Pages

kematian adalah sebaik-baik peringatan.....

Sunday, September 27, 2009

Hari Raya dan masjid

Hari raya dan masjid tidak dapat dipisahkan. Bermula dengan solat sunat hari raya di masjid kampung saya, seterusnya perjalanan hari raya tahun ini tidak lekang dengan masjid. Sayangnya saya tidak mempotretkan masjid kampung saya yang semakin indah. Tak teringat untuk mempotretkan masjid itu walaupun ia di depan mata dan punya seribu kenangan.

Namun begitu perjalan hidup ini terus meniti dengan sapaan masjid2 lain. Pada hari raya ke dua, aku berpeluang beraya di kampung abang ipar, nun di Tok Uban. Dalam perjalanan ke Machang melalui Tanah Merah, kami singgah solat zohor di kampung Paluh. kedudukan kampung ini dari Tok Uban adalah sebelum bandar Tanah Merah. Bagi aku, penduduk dan kariah masjid ini seharusnya berasa malu dengan keadaan masjid ini. Bukan bangunan utamanya tetapi bilik airnya. Bayangkanlah, pada hari raya ke dua, masjid ini tida ada air di tandasnya. Dahlah tu, keadaan tandasnya amat kotor. Tiada sebarang makluman diletakkan sebagai pemberitahuan tentang ketiadaan air. Tak heranlah kalau ada orang yang telah menunaikan hajat walaupun air tak ada.Macamana agaknya perasaan orang itu apabila selesai menunaikan hajat didapati air tak ada?....kesian. AJK masjid sepatutnya lebih perihatin. Mana nilai kebersihan dalam islam di masjid ini?Mana sifat ukhwah kariah di sini kalau masalah sebeginipun tidak diambil peduli? Harap2 kalau aku berkunjung lagi ke sini, keadaan akan berubah.
papan tanda masjid mukim pasir ganda. tanah merah

menara kubah
bangunan utama
pintu masuk dipandang dari dalam
tandas yang penuh sengsara
Pada hari raya ke tiga aku rehat dari berkunjung ke rumah saudara mara. Sebaliknya aku ke Rantau Panjang untuk melihat2 kemeriahan anak rantau balik beraya. Nah..dari simpang Tunjung dah mula jam. Masuk hiway, ok sikit namun apabila menghampiri Gertak Brahim Ali jalan dah mula sesak teruk hingga ke bulatan Pasir Mas. Tabik buat polis2 trafik yang bertungkus lumus mengawal trafik. Aku azamkan untuk solat zohor di masjid beijing memandang waktu zohor telah hampir. Lagipun semasa kunjunga aku ke Rantau Panjang sebelum ini masjid ini belum siap sepenuhnya. Aku dapat maklumat dari fotopage Raykinzoku, masjid ini dah dirasmikan. Aku ingin sangat solat di dalamnya dan menghayati senibenanya. Aku kagum...

Tangga ke ruang solat utama


kasau bumbung yang unik mengikut senibena china

Ruang tengah antara blok hadapan dengan ruang solat utama. Kecacatan senibena ini adalah apabila hujan, tidak ada teduhan yang bersambung antara pintu masuk dan ruang wudhuk ke bangunan ruang solat utama.
Masjid ini mempunyai beberapa blok yang bersambung tetapi atap/teduhannya tak bersambung.

Mimbar
kerawang pada tangga dan koridor bercirikan china
Hiasan pada dinding sebelah imam berasaskan kapur. Ini bukan ciri china, rasanya.Satu lagi kecacatan yang aku saksikan adalah bumbung depan mimbar ini bocor. Mungkin masih dalam tempoh kecacatan, perlu ditangani oleh kintraktor. namun aku berharap sangat kepada pihak pengurusan masjid ini, sayangilah masjid ini sebagai mana kami jemaah yang lalu menyayanginya.

Bali dari Rantau Panjang aku menghala ke Kota Bharu dan solat Maghrib di masjid negeri, Masjid Muhammadi. Sudah agak lama aku tidak ke sini dan aku tidak punya koleksi gambar masjid ini. Hati rindu sangat dengan masjid ini. Lantas sesampainya ke masjid ini aku terus meninjau tandasnya yang amat aku benci itu. Dan aku sungguh terkejut dengan perubahan yang telah berlaku. Tandas sudah bersih dan moden. Alhamdulillah. Dulu, tandas ini berada dalam bangunan lama dan amat kotor serta berbau. Kini tandas masjid ini sudah baru dan bersih. Cuma aku terkilan, kenapalah bahan binaan yang digunakan untuk tandas ini dari jenis murah. Fikirlah sikit! Ini masjid negeri, diguna oleh beribu2 orang. Beraapa lamalah hayat bahan murah ini boleh bertahan.? Walaupun mutu binaan ditahap acceptable, kalau bahannya jenis tak tahan lama, aku takut tandas ini akan kembali ke asal.

tandas yang cantik dan bersih tapi 'kodi'.....maaf!

Aku sukakan ruang solat utama yang klasik dengan tiang besar berkaki empat segi dengan hiasan terrazo ini..

Juga tangga pusing yang unik di luar ruang solat dan beduk atau geduk klasik ini dan ruang koridor luar yang penuh warna warni masyarakat di sini.

Kalau anda inginkan ketenangan atau inginkan kerehatan, aku sarankan lepak kat sini. Atau kalau nak lihat warna2 satu kelas masyarakat KB, juga aku sarankan lepaklah kat sini. Pasti terhibur, pasti terkesan....sekiranya kamu berfikir..
Pada hari raya ke 6, hari Jumaat aku sudah berada di Melaka. dari Muar jam 12.30 lebih kurang aku azam untuk solat Jumaat di Masjid Al azim, masjid negeri Melaka. alhamdulillah aku sempat berjumaat di sini. Sudah beberapa kali aku mengunjungi masjid ini dan aku kagum dengan senibena serta kebersihannya. Cuma aku terkilan, kenapa masjid sebesar ini masih ada ruang kosong di ruang utama tetapi ada makhluk yang bersolat ditepi2 bilik wudhuk tingkat bawah? Tak faham aku...



Perjalanan kehidupan kita dan masjid adalah seiring. aku mengajak diriku dan kalian, jomlah kita ikatkan hati kita kepada masjid.....

No comments: