Pages

kematian adalah sebaik-baik peringatan.....

Wednesday, April 20, 2011

Sunnah Sewaktu Khutbah Yang Jarang Diamalkan

Sumber dari:  Imam Muda Asyraf on September 29th, 2010
http://www.imamudasyraf.com/v1/?p=28

Kadang-kadang apabila kita asyik dengan melakukan ibadah lalu menambah amalan-amalan yang bukan datangnya daripada Nabi SAW menyebabkan kita terabai dengan amalan yang benar-benar sunnah. Si khatib mahupun si jemaah yang hadir mungkin boleh mengambil sunnah ini sebagai jambatan dalam menambahkan lagi warisan peninggalan Nabi SAW.
Benarlah kata Abdullah ad-Dailamy : â€œSesungguhnya pertama kali hilangnya agama (Islam) adalah dengan ditinggalkannya sunnah. Agama ini akan hilang satu sunnah demi satu sunnah sebagaimana lepasnya tali seutas demi seutas (Al-Lalikaiy, ad-Darimi dan Ibn Wadhdhah di dalam al-Bidawan Nahyu Anha)
Antaranya ialah isyarat tangan dengan jari telunjuk oleh khatib ketika ia berdoa. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW daripada Husain bin Abd Rahman daripada ‘Umarah bin Ruaibah, bahawasanya ia pernah melihat Bisyr bin Marwan berkhutbah di atas mimbar sambil mengangkat kedua tangan untuk berdoa. Lalu Umarah berkata :
(Maksudnya)Semoga Allah SWT memburukkan tangan tersebut. Sesungguhnya aku melihat Rasulullah SAW berdoa hanya dengan isyarat jari telunjuk.Dalam riwayat lain, dia berkata pada hari Jumaat. (  HR Muslim dan At-Tirmizi pada babMakruhnya mengangkat tangan diatas mimbar)
Hadis ini menolak pendapat yang membolehkan khatib mengangkat tangan berdoa ketika di atas mimbar melainkan hanya dengan isyarat jari telunjuk. Imam an-Nawawi berkata â€œDisunnahkan untuk tidak mengangkat tangan ketika berkhutbah, demikianlah pendapat Imam Malik dan pengikut kami ( mazhab Syafi) serta yang lainnya. Walaupun sebahagian dari ulama Salaf dan Malikiyyah berpendapat mengangkat tangan diperbolehkan, namun ianya di satu sudut yang lain iaitu ketika Solat Istisqa. Bukan dalam khutbah Jumaat biasa. ( an-Nawawi, Syarh Sahih Muslim Jil 3, 428. Juga boleh dirujuk dalam kitab Fathul Bari Imam Ibn Hajar al-Asqalani)
Sunnah ketika berdoa
Ini menunjukkan kepada kita dua faedah daripada hadis ini, pertamanya, tidak disunnahkan mengangkat tangan bagi khatib saat berdoa dia atas mimbar. Manakala yang kedua disunnahkan bagi khatib melakukan isyarat jari telunjuk ketika berdoa atas mimbar.

Sunnah berikutnya yang jarang diamalkan adalah, makmum menghadap ke arah wajah khatib ketika khatib sedang berkhutbah. Ramai di kalangan kita apabila mimbar berada jauh darinya ia terus menghadap kearah kiblat dan tidak berpaling ke arah khatib.

Ibn Munzir pernah berkata dalam kitab al-Ausath mengenai keperluan menghadapnya para jemaah ke arah khatib yang sedang berkhutbah Jumaat. Beliau mengatakan bahawa Setiap ulama yang mengetahui hadis tersebut menegaskan bahawa para jemaah solat Jumaat harus menghadap ke arah khatib yang sedang berkhutbah. Antara yang berpendapat seperti itu adalah Ibn Umar, Anas bin Malik, Syuraih dan Atha
Ini berdasarkan kepada hadis dari al-Mustamir bin al-Rayyan: (maksudnya)Aku melihat Anas Bin Malik datang ke masjid pada hari Jumaat, kemudian dia terus bersandar ke dinding dan menghadap ke arah imam.(Riwayat ini disahihkan oleh Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari Jil 2, 467)
Juga berasaskan hadith Mamar ketika mana ia pernah bertanya kepada az-Zuhri tentang menghadapnya para jemaah Solat Jumaat ke arah imam, kemudian az-Zuhri menjawab:Seperti itulah yang dilakukan oleh para Sahabat ( HR Abd Razzaq dalam al-Mussannaf no. 5390)
Jadinya selepas ini marilah sama-sama kita menghadap wajah kita ke arah khatib di atas mimbar. Mungkin dengan sunnah kita yang sedikit ini mampu memberi kita ganjaran yang besar disisi Allah terhadap tindakan kita menghidupkan sunnah yang dilupakan ini.
mengadap khatib
Antara sunnah yang amat penting diamalkan oleh orang Malaysia khususnya adalah sunnah berpindah tempat duduk ketika mengantuk sewaktu khutbah disampaikan. Ramai di kalangan kita yang sudah dari awal-awal lagi meletakkan waktu khusus qailullahnya ketika khatib sedang berkhutbah. Ada yang asyik bersetuju  menganggukkan kepala tanda setuju dengan khatib sehinggalah iqamah dilaungkan. Itulah betapa hebatnya orang Malaysia.

Sunnah memindahkan tempat duduk ketika mengantuk dalam khutbah boleh dirujuk kepada hadis riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya. Sebuah hadis daripada Ibn umar RA dari Nabi SAW bersabda (maksudnya) :

Apabila salah seorang di antara kamu mengantuk pada hari Jumaat, hendaklah ia berpindah dari tempat duduknya.

Alhamdulillah, hari ini kita dapat berkongsi 3 sunnah Nabi SAW yang jarang umat Islam di Malaysia amalkan. Kita berharap semoga dengan mengamalkan sunnah Nabi SAW atas kecintaan kita kepada baginda akan mendatangkan rahmat Allah kepada kita, Insya Allah. Ayuh bersama menghidupkan sunnah Nabi SAW!

No comments: