Pages

kematian adalah sebaik-baik peringatan.....

Wednesday, July 4, 2012

Nisfu Syaaban



Imam syafiiy rahimahullah mengatakan : "Telah sampai kpd kami bahawa doa itu dimakbulkan 


pada 5 malam, iaitu malam Jumaat,malam eidul fitri,malam eidul adha, malam pertama bulan 


Rajab Dan malam Nisfu Syakban". Kemudian dia mengatakan : "Selain itu,disunatkan utk 


berdoa pd setiap malam tersebut. ( petikan daripada kitab Lataif al Maarif karya Ibn Rajab al 


Hanbali, bab amalan2 pada bulan Syakban )

Sunday, April 22, 2012

Petua Murah Rezeki dan Kesenangan Hidup

Petua Murah Rezeki
dan Kesenangan Hidup

1. Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

2. Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tidak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab, menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.

3. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.

4. Rupa mukanya berseri. Tidak hairanlah jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.

5. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tidak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, InsyaAllah, apa pun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang di dalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

6 Perkara Yang Mendorong Seseorang Itu Mengumpat

‎ Menurut Imam Al Ghazali

SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah. Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.

Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka.

Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat:

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk
menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah:

Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar;

#Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang;

#Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

Thursday, April 12, 2012

18 sebab jin merasuk manusia

18 sebab jin merasuk manusia 
oleh:

(Share kepada rakan-rakan anda....)

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Friday, April 6, 2012

Rasm Al Quran Terpelihara.


PENINGGALAN Nabi Muhammad SAW yang paling bernilai kepada umat Islam adalah al-Quran dan sunnahnya. Walaupun Rasulullah SAW tidak pernah membaca satu kitab pun sebelum dibangkitkan menjadi Rasul atau menulis satu kalimah tetapi baginda menggalakkan umatnya mempelajari ilmu tulisan dan bacaan.
Ia sebagaimana tindakan baginda kepada tawanan Perang Badar. Lebih utama lagi adalah membuktikan bahawa al-Quran yang dibawanya bukan ciptaan baginda tetapi diturunkan oleh Allah SWT.
Perkembangan teknologi yang berlaku sepanjang tahun hingga ke hari ini juga memberi kesan kepada Mushaf.
Jika dulu al-Quran ditulis dengan tangan tetapi pada hari ini ia dicetak dengan mesin menggunakan teknologi terkini. Al-Quran juga kini boleh dimuat turun dalam bentuk digital.
Cetakan al-Quran dan al-Quran digital masih lagi menggunakan kaedah tulisan yang diwarisi daripada Rasulullah SAW.
Penjagaan yang rapi untuk memastikan bacaan al-Quran tidak berubah dan nilai warisan daripada Rasulullah SAW terus terpelihara.
Keunikan rasm al-Quran ini terus terpelihara kerana ulama selalu memberi fatwa dan nasihat kepada umat Islam supaya menjaga nas al-Quran.
Imam Ahmad umpamanya berkata, haram menyalahi khat mushaf Uthman walaupun pada huruf wau, ya, alif dan yang lain.
Imam Baihaqi pula berkata sesiapa yang menulis Quran maka hendaklah menjaga ejaannya yang telah ditulis para sahabat dan jangan menyalahi atau merubah apa yang telah mereka tulis.
Ini kerana sesungguhnya mereka (para sahabat) adalah orang yang paling banyak ilmu, yang paling betul hati dan lidah, yang paling beramanah berbanding kita maka tidak selayaknyalah kita merasa sangsi untuk mencari kesalahan mereka.
Selain itu, pengekalan rasm al-Quran terus terjaga kerana ia memberi kesan kepada bacaan kitab suci tersebut.
Umpamanya, kalimah rahmat yang ditulis dengan dua bentuk sama ada berakhir dengan ta' marbutah atau ta' maftuhah.
Jika kalimah rahmat ditulis dengan ta' marbutah di akhirnya, ketika wakaf ia dibaca dengan hadan jika akhirnya ialah ta' maftuhah, ketika wakaf ia dibaca dengan ta.
Segala tanda dalam al-Quran meliputi baris, tasydid, tanda mad (panjang), sukun (mati) dibincangkan ulama terdahulu dengan teliti.
Setiap satunya ditanda dengan ulama bersepakat berdasarkan kepada kejelasan dan hujah.
Umpamanya tanda fathah (baris atas), asalnya adalah alif yang dicondongkan. Tandadhommah (hadapan) asalnya wau yang dikecilkan dan semuanya itu amat bersesuaian dengan bacaan fathah di mana mulut pembaca akan terbuka dan jika pembaca membacadhommah mulut si pembaca akan muncung.
Hasil sepakat ulama dan hujah yang kuat ini menjadikan masyarakat Islam seluruh dunia boleh membaca al-Quran tanpa ada kekeliruan.
Namun ada juga setengah pihak yang ingin menandakan al-Quran dengan alamat yang baru.
Walhal mereka tidak menghafaz al-Quran sebagaimana ulama terdahulu, kitab-kitab Dabt danRasm tidak pernah mempelajari bahkan tidak ada dalam simpanan mereka sebagai rujukan.

Utusan Malaysia Online, Ruangan Ugama.Arkib: 16/112011