Pages

kematian adalah sebaik-baik peringatan.....

Monday, November 9, 2009

Wahabi?


Bahaya Wahabi

Oleh Roslan Ibrahim dan Mohd Fadly Samsudin

rencana@hmetro.com.my

www.hmetro.com.my/Curr...ndexv_html


Waspada 'tajdid' Wahhabi

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemubual Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah

 Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mahfuz Muhammad bagi mengupas

 isu ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm


Sedikit ulasan tentang bahaya wahabi dan kekeliruannya.

Quote::

Kehadiran golongan itu di sini dapat dirasakan berikutan ada pengikutnya berani mencerca ulama ahlu Sunnah Wal-Jamaah termasuk amalan sunat yang terdapat dalam ajaran Islam seperti doa qunut dan berzikir selepas solat.

Benarkan golongan sunnah mencerca amalan doa qunut dan zikir lepas solat? Hanya yang tak faham sunnah je akan cerca perkara khilaf. Mungkin penulis tak tau beza antara cerca dan kritik.

Quote::
Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat Islam bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak berkuasa agama di Malaysia.

Mintak pihak berkuasa selesai isu politik dulu. Isu politik lebih memecah belahkan masyarakat.

Quote::
Mereka juga seperti musuh dalam selimut kerana sukar untuk mengenal pasti golongan ini apatah lagi mereka turut hadir dalam majlis agama, bersolat di masjid atau surau dan tidak mengaku diri mereka pengikut ajaran Wahabi.

Mengapa kita mahu mengaku wahabi sedangkan kita bukan wahabi? Siapa pun takkan mengaku pencuri kalau dia bukan pencuri?

Quote::
Bagaimanapun, secara halus mereka menyusup dalam kelompok masyarakat Islam di negara ini dengan menghina mazhab Ahlu Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi rujukan umat Islam dengan membawa Islam mudah sehingga masyarakat keliru.

Islam mudah? Bukankah Rasulullah s.a.w sendiri memilih perkara mudah antara dua perkara selagi mana ia tidak haram? Apa takrifan mudah? Bukan semua pendapat yang dipegang itu mudah. Apakah pendapat wajib solat jemaah di masjid yang dipegang sebahagian oleh ulama'2 salafi itu mudah? Apakah pendapat wajib isbal pada sebahagian pendapat ulama2 salafi itu mudah? Tak tepat menilai mudah hanya kerana meninggalkan amalan2 yang tak dilakukan salaf.

Tak tepat mengatakan menghina ASWJ sedangkan tiada sepakat ulama dalam menetapkan amalan2 yang disebut penulis.

Quote::

Fahaman Wahabi turut menolak ijmak dan qias. Ijmak ialah persepakatan dalam hukum syarak di kalangan umat Islam dari satu zaman ke satu zaman selepas Nabi Muhamad s.a.w wafat.

Ini jelas dibuktikan dengan firman Allah s.a.w yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman. Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Surah an-Nisaa', ayat 115).

Jadi, wajib kita mengikut apa yang diputuskan ijmak kerana ia senarai yang ketiga terpenting daripada sumber perundangan Islam

Adakah terdapat ijma' dalam zikir jahar lepas solat? amalan yasin malam jumaat? dan lain2 amalan yang dianggap 'sunnah'?

Quote::
"Golongan Wahabi tidak berpegang kepada mana-mana mazhab kononnya hanya berpegang kepada al-Quran dan hadis.

"Tetapi, sejarah membuktikan ramai tokoh tersohor Islam seperti Imam Nawawi, Imam al-Ghazali, Termidzi, Bukhari dan Muslim berpegang kepada mazhab yang empat itu," katanya.

Setakat yang diketahui, Syeikh Muhammad Abdul Wahab bermazhab hanbali. Juga Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah banyak menaqalkan kata-kata Imam Ahmad dalam majmu' nya.

Quote::
Katanya, tuduhan Wahabi terhadap beberapa amalan yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia seperti doa qunut, membaca al-Quran di atas kubur dan wirid selepas solat membuatkan umat keliru.

Ia bukan tuduhan, tapi qaul ulama sebelumnya yang membincangkan perkara tersebut. Umat keliru kerana kita ta'sub pada satu pendapat.Jika kita terbuka,insyaAllah takda yang keliru.

Namun, kita bersetuju memang kekadang pendekatan kita tak kena dalam sesetengah hal.

Quote::
Merujuk kepada buku Makna Sebenar Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi yang dikarang oleh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari yang turut disemak oleh Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahma d, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya serta Yang di Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Saleh Ahmad menyebutkan ulama bersepakat mengenai pembahagian bid'ah antara yang terpuji dan tercela. Orang pertama yang mengatakan demikian ialah Umar r.a.

Setakat yang diketahui, ulama bersepakat tiada bi'dah hasanah dalam ibadah khusus. Pembahagian bid'ah hanya pada sudut bahasa.

Quote::
Ulama juga bersepakat bahawa sabda Rasulullah s.a.w yang menyebutkan: "Setiap yang bid'ah itu sesat" adalah hadis umum yang perlu dikhususkan.

Adakah wujud ijma' dalam penafsiran hadis tersebut? Apapun, yang diketahui istidlal hadith itu menunjukkan yang tiada hasanah dalam bid'ah agama.

Quote::
Al-Imam Ibn Lub dalam menyangkal pendapat golongan yang tidak menyenangi amalan berdoa selepas sembahyang mengatakan perkara berkenaan tidak diamalkan generasi salaf.

Namun, tidak mungkin mengatakan hukumnya haram atau makruh kerana perkara yang dilakukan itu mempunyai asas dalam syarak.

Ibadah khusus tak boleh disyariatkan dengan dalil umum. Ia perlu disyariatkan dengan dalil yang khusus. Jika tidak, boleh je sesiapa nak berjoget lompat2 sebut nama Allah(menggunakan ayat ar-Ra'du 13:28).

Namun, dalam bab berdoa ia memang luas. Cuma jangan di'tiqadkan mesti lepas solat. Masalahnya masyarakat ada yang menganggap wajib doa jemaah lepas solat.

Quote::
Mengenai amalan membaca wirid beramai-ramai selepas sembahyang. Memang ia tidak pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w, tetapi tidak haram. Sesiapa yang mendakwa amalan ini diharamkan bererti dia melakukan pembohongan atas nama Allah s.w.t.

Pengharaman amalan itu tidak disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Pengharaman wanita menjadi imam bagi lelaki pun takda dalam hadith. Apakah ia akan jadi halal? Perlu difahami kaedah usul dalam ibadah ialah haram hinggalah menjadi halal.

Jika setiap perkara dalam ibadah khusus boleh ditambah sesuka hati, maka apa gunanya surah al-Maidah ayat 2? Apakah kita mendapat wahyu yang sesuatu amalan itu wajib @ sunnah sedangkan ia tak dilakukan salaf?

Quote::
Hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidaklah berkumpul satu kaum di dalam rumah Allah sambil membaca al-Quran dan mengulangkaji antara sesama mereka melainkan turunlah kepada mereka ketenangan, dan mereka diliputi oleh rahmat dan dinaungi oleh malaikat, dan Allah menyebut perihal mereka kepada makhluk yang di sisiNya."

Hadis ini memberikan kefahaman bahawa membaca al-Quran secara beramai-ramai di dalam masjid adalah disyariatkan.

Dalam Sahih Muslim terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asya'ari daripada nabi s.a.w yang bersabda yang maksudnya: "Selalulah membaca al-Quran, demi Dia Yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, al-Quran itu lebih mudah terlepas (hilang) daripada unta yang diikat." (Muslim. Kitab Salah al-Musafirin (231/791).

Ini istidlal yang salah. Adapun al-quran boleh dibaca secara bertadarus berdasarkan hadith sahih. Tak diketahui ia dibaca beramai2 atas dengan satu suara, pada waktu tertentu. Ini semua memerlukan dalil.

Sekali lagi menggunakan dalil hadith yang umum tidak tepat. Ini dalil fadilat baca al-quran dan bukan dalil mengharuskan al-quran secara jemaah dengan satu suara.

Apakah jawapan kita pada mereka yang baca al-quran beramai2 sambil menari dan kemudian menjustifikasikan dengan hadith di atas?

Quote::
Kesimpulannya, dari segi tauhid, fahaman Wahabi bukan ajaran baru atau termasuk antara 73 cabang ajaran sesat, cuma ia boleh menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat Islam kerana pendekatan yang diambil terlalu mudah tetapi bahaya.

Alhamdulilah, mereka tidak menghukum mereka sesat. Bab pendekatan tu mungkin benar tapi nak kata mudah perlu dinilai semula.

Quote::
Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya:

# Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah

Pegangan ibnu Taimiyah mengikut ulama2 salaf. Maka sebenarnya kita ikut ulama salaf dan bukannya ibnu Taimiyah secara mutlak

Quote::
# Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq)

Kita berpegang kepada apa sahaja mazhab selagi mana mereka menafsirkan nas2 dengan benar. Talfiq dibenarkan dengan syarat bukan hendak bermudah2 dengan agama tapi dengan niat menghampiri kebenaran

Quote::
# Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias

Ini dusta, rasanya tak perlu ulas sehinggala mereka membawa hujah bagi pernyataan ini

Quote::
# Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)

Bukan semua tawasul yang diharamkan, hanya tawasul kepada manusia dengan anggapan manusia tersebut berpengaruh atas doa.

Quote::
Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w

Bab ziarah kubur ada dalam hadith maka tak benar dakwaan ini.

Quote::
Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik

Setuju, apa beza berhala dan tugu? Ia mungkin tak disembah sekarang tapi sapa tau in future. Mengikut usul fiqh, lebih baik menutup apa2 pintu kemudaratan.

Quote::
Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya

Pujian pada Rasulullah s.a.w dibenarkan dengan syarat tak berlebihan dan atas fakta yang sahih. Bukan fakta dusta seperti yang terkandung dalam barzanji. Sebaik2 pujian ialah selawat ketika solat.

Quote::
Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain

Sambutan dibenarkan namun tak perlu mengagungkan tarikh. Sebab tarikh tu pun khilaf. Yang penting intipatinya bukan tarikhnya. Sambutan juga bukanlah sambutan yang sesuai dengan sunnah.

Quote::
Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya

Kembali kepada ajaran tauhid yang mudah lebih diutamakan.

Quote::
Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh

Apa itu fahaman Ash'ari? Bukankah dia sendiri kembali kepada salaf?

Quote::
Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah

Ini dusta, tak siapa yang melarang membaca bismillah pada fatihah. Cuma dibincangkan samada ia dibaca kuat atau perlahan

Quote::
Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w

Apakah wujud wirid yang lebih baik dari selawat nabi s.a.w? Jika nak baca wirid dibolehkan asalkan tidak dijadikan ibadah khusus dan maknanya tidak berlebihan.

Quote::
Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja

Dusta, dalam hadith shahih nabi menyuruh untuk melagukan al-Quran. Cuma saya tak tahu tentang bolehnya melagukan azan.

Quote::
Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang

Benar, rujuk sunan ad-darimi tentang bantahan Ibnu Mas'ud tentang zikir jemaah. Tidak diketahui ada dalil khusus membolehkan zikir jemaah dengan satu suara

Quote::
Amalan tariqah dilarang sama sekali

Hanya tariqat yang sesat diharamkan.


Quote::
Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras

Imam Syafie sendiri kata boleh zikir kuat lepas solat untuk mengajar makmum tentang zikir sunnah. Setelah diketahui, maka hendaklah diam

Masalahnya di Malaysia setiap kali lepas solat 'wajib' zikir kuat, jika tak buat maka dituduh wahabi.

Peringatan Ulama Islam Tentang Golongan Pemecah Belah


Analisis IsuOleh: Anak_Pejuang

Assalamu'alaikum.
Saya tertarik dengan Artikel Pandangan Rasmi Jakim Mengenai Wahhabiyyah.

Namun penghantar artikel itu lupa mengapa Jakim menolak Wahhabi di Malaysia iaitu :

Pada asasnya kerajaan menolak kehadiran fahaman Wahhabiyyah atas dasar ia boleh menimbulkan kekecohan dan perpecahan di kalangan umat Islam. Ia sepertimana yang telah diputuskan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998). Ia juga dibincangkan berkali-kali di dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM pada kali ke-14 tahun 2000, kali ke-20 tahun 2002 dan kali ke-23 tahun 2003.

Kesemua keputusan perbincangan adalah menjurus kepada menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu-isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia.Memang tidak dinafikan fahaman Wahhabi inilah yang telah menimbulkan pecah belah di Malaysia bahkan di seluruh dunia, menghukum sesat majoriti ulamak dan umat Islam. Benarlah seperti yang disebutkan oleh ulamak :

Sesungguhnya benarlah apa yang pernah diungkapkan oleh ahli hikmah bahawa penawar boleh menjadi racun jika disalahgunakan atau jatuh ke tangan orang yang tidak ahli dalam menggunakannya. Demikianlah halnya apa yang berlaku ada hadith yang menyeru berpegang dengan Sunnah dan menjauhkan Bid'ah.


Pada Hakikatnya bertujuan memelihara kemurnian ajaran Islam dan mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam. Namun terdapat pihak yang mengunakannya untuk membid'ahkan amalan sebahagian besar umat Islam yang sebahagiannya merupakan pendapat Jumhur Ulama dan yang lainnya adalah masalah khilafiyyah di kalangan para Fuqaha'. Keadaan ini telah menimbulkan ketegangan dan fitnah di kalangan masyarakat Islam di mana sahaja penyakit ini merebak.

Al Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim ketika menggambarkan kesan yang ditinggalkan oleh kegiatan golongan ini terhadap keharmonian masyarakat Islam di Mesir dalam bukunya "al-Salafiyyah al-Mu'assarah" menulis :


"Kita sekarang berhadapan dengan satu gelombang taufan melanda secara membuta tuli, dengan pelbagai dakwaan dan dakyah yang memaklumkan sebahagian besar umat Islam terkeluar daripada agama ALlah... kerana mereka tidak mengikut dan berpegang dengan pendapat yang dipegang oleh golongan berkenaan... hingga memporak perandakan keluarga.. anak menuduh bapanya kufur dan syirik, anak perempuan menderhaka kepada bapa dan menganggapnya ahli bid'ah dan fasik. Ada juga berlaku wanita kahwin dengan lelaki lain tanpa penceraian yang sah dengan suaminya berasaskan anggapan bahawa perkahwinan dengan suami pertamanya tidak sah kerana dia seorang yang kafir..."

Demikian besarnya fitnah yang ditimbulkan oleh penyalah gunaan tafsir nas-nas syarak tanpa berpandukan huraian oleh ulama muktabar. Hal ini memang telah diberikan peringatan oleh RasuluLlah s.a.w dalam sebuat hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi maksudnya:

"Sesiapa yang mentafsir al Quran tanpa ilmu maka bersedialah menduduki tempatnya di dalam neraka."

Ia turut diakui oleh Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayali yang pernah menjawat sebagai Ketua Lembaga Pengawasan Da'wah di Dubai. Iaitu golongan yang suka menggunakan nama seperti Firqotun Najiah, Muwahhidun, Salafi ini telah menghukum kafir kepada penduduk di Abu Dhabi dan Dubai hanya kerana mereka bermazhab Maliki dan mengikut aliran Asya'iroh sehingga beliau telah menulis sebuah buku yang menerangkan pengkafiran yang telah dilakukan oleh golongan ini terhadap umat Islam beserta bukti-buktinya.

Contoh pengkafiran yang telah dilakukan oleh golongan Wahhabi Salafi ini ialah :

1. Dalam Mukhtashar Muslim lil Hafiz al Munziri ketika berkomentar hadith no 2060 tentang turunnya al Masih alaihis salam di akhir zaman. Sheikh Albani berkata :
"Ini jelas menunjukkan bahawa Isa 'alaihissalam akan berhukum dengan syari'at kita dan memberi keputusan dengan al Quran dan Sunnah, bukan dengan selain keduanya iaitu Injil atau Fiqh Hanafi atau yang seumpamanya".
Pernyataan Albani ini telah dibidas oleh Dekan Fakulti Usuluddin Universiti al Imam Muhammad bin Su'ud al Islamiyah Riyadh iaitu Dr Ibrahim al Manshuri di Akhbar Harian 'Ukkaz dalam tiga makalah yang ditampilkan bersiri. Beliau berkata :
"Bagaimana anda menyamakan mazhab-mazhab dengan Injil yang sudah tidak asli dalam hal kebatilan? Dan bagaimana pula anda menggolongkan para pengikut mazhab yang empat berada dalam kesesatan seperti Yahudi dan Nasrani dan bahawa semua itu adalah pengikut kebatilan sebagaimana sangkaan anda?
*Sheikh Albani menyamakan Fiqh Hanafi yang dalil dan hujjahnya adalah dari Al Quran dan Sunnah dengan Injil yang terang jelas sudah terpesong.

2. Di dalam Akhbar al Muslimin ad Dauliyah : apabila ditanya tentang 2 imam besar iaitu Imam An Nawawi dan Ibnu Hajar (semoga keduanya dirahmati ALlah) :
"Sesungguhnya kedua Imam itu memiliki aqidah yang rosak dan melakukan penyimpangan (tahrif) dalam beberapa masalah I'tiqad".
3. Safar al Hawali dalam risalahnya bertajuk Minhaj al Asya'iroh fil Aqidah hal 28 :
"Seandainya dikatakan bahawa al Hafizh Ibnu Hajar adalah orang yang tidak menentu aqidahnya nescaya ia lebih mendekati kebenaran".

Antara bukti golongan wahhabi salafi ini menghukum sesat kepada ulamak Islam dan jemaah Islam yang boleh dibaca secara langsung dari laman web :

1. Menghukum sesat kepada Prof Dr Yusof al Qardhawi, Imam Hassan al Banna, dan Jemaah Ikhwan Muslimin :

http://salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=630

2. Menghukum sesat kepada Imam Hasan al Banna :

http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=375

3. Menghukum sesat kepada golongan Asya'iroh :

http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=715

Dan banyak lagi contoh-contoh hukuman sesat, kafir dan syirik tanpa hak yang dilakukan oleh golongan yang melampau ini.

Sumber :

1. Kata Pengantar Mufti Wilayah Persekutuan Dato' Wan Zahidi Bin Wan Teh, Makna Sebenar Bid'ah Satu Penjelasan Rapi, al-Sheikh al-Hafiz al-Fadl Abu Al Fadl AbduLLah al-Siddiq al-Ghumari, Middle East Global ,2003, Selangor

2. Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayali, Al Firqah An Najiah Hia Al Ummatul Islamiyyah Kulluha

sumber:keluarga ambuyat

No comments: