Pages

kematian adalah sebaik-baik peringatan.....

Friday, March 12, 2010

SISTEM FARAID

PENGERTIAN FARAID

Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan di bahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak dll).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.


CARA PENGAMBILAN HARTA PUSAKA

ALLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 11)

Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu. Iaitu; bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka ia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya (sahaja), maka ibunya mendapat satu pertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat satu perenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut) sesudah dipenuhi wasiat yang dia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

(an-Nisa : 11)


ALLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 12)

Dan bagimu (para suami) satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat satu perempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh satu perempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperolehi satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan bapa dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu sahaja) atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja), maka bagi masing-masing dari kedua-dua jenis saudara itu satu perenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang satu pertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang sedemikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.

(an-Nisa :12)


ALLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 176)

Mereka meminta fatwa kepada kamu (tentang kalaalah). Katakanlah Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalaalah (iaitu): jika seorang meninggal dunia, dan dia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu satu perdua daripada harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang lelaki, mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika dia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi kedua-duanya dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika mereka (ahli waris itu terdiri daripada) saudara lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara lelaki sebanyak dua bahagian saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

(an-Nisa : 176)

SENARAI AHLI-AHLI WARIS YANG LAYAK MENERIMA HARTA PUSAKA

Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari dari pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka.

Waris dari pihak lelaki seperti berikut:
1. Anak lelaki
2. Cucu lelaki dari anak lelaki
3. Bapa
4. Datuk
5. Saudara lelaki seibu sebapa
6. Saudara lelaki sebapa
7. Saudara lelaki seibu
8. Anak saudara lelaki dari seibu sebapa
9. Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa
10. Bapa saudara seibu sebapa
11. Bapa saudara sebapa
12. Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa
13. Sepupu dari bapa saudara sebapa
14. Suami
15. Hamba sahaya

Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu:
1. Bapa
2. Anak lelaki
3. Suami

Ahli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta pusaka iaitu:
1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan dari anak lelaki
3. Ibu
4. Nenek sebelah ibu
5. Nenek sebelah bapa
6. Saudara perempuan seibu sebapa
7. Saudara perempuan seibu
8. Saudara perempuan sebapa
9. Isteri
10. Petuan perempuan bagi hamba sahaya

Jika kesemua ahli waris diatas wujud, hanya 5 orang yang layak:
1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan dari anak lelaki
3. Ibu
4. Saudara perempuan seibu sebapa
5. Isteri

Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut:
1. Bapa
2. Ibu
3. Anak Lelaki
4. Anak Perempuan
5. Suami/Isteri

Jika Si Mati adalah perempuan dan meninggalkan Suami, maka Suami akan mendapat 1/2 dari harta peninggalan isterinya dengan syarat Si Mati tidak meninggalkan anak (sama ada Anak Lelaki atau Anak Perempuan) atau anak kepada Anak Lelaki(tidak kira lelaki atau Perempuan). Jika Si Mati mempunyai anak atau anak kepada Anak Lelaki, maka Suami akan mendapat 1/4 daripada harta peninggalan isterinya. Sebaliknya jika Si Mati adalah lelaki dan meninggalkan Isteri, maka Isteri akan mendapat 1/4 daripada harta Suaminya dengan syarat Si Mati tidak meninggalkan anak atau anak kepada Anak Lelaki. Sebaliknya isteri akan mendapat 1/8 daripada harta peninggalan suaminya jika Si Mati mempunyai anak atau anak kepada Anak Lelaki.

KADAR DAN SYARAT BAGI SETIAP AHLI WARIS

Berikut adalah bahagian yang diperolehi oleh ahli waris mengikut syarak..

Bahagian Diperolehi

Suami kepada simati

1/2

Tidak mempunyai anak ATAU
Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki

1/4

Mempunyai anak ATAU
Mempunyai cucu dari anak lelaki


Bahagian diperolehi

Isteri kepada simati

1/4

Tiada anak ATAU
Tiada cucu dari anak lelaki

1/8

Mempunyai anak ATAU
Mempunyai cucu dari anak lelaki


Bahagian Diperolehi

Anak Perempuan Simati

1/2

Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki

2/3

2 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak lelaki

ASABAH BI-GHAIRIH

Mempunyai anak lelaki - mendapat separuh dari bahagian anak lelaki


Bahagian Diperolehi

Cucu Perempuan Anak Lelaki Simati

1/2

Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak

2/3

Mempunyai 2 orang atau lebih DAN tiada anak

1/6

Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama dengan
seorang anak perempuan

ASABAH BI-GHAIRIH

Mempunyai cucu lelaki - mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki.
Terhalang disebabkan mempunyai anak lelaki ATAU 2 anak perempuan
atau lebih


Bahagian Diperolehi

Bapa Simati

1/6

Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki

1/6 dan Asabah

Mempunyai anak perempuan ATAU cucu perempuan
dari anak lelaki

ASABAH

Tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki



Bahagian Diperolehi

Ibu Kepada Simati

1/6

Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa

1/3

Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU
tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa

1/3 dari baki

Mempunyai bapa serta suami ATAU isteri


Bahagian Diperolehi

Datuk kepada simati

Sama seperti bapa

Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa



Bahagian Diperolehi

Saudara Perempuan Seibu Sebapa kepada simati

1/2

Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang
menjadikannya Asabah

2/3

Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang menjadikannya Asabah

ASABAH

Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk.

Terhalang oleh

disebabkan adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki



Bahagian Diperolehi

Saudara Perempuan Sebapa

1/2

Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung, bapa
DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah

2/3

Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki,
saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya
Asabah

1/6

Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu
sebapa

Asabah

disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk

Terhalang Oleh

1. Bapa
2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung
3. Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai
anak perempuan dan cucu perempuan
4. Saudara lelaki kandung



Bahagian Diperolehi

Saudara Seibu (Lelaki/Perempuan)

1/6

Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

1/3

Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

Terhalang oleh

Disebabkan adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki


No comments: