Pages

kematian adalah sebaik-baik peringatan.....

Monday, January 4, 2010

Blogger Ambuyat El-Binangkit Kembali Kerahmatullah

AlFatihah: Blogger Ambuyat El-Binangkit Kembali Kerahmatullah
SantaiOleh Abu Nuha

Dari Allah kita datang, kepada Dia kita kembali. Ustaz Abidin Omar, 52 tahun, guru di Sekolah Menengah Agama Islamiah Papar kembali ke rahmatullah jam 6 pagi ini di Hospital Papar. Janazah akan dikebumikan di Taman Perkuburan Kg Benoni Papar.


Ust Abidin adalah seorang guru, otai, dan blogger yang menjadi inspirasi saya sebenarnya. Dalam blognya http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/ beliau menulis mengenai dirinya :

TIADALAH AKU MELAINKAN SEORANG HAMBA ALLAH SWT YANG DAIF. KERANA ALLAH HAMBA BERJUANG DAN MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM YANG MAHA SUCI INI(BUKAN ISLAM HADHARI.)”

Mengenai blognya, beliau menulis :

Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.

Kemaskini terakhir blog beliau ialah pada 28 Disember lalu dengan memaparkan berita politik Pakatan Rakyat

No comments: