Pages

kematian adalah sebaik-baik peringatan.....
Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Friday, December 25, 2009

Air mata di surau

Malam ini kami khatam Quran setelah hampir setahun mempelajarinya dari ustaz Ismail. Kelas sekali seminggu setiap hari jumaat lepas maghrib. Ustaz begitu istiqamah dalam menunaikan amanah tugasnya. Waktu satu jam digunakan sepenuhnya. Kerap terjadi jemaah yang tidak tahu akan jadual pengajian terpaksa tunggu sehingga habis kelas untuk berjemaah Isyak. Ustaz datang dari Sunway, bayangkan kesesakan yang beliau perlu tempuhi hanya untuk mengajar orang2 dewasa mengaji dan ilmu tajwid. kekadang ustaz mentafsirkan surah2 yang kami baca.

Aku cukup senang dengan ustaz. Pernah sekali semasa solat Isyak selepas mengaji, air mataku meleleh keluar dek kerana sayu yang datang tiba2. Sayu melihatkan susuk tubuh ustaz yang agak aku tak berapa jauh senior dariku. Sayu mengenangkan kesungguhan ustaz mengajar kami walhal saguhati yang disumbangkan oleh surau mungkin cukup2 buat duit minyak keretanya sahaja. Begitu, orang berilmu yang istiqamah dalam mencurahkan ilmu tidak mengira wang ringgit.

Malam ini air mataku meleh lagi tatkala azan isyak dikumandagkan. Bukan sayu kerana azan itu tapi sayu mengenangkan ustaz. aku sayangkan ustaz ni. Mungkin doaku dulu agar Allah kurniakan guru yang mursyid telah termakbul, dan hari ini penamat kepada pengajian kami. Pernah ku usulkan kepada imam agar diteruskan khidmat ustaz dengan modul tafsir pula. Namun imam tidak boleh berbuat apa kerana pengerusinya adalah karkun yang lebih mementingkan kepada fadhail amal. 

Seusai solat isyak, imam mengajakku menemaninya untuk minum2 dengan ustaz. Sementara menanti ustaz, imam terluahkan ketidak puasan hatinya dengan pengurusan surau yang hanya bersemangat menjalankan usaha dakwah tapi tidak dalam menambahkan ilmu. Rupanya imam sekepala dengan ku. Aku hanya tersengeh mendengar getusan hati imam. Aku masih di kira baru dalam komuniti di sini. Namun aku khabarkan juga kepada imam, sebenarnya aku dalam era memprotes. Sebab itu majlis2 karkun tidak ku sertai. Aku boikot kerana permintaanku supaya malam2 yang terluang di isi dengan pengajian disanggah oleh ajk. Mereka lebih mementingkan usaha tabligh.

Bukan aku menentang tabligh, malah aku pun pernah  ikut juga . Cumanya, aku rasa pengisian ilmu harus seiring dengan usaha tabligh. Mungkin nafsu ku mengatasi rasional lalu aku ambil tindakan boikot ini. Moga Allah berikan ku petunjuk dan moga Allah datangkan ilmu yang lebih lagi ke surau ini.

Dan kini ku sedari indahnya hidup bila berada di gelanggang ilmu. Moga Tuhan berikan ku kekuatan untuk mencari dan mengamalkan ilmu2Nya. Amin. Buat Ustaz, jazakallahu khairan kathira. Halalkan ilmu2 yang telah ustaz ajarkan kepada kami dan semoga Allah merahmati ustaz sekeluarga.

Tuesday, August 25, 2009

10 SIFAT HATI YANG KEJI


1.TAKBUR (MEMBESARKAN DIRI)

Rasulullah ada bersabda dalam suatu hadis qudsi,Firman Allah taala:

Kebesaran, ketinggian itu selindangKu, keagungan itu kain pakaiKu, maka sesiapa yang cuba merebut (bersifat dengan) salah satu dari keduanya, Aku akan campakkan dia ke dalam  api neraka jahanam, Aku tidak peduli.(riwayat Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Nabi bersabda;

Tidak masuk syurga orang yang ada didalam hatinya seberat timbangan biji sawi, sifat takbur (membesar diri)-(riwayat Muslim)

Lawan kepada sifat hati yang tercela ini adalah sifat hati yang terpuji iaiti TAWADHUK.

Sabda Nabi:

Tiada seseorang itu bersifat tawadhuk kerana kebesaran Allah melainkan Allah akan meninggikan (martabatnya).-(riwayat Muslim)

 

2.HASAD DENGKI (BERCITA-CITA /MAHU SUPAYA HILANG NIKMAT DARI ORANG LAIN)

Sabda Nabi s.a.w

Jangan dengki setengah kamu akan setengah yang lain, dan jangan memutuskan silaturrahim dan jangan marah memarahi sesama kamu (benci membenci) dan jangan membelakngkan setengah kamu akan setenga yang lain pada ketika berjumpa, bahkan hendaklah kamu bersaudara wahai hamba2 Allah.(AlBukhari & Muslim)

Sabda Nabi lagi,

Hasad dengki ini memakan kebajikan sebagaimana api memakan/membinasakan kayu api

(Abu Daud)

3.MARAH (AL GHADHAB)

Sabda Nabi:

Sesiapa yang menahan marahnya yang mana jika ia mahu bertindak ia boleh bertindak, nescaya dipenuhi Allah hatinya dengan keamanan dan keimanan  pada hari kiamat.

(Abu Daud)

Seorang lelaki telah dating mengadap  Rasulullah s.a.w, katanya: Perintahkan daku sesuatu pekerjaan dan mohon disedikitkan perintah itu. Maka Nabi bersabda: Jangan engkau marah. Lelaki itu mengulangi lagi permintaannya maka Rasulullah mengulangi lagi sabdanya , Jangan engkau marah .(AlBukhari & Muslim)

 

4.BAKHIL DAN KASIHKAN HARTA

Sabda Nabi

Tiga perkara menjadi sebab kebinasaan – sifat bakhil kedekut yang dituruti, keinginan hawa nafsu yang diikuti dan seseorang yang mengkagumi dirinya.(AtThabrani)

Harta alat yang mesti digunakan untuk mencapai keredhaan Allah.

 

5.CINTAKAN KEMEGAHAN

Firman allah taala

Kebahagiaan di negeri akhirat itu Kami sediakan bagi orang2 yang tidak hendakkan ketinggian di muka bumi dan tidak mahukan berlakunya kerosakan, akibat yang baik adalah bagi  orang2 yang bertakwa.(alQashash: 83)

 

6.CINTAKAN DUNIA

Sabda Nabi:

Kasihkan dunia itu kepala segala kejahatan-(AlBaihaqi)

 

7.MENGKAGUMI DIRI (‘UJUB)

Menganggap dan merasakan dirinya lebih dari orang lain seperti lebih berilmu, banyak ibadat dsb. tanpa bimbangkan kehilangan perkara2 tersebut dan melupai bahawa ianya dalah pemberian dari Allah kepadanya. ‘Ujub adalah punca takbur.

Sifat ini merbahaya dan tercela  kerana ia membinasakan pahala ibadat dan menghilangkan pertolongan Allah taala.

Kata Ibnu Maas’ud:

Kebinasaan itu berpunca dari dua perkara- pertama, putus asa dari rahmat dan kurnia Allah taala. Kedua, merasakan diri lebih dari orang lain lalu memandang lekeh kepadanya (‘ujub).

 

8.RIA’

Memprlihatkan amalan kepada manusia samada bertujuan mahukan pangkat di dalam hati manusia atau mahukan manafaat keduniaan dengan amal ibadatnya. Riak adalah haram dan dinamakan juga syirik kecil (tersembunyi)

Firman Allah:

Maka kecelakaanlah bagi orang2 yang bersembahyang yang mereka itu lalai dari menyempurnakan sembahyangnya, iaitu mereka yang riak. (Al Maun 6:4)

 

Sabda nabi:

Bahawa sesuatu yang paling aku takuti berlaku atas kamu ialah syirik kecil iaitulah riak, di mana pada hari kiamat Allah akan berkata kepada orang2 yang riak semasa di dunia ketika Allah memberi balasan kepada mereka, Pergilah kamu kepada orang2 yang kamu

Tunjukkan amalanmu kepadanya semasa di dunia, adakah kamu akan dapati apa2 balasan di sisi mereka?-(Riwayat Ahmad)

 

9. LOBA MAKANAN /LAHAP MAKANAN

Sabda Nabi:

Tiada memenuhkan manusia suatu bekas yang lebih berbahaya dari perutnya, adalah cukup bagi seseorang makan beberapa suap yang boleh membetulkan tulang belakangnya,..Maka jika tak dapat tidak maka bolehlah di tambah qadar sepertiga bagi makanan, bagi minuman sepertiga dan sepertiga bagi pernafasan-(riwayat Ahmad dan Tarmizi)

Loba makanan adalah antara punca segala kejahatan kerana perut itu tempat keluar bagi segala keinginan. Darinya terjadi keinginan dan membawakan loba harta, membawa kepada inginkan keemegahan, terbit pula sifat riak, takbur dengki dan berseteru.

 

10.BANYAK BERCAAKAP / LOBA BERKATA2

Ia adalah sifat yang tercela kerana bila banyak bercakap akan terkeluar perkataan yang sia2. Perkataan yang sia2 akan menyebabkan gelap hati malahan membawa kepada mati hati.

Sabda Nabi,

Tiada yang menyebabkan manusia tersembam atas muka mereka ke dalam neraka melainkan dosa yang diihasilkan oleh lidah mereka.-(Riwayat Tarmizi)

Sabda Nabi lagi,

Siapa yang banyak cakapnya, banyak tersalahnya, sesiapa yang banyak salahnya banyaklah dosanya. Maka sesiapa yang banyak dosanya, nerakalah tempat yang layak baginya.

(riwayat Abi Naim)