azab qubur. Di dalam sahihain daripada umil mukminin Aisyah (r.a.) berkata seorang hamba apabila diletakkan diquburnya dan orang lain berpaling sehingga ia mendengar derapan kasut, dua malaikat mendatanganinya dan mendudukkannya dan berkata kepadanya: apa yang kamu katakana kepada lelaki ini (Muhammad s.a.w.) Jawabnya: Aku naik saksi bahawa ia adalah hamba Allah dan pesuruhnya dan dikatakan kepadanya lihatlah tempat dudukmu di neraka, telah ditukar oleh Allah dengan tempat duduk di syurga. Adapun orang kafir dan munafiq menjawab – tidakku ketahui hanya aku berkata dengan apa yang dikatakan oleh orang. Maka ia dipukul dengan penukul besi di antara kedua telinganya lantas menjerit hingga suaranya didengari kecuali jin dan manusia.
7. ADAKAH MAYAT YANG TIDAK BERQUBUR JUGA MENERIMA AZAB QUBUR
7.1 Menurut Ulama’ , mayat yang tidak diquburkan seperti disimpan di dalam peti sejuk di rumah-rumah mayat , atau terbakar atau hancur berkecai dan ditiup angin tetap menerima azab qubur . Ini adalah kesimpulan yang telah dibuat oleh beberapa orang ulama’ seperti berikut :-
7.1.1 Menurut العلامة محمد السفارينى di dalam kitabnya لوامع الأنوار البهية
من لم يدفن من مصلوب ونحوه يناله نصيبه من فتنة السؤال وضغطة القبر Sesiapa yang tidak diquburkan seperti disalib dan sebagainya tetap akan menerima soalan dan himpitan qubur.
7.1.2 Di dalam kitab Ar Ruh Al Imam Al Muhaqiq mengatakan :
مما ينبغى ان يعلم ان عذاب القبر هو عذاب البرزخ فكل من مات وهو مستحق للعذاب ناله نصيبه من قبر ام لم يقبر فلو اكلته السباع او حرق حتى صار رمادا او نسف فى الهواء او غرق فى البحر وصل الى روحه و بدنه ما يصل الى المقبور .
Suatu perkara yang wajar diketahui bahawa azab qubur itu adalah azab barzakh. Maka setiap yang mati sedang ia layak untuk diazab akan menerima habuannya sama ada ia diquburkan atau tidak walaupun dimakan binatang buas, terbakar menjadi abu, diterbangkan angin atau tenggelam di dasar lautan tetap akan sampai azabnya sepertimana orang yang diquburkan juga.
8. BAGAIMANAKAH CARANYA MAYAT YANG TIDAK DIQUBURKAN MENDAPAT AZAB
8.1 Ibn Abi Al ‘Iz telah memberi komentarnya dalam Syarh Tohawiyyah
وقد تواترت الأخبار عن رسول الله (ص) فى ثبوت عذاب القبر ونعيمه لمن كان لذلك اهلا و سؤال ملكين فيجب اعتقاد ثبوت ذلك والايمان به و لا نتكلم فى كيقيته , إذ ليس للعقل وقوف على كيفيته لكونه لا عهد له به فى هذه الدار
Telah mutawatir hadith Rasulullah S.A.W. di dalam menginthbatkan azab dan nikmat qubur kepada golongan yang layak, begitu juga sabitnya, soal dua malaikat. Maka wajib beri’tiqad wujudnya yang demikian dengan beriman dengannya. Kita tidak dapat memperkatakan keifiatnya kerana aqal tidak mampu meneroka alam berkenaan.
9. IMPLIKASI MEMBINCANGKAN ISU INI SECARA TERBUKA
9.1 Walaupun isu ini masih ada ruang untuk diperbincangkan namun ianya hanya sesuai di kalangan ahli ilmu khususnya dari kalangan ahli hadith , ahli fiqh , usuluddin dan tasauf bukannya di khalayak ramai kerana ia akan membawa implikasi berikut :-
9.1.1 Ia lebih akan mengelirukan masyarakat . 9.1.2 Umumnya di Negara ini menerima dan mempercayai azab qubur memang ada dan kepercayaan ini sedah established . 9.1.3 Tidak ada untungnya isu ini ditimbulkan malah merugikan . 9.1.4 Sedikit sebanyak akan mengikis kepercayaan masyarakat yang kurang faham dengan ulumul hadith terhadap hadith-hadith khusunya yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim . Begitu juga kepercayaan terhadap para ulama’ akan luntur sedikit demi sedikit .
10. PANDANGAN ULAMA’ MENGENAI ORANG YANG MENOLAK AZAB QUBUR
10.1 Menurut kitab كبرى اليقينيات الكونية pengarang nya iaitu Dr Muhd Saed Ramadhan Albuty berpendapat selepas mendatangkan dalil- dalil kewujudan azab qubur إذا علمت هذا فإننا نقول : أما إنكار عذاب القبر , من أصله , فهو مزلق الى الكفر , لما ثبت من الدليل القاطع فيه كما علمت . وإما اقراره من حيث الأصل , مع الارتياب فى انه للروح فقط أو للروح مع الجسم أو بعض أجزاء الجسم , فذلك امر ليس من شأنه أن ينتهى بالباحث ال الكفر لأن التحقيق فى أن العذاب يكون للروح فقط أو للروح والجسد معا , خاضع للنظر , وليست فيه أدلة قاطعة واضحة كأدلة أصل التعذيب والتنعيم .
Apabila engkau mengetahui perkara ini maka sesungguhnya kami mengatakan : Adapun mengingkari azab kubur, dari asalnya (mengingkari azab kubur secara keseluruhannya) maka dia tergelincir kepada kekufuran kerana telah thabit daripada dalil yang qatie mengenainya seperti yang engkau ketahui.
Dan adapun beriman dengan azab kubur, tetapi meragui sama ada untuk roh sahaja ataupun roh dan jasad atau sebahagian dari anggota badan, maka yang demikian itu tidak membawa kepada kekufuran kerana pendapat yang kuatnya dalam masalah azab kubur ini sama ada roh sahaja atau roh dan jasad memerlukan kepada pengkajian yang teliti, dimana tidak ada dalil yang qatie dan jelas seperti adanya azab kubur dan nikmatnya.
10.2 Di dalam kitab Fiqh Sunnah jilid awal mukasurat 311 Sayyid Sabiq menyebutkan وقال المروزي : قال أبوعبد الله ـ يعني الإمام أحمد ـ عذاب القبر حق لا ينكره إلا ضال مضل.
Daripada al-Marwazi : Telah berkata Abu Abdullah – iaitu Imam Ahmad – Azab kubur itu adalah benar tidak mengingkarinya melainkan orang yang sesat lagi menyesatkan.
11. KEPUTUSAN
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang untuk kali ke 161 pada 23 Syawal 1424 bersamaan 17 Disember 2003 telah bersetuju bahawa menolak kepercayaan azab qubur setelah wujud keterangan dari Al Quran dan Al Hadith serta Ijma’ Ulama’ adalah terkeluar dari ajaran Islam.
KOTA BHARU, 8 Sept: Bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamed Yaacob, yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC) Jumaat lepas pagi ini pulang ke Rahmatullah akibat masalah pernafasan.
Mohamed menghembuskan nafas terakhir pada lebih kurang jam 5.50 pagi tadi di sisi isterinya Puan Sri Nik Azizah Nik Ahmad.
Menurut anaknya, Dr Idora Mohamed, jenazah Allahyarham kini ditempatkan di kediamannya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Allahyarham memegang jawatan Menteri Besar Kelantan sejak 1978 sehingga Umno Kelantan tewas di tangan Pas dan membentuk kerajaan baru di Kelantan pada 1990.
Beliau menceburi bidang politik sejak tahun 1950 menyertai Umno dan memenangi pertandingan buat kali pertamanya dalam pilihan raya umum 1969 bagi kerusi parlimen Tanah Merah.
Allahyarham anak kelahiran Kelantan, dilahirkan di kampong Palekbang, Tumpat, pernah memegang jawatan menteri kabinet sebelum dilantik sebagai Menteri Besar. Pada tahun 1996 pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Zohor hari ini.
Kepimpinan kerajaan Pas negeri mengutuskan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan ketenangan roh Allahyarham di sisi Allah SWT._sumber
ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini. Beliau meninggal dunia pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.
Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 54, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.
Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutupsegala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.
13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
Sep 1, 09 11:45am Tun Abdul Hamid Omar, bekas ketua hakim negara yang kontroversi, meninggal dunia hari ini akibat kegagalan ginjal. Allahyarham berusia 80 tahun.
Hamid dianggap kontroversi kerana peranannya dalam prosiding memecat Tun Salleh Abas pada 1988.
Beliau, waktu itu sebagai pemangku ketua hakim, mengetuai panel yang mendengar proses memecat Salleh.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 10 pagi ini di Hospital Gleneagles di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Sementara itu, anak sulungnya, Azizuddin, 51, memberitahu Bernama berkata bapanya dimasukkan ke hospital itu 8 pagi semalam setelah mengalami demam dan selesema yang kronik.
Katanya doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman pada pinggang yang menyebabkan kegagalan ginjal bapanya.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Bukit Tunku di ibunegara dan akan disembahyangkan di Masjid Damansara selepas Asar hari ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Allahyarham meningglkan seorang balu Toh Puan Azian Aiyub Ghazali dan empat orang anak iaitu Azizuddin, Ainuddin, Hanizah dan Hanizan. malaysiakini-http://www.malaysiakini.com/news/111802