Sep 1, 09 11:45am
Tun Abdul Hamid Omar, bekas ketua hakim negara yang kontroversi, meninggal dunia hari ini akibat kegagalan ginjal. Allahyarham berusia 80 tahun.
Hamid dianggap kontroversi kerana peranannya dalam prosiding memecat Tun Salleh Abas pada 1988.
Beliau, waktu itu sebagai pemangku ketua hakim, mengetuai panel yang mendengar proses memecat Salleh.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 10 pagi ini di Hospital Gleneagles di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Sementara itu, anak sulungnya, Azizuddin, 51, memberitahu Bernama berkata bapanya dimasukkan ke hospital itu 8 pagi semalam setelah mengalami demam dan selesema yang kronik.
Katanya doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman pada pinggang yang menyebabkan kegagalan ginjal bapanya.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Bukit Tunku di ibunegara dan akan disembahyangkan di Masjid Damansara selepas Asar hari ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Allahyarham meningglkan seorang balu Toh Puan Azian Aiyub Ghazali dan empat orang anak iaitu Azizuddin, Ainuddin, Hanizah dan Hanizan.
malaysiakini-http://www.malaysiakini.com/news/111802
No comments:
Post a Comment