Pages

kematian adalah sebaik-baik peringatan.....

Monday, November 9, 2009

Buweeekk!!!!.....buat Sam...

Sam atau nama penuhnya SamSeng adalah kucing jalanan yang menumpang teduh di rumah jiran dan akhir2, di rumah ku. Dinamakan Sam, singkatan dari Samseng kerana raut wajahnya yang nampak samseng, namun begitu setelah dilemahkan dengan wiskas, akhirnya aku menjadi sayang kepada Sam. Namun begitu, luka pada telinga Sam yang membawa bersama bau hanyir telah menghalang aku memeluk dan memandikan Sam. Aku suka kucing..

Hari tu, seperti biasa2nya, Sam akan menyambut ku dengan ngiauan meminta makan , setiap pagi tatkala aku membuka pintu rumah. Pun begitu, hari itu tidak ada apa2 utk kuberikan pada Sam. Aku selalu berbual dengan Sam, dan pagi itu aku katakan pada Sam, "tunggu jap..nanti aku gi beli". Lalu aku menapak ke Petronas yang hanya beberapa langkah dari rumahku. Setelah aku belikan sepeket wiskas, aku terus balik ke rumah dengan sangkaan Sam akan menunggu seperti biasa. Tapi Sam tidak ada dan sangka ku tentu Sam ke rumah sebelah, mencari makan.Biarlah..

Sudah seminggu kelibat Sam tidak kelihatan.Tinggallah makwenya si Muka Sedih kese ekoran. Muka Sedih pun spesis sama macam Sam- kucing jalanan. Mukanya dahlah sedih, berkurap lagi..Aku dapat menduga kegelisahan si Muka Sedih tanpa Sam di sisi. Siapalah yang sudi mencium muka kurapnya itu kalau bukan Sam. Kesian aku padanya, dan setiap kali dia menjengah di depan pintu akan kuhulurkan makannya. Tapi wiskas Sam tetap tidak terusik.Aku menunggu Sam datang. cuak juga di hati, entah2kan Sam dah mati. Dulu masa Adik (kucing jiran yg menumpang dirumahku) nak mati, perangainya pun pelik juga. Ah..aku lontarkan fikiran2 tentang kematian Sam jauh2.

Semalam, hanya sehari aku tinggalkan rumah, aku rasa kelainan suasana di rumah. Ada bau yang busuk. Sangkaku sampah tidak diangkat oleh Alam Flora. Maklumlah hari Ahad. Aku periksa setiap tong sampah dalam rumah dan luar rumah. Tidak ada bau busuk tersebut walaupun ada sampah yang tak dikutip. Puas aku mencari punca bau itu namun hampa. Waktu itu jam sudah hampir 8.00 pagi dan aku harus segera ke ofis. Sebaik aku hendak ke kereta, aku terpandangkan pasu bunga yang terbalik di laman kecil depan rumah. Lalu aku dekati untuk membetulkannya. Tiba-tiba gelodak angin dan kecuran liur dan juraian air mata menerjah diriku.

Buweekk!!Buweekk!!Buweekkk!! Angin tersebut menolak2 perut ku mengeluarkan liur di mulut dan mengalirkan air mata panas.Ada bau busuk yang amat. Aku tahankan sedikit utk meninjau apa puncanya dan tak lain, ia adalah Sam yang tergelimpang di celah pasu bunga.Ulat penuh di tengkuk Sam yang sudah kehilangan bulu itu. Kugagahi untuk masukkan Sam ke dalam plastik sambil membuweekk beberapa kali.

Sam, kau pergi jua akhirnya. Diriwayatkan pada hari Hisab nanti semua makhluk akan dihisabkan dengan adil. Termasuklah juga binatang dengan binatang. Tersebut dalam satu riwayat bahawa kambing yang tidak bertanduk akan diberi kesempatan untuk membalas tandukan kambing yang bertanduk kepadanya semasa di dunia dahulu. Sesudah binatang2 itu diadili, diriwayatkan Allah taala akan berkata kepada mereka, "Jadilah kamu tanah". Ketika itulah orang2 kafir akan berkata "Aduhai ! Sekiranya aku pun menjadi tanah seperti itu"

Hakikatnya, kita insan akan di adili dan akan menerima akbibat dari perbuatan kita di dunia ini, walau sebesar zarahpun. Sesudah di adili, kita akan menerima samada syurga atau neraka. Kita tidak akan menjadi tanah seperti binatang tersebut. Dan ketahuilah, kehidupan di akhirat adalah kekal dan tiada kematian di akhirat. Renung2kanlah sahabat...

No comments: