Pages

kematian adalah sebaik-baik peringatan.....

Tuesday, September 15, 2009

Aku dan kokokan ayam...

Kurang seminggu dari kematian arwah adik (chomel) aku balik menziarahi beliau. saat itu beliau teruk kesakitan akibat barah dan kesan kimoterapi yang beliau hadapi. Seseketika beliau akan kekejangan, kata orang kelantan menyetok. Mata terbeliak memandang ke atas, kemudian pengsan untuk tempoh waktu yang berbeza. Mula2, pengsannya sekejap, beberapa kali selepas iti, pengsannya lama.

kami tidak punya pengaalaman berhadapan dengan orang sakit akibat kanser dan kimo. Apa yang terlintas di fikiran kami, mungkin ada gangguan luar yakni makhluk halus. Lalu  apa daya kami, hanyalah membaca ayat2 suci alquran sebagai usaha mengubati beliau. Siangnya, sepakat keluarga mahukan pertolongan dari ustaz Nik dir (Nik abdul qadir- bekas pengetua Maahad Muhammadi lelaki). Aku pergi ke rumah ustaz , aku bersama pakcikku. Setelah menerangkan kedudukan adik kepada ustaz, aku memohon agar ustaz dapat luangkan masa untuk menjenguk adik. namun kata ustaz, kalau dia pergi pun, tidak ada apa yang beliau dapat buat. sebaliknya beliau membekalkan beberapa ayat untuk dibaca. Beliau juga berpesan supaya membacakan surah al mulk, sekuramg2nya sehingga 10 ayat pertama.Belia memberikan salinan fotostat ayat2 syifa' dan ayat2 perlindungan diri untuk dibaca, disamping air tawar dan minyak untuk di urut pada adik.

Aku membuat beberapa salinan lembaran ayat2 tersebut dan sesampai di rumah arwah adik, aku menerangkan kepada keluarga apa yang diberitahu oleh ustaz. Aku membahagi2kan salinan fotosta ayat2 yang perlu di baca kpada ahli keluarga dang tamu yang datang. Ku lihat kak long dan kak ngah segera mengambil dan membacakan ayat2 tersebut. Begitu juga ahli keluarga lain dan tamu yang ada. semangat kami kembali subur untuk melihat adik kembali sembuh. Namun, keadaan adik masih tetap sama. Pengsannya kali ini agak lama. Daripada subuh tadi bawa ke petang ini belum sedar. Mungkinkah adik dalam keadaan koma.

Aku gagahi perasaan yang memang sedih untuk membacakan surah Almulk. Aku bacakan kuat2 agar adik dapat dengar. Belum sempat surah tersebut habis kubacakan, aku terdengar suara adik...huh.... sekali. Ya Allah, kata hati ku, kiranya dengan membacakan surah ini, Kau telah 'gerakkan' adikku dari 'koma'nya. Ya Allah,sembuhkanlah adikku ya Allah. Begitu doaku tidak putus2. Seluruh isi rumah tekun membacakan ayat2 yang diberikan oleh ustaz tadi. Kami tetap berharap adik akan sembuh. Kami tetap berpegang bahawa setiap penyakit ada ubatnya, hanya mungkin belum ketemu ubat yang sesuai untuk adik. 

Malam itu, aku ayah dan beberapa orang lagi ahli keluarga solat maghrib dan kemudiannya isyak di masjid. Seusai solat isyak, anakku menalipon mengatakan adik menyebut namaku. Betulkah? Adik sudah sedarkah dari komanya? Berderai air mataku dengan berita gembira ini. Segera kami kembali ke rumah adik dan ternyata memang adik sudah sedar dari komanya. Keadaannya amat lemah. Kami menanyakan beliau untuk makan. semua yang ditanya beliau mahu. Air sirap, laksa dll.semuanya adik mahu , tapi makannya hanya sedikit sahaja.

Tak apalah, asalkan beliau mahu makan. Begitu kami memujuk hati kami. Keadaan adik ketika itu 
menggembirakan kami.Namun keadaan itu tidak lama. Lewat malam itu, adik diserang kekejangan 
sekali lagi. Dan maalam itu kamiberjaga sambil membacakan ayat2 Quran sehingga pagi. Tatkala 
hampir subuh, riuh ayam2 berkokok.

Ayam berkokok? hah! bentak hatiku. Inilah saat doa makbul. Lantas aku panjatkan doa pada Ilahi, 
Ya Allah, sembuhkanlah adikku. Ayam berkokok lagi, aku doakan lagi. Malah bila ayang seyap, 
aku kata pada ayam (dalam hati) berkokoklah lagi wahai ayam, aku ingin doakan adikku.Begitulah, 
aku tak ingin sesiakan saat makbulnya doa untuk ku doakan kesembuhan adik dari penyakit nya itu. 
derita adik hanya beliau yang tahu. Aku yang melihat hanya mampu mengalirkan air mata- air mata 
simpati. Tetapi adik? Airmatanya adalah air mata derita....Ya Allah cucurilah rahmatMu keatasnya
di sana.

Ayam dan doa. jangan lupakan saat ini, doalah bila terdengar kokokan ayam.Apakah doaku ini 
makbul? nantilah, aku sambung lagi..

No comments: