Pages

kematian adalah sebaik-baik peringatan.....
Showing posts with label judi. Show all posts
Showing posts with label judi. Show all posts

Monday, April 4, 2011

MCA bantah pengharaman judi di Kelantan



MCA tetap bertegas membantah pengharaman sebarang bentuk perjudian di Kelantan termasuk tiket loteri dan bercadang membawa perkara itu ke mahkamah sebagai jalan penyelesaian.

mca post cc meeting pc 130311 chua soi lekPresiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ini kerana keputusan kerajaan PAS Kelantan mengharamkan perjudian itu menyalahi peruntukan perlembagaan yang turut menjamin hak-hak bukan Islam.

"MCA bukan menyokong perjudian tetapi apa yang dilakukan kerajaan PAS Kelantan mengharamkan judi jelas telah menyalahi peruntukan perlembagaan yang menjamin hak-hak bukan Islam dalam soal ini.

"Kami (MCA) tidak dapat menerima penjelasan pemimpin PAS Kelantan dan selepas ini kami akan berbincang di peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan pemimpin kerajaan Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Dr Chua mengetuai delegasi MCA yang terdiri daripada pimpinan parti termasuk Naib Presiden Gan Ping Siew dan Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong. 

Kerajaan Kelantan pula diwakili Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Speaker Ahmad Zaki Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Datuk Annuar Tan Abdullah.
Bukan sesi dialog

NONESambil menegaskan MCA menghormati hak orang Islam, Dr Chua berkata cadangan membawa isu itu ke mahkamah bersandarkan kepada penafian hak bukan Islam seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang persekutuan.

Beliau turut hairan kerana selain Pengerusi DAP Karpal Singh, pemimpin pembangkang yang lain mengambil sikap berdiam diri terhadap isu tersebut.

Sementara itu, Takiyuddin ketika ditemui berkata pertemuan selama hampir sejam tersebut bukan sesi dialog, tetapi membolehkan kerajaan Kelantan menjelaskan isu perjudian yang menjadi dasar PAS sejak memerintah pada 1990 lagi.

"Kita mengalu-alukan pertemuan dan perbincangan seperti ini yang memberikan ruang kepada kita untuk memperjelaskan isu ini dengan lebih terperinci lagi," katanya.

NONEBeliau berkata isu pengharaman judi itu bukan perkara baru sebaliknya telah dibuat sejak 1990 selepas mengadakan perbincangan dengan semua kaum di Kelantan.

"Dalam pertemuan itu semua kaum bersetuju perjudian sesuatu yang tidak digalakkan dalam agama dan berdasarkan itu kita telah mengharamkan perjudian
ini," katanya.

Katanya kerajaan Kelantan juga berpegang kepada keputusan untuk tidak mengkaji semula pengharaman itu.

- Bernama

Tuesday, March 15, 2011

Anwar tegur Nik Aziz haram semua perjudian

Berita harian online
Oleh Nazura Ngah, Norakmah Mat Youb dan Zanariah Abd Mutalib
bhnews@bharian.com.my
2011/03/15

PAS, PKR, DAP adakan perbincangan Khamis 

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pendiriannya mengharamkan segala perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak sekutunya DAP supaya menarik balik pengharaman berkenaan.
Anwar berkata, sepatutnya kerajaan Kelantan berbincang bersama dengan pemimpin parti lain sebelum melakukan sebarang perubahan dari segi undang-undang, peraturan atau pelaksanaan undang-undang di negeri itu.
"Saya percaya ini akan memberi gambaran tepat sekali gus mengelakkan salah faham yang boleh mengeruhkan suasana atau disalah tafsir," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pembangkang di Parlimen di sini, semalam. 

Turut hadir, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. 

Isnin lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, kerajaan Kelantan tetap tidak berganjak dengan keputusan mengharamkan perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak supaya pengharamannya ditarik semula. 

Berikutan pengharaman itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh mendesak kerajaan Kelantan supaya menarik balik pengharaman itu kerana ia dibenarkan kepada kaum bukan Islam di bawah Undang-Undang Kerajaan Persekutuan dan Kelantan. 
Sehubungan itu, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata beliau menyambut baik kesediaan PAS untuk berbincang bersama PKR dan DAP berhubung pengharaman segala perjudian termasuk loteri kebajikan di Kelantan, selewat-lewatnya Khamis ini. 

“Lokasi perbincangan itu masih belum ditetapkan sama ada di Kedah atau Kelantan,” katanya. 

Anwar yang juga Penasihat PKR itu berkata, antara yang terbabit dalam perbincangan itu nanti termasuk Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. 

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pilihan raya Sarawak, Abdul Hadi, berkata pembahagian kerusi antara parti sudah hampir selesai berdasarkan persetujuan semua pihak. 

"Hanya ada sebahagian kecil saja yang belum ditentukan. Bagaimanapun ia dijangka selesai sebaik saja pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak," katanya. 

Sunday, March 13, 2011

Haram loteri: MCA mahu jumpa MB Kelantan

Salhan K Ahmad
Mac 13, 11
Malaysiakini

MCA akan mengadakan pertemuan dengan menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata perkara itu ditimbulkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu petang ini.
"Pejabat saya telah hubungi pejabat menteri besar Kelantan untuk (tetapkan) tarik sesuai bagi kita bertemu dan mendapatkan penjelasan daripadanya
"Kami tidak beminat untuk berjumpa dengan sesiapapun selain Nik Aziz kerana beliau diiktiraf sebagai (mursyidul am) PAS.
"Kita tidak berminat untuk berdebat dengan sesiapapun... Kita cuma mahu faham, kenapa selepas 20 tahun barulah (langkah pengharaman) dikuatkuasakan," kata Chua lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu petang ini.
Tambahnya, parti itu juga mahu menegaskan kepada Nik Abdul Aziz bahawa MCA tidak menggalakkan masyarakat untuk berjudi.
"Judi bukan satu budaya orang Cina... Tapi ini adalah soal kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan.
"Kita tidak akan terima nilai yang dikenakan ke atas kita oleh agama lain," katanya lagi.
Tambahnya, MCA juga akan menyokong tindakan undang-undang yang akan diambil oleh salah seorang anggota jawatankuasa pusat parti itu ke atas Majlis Perbandaran Kota Baru - Bandar Raya Islam.
Chua berkata, Datuk Ti Lian Ker akan mengambil tindakan itu memandangkan pihak berkuasa tersebut bertanggungjawab menguatkuasakan pengharaman berkenaan.
"Kita mahu mahkamah buat keputusan sama ada tindakan ini selari dengan perlembagaan," kata Chua lagi.