Pages

kematian adalah sebaik-baik peringatan.....

Friday, January 15, 2010

Pelakon veteran Ahmad C meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Mohamad Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Ahmad C meninggal dunia 12 tengah hari tadi akibat masalah jantung yang dialaminya sejak dua tahun lalu.

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kota Tinggi, Johor Bahru. Berada di sisi beliau ialah anaknya Fauziah, Rozie, Wahida dan menantunya Iskandar.

Selain mereka, beliau mempunyai dua anak lelaki lain iaitu Mohd Sari dan Shahruddin.

Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kota Tinggi selepas Asar.

Ahmad C mula terbabit di dalam dunia perfileman Melayu sekitar era 50-an bermula sebagai budak pejabat di Shaw Brothers, Singapura, sehinggalah beliau dipertemukan dengan rakan seangkatannya iaitu seniman Agong Tan Sri P Ramlee, Datuk Aziz Sattar, S Shamsuddin, dan ramai lagi.

Antara filem yang pernah mengangkat namanya sebagai pelakon berbakat ialah Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Abu Hassan Penchuri, Ibu Mertuaku, Ali Baba Dan 40 Penyamun, Raja Bersiong dan banyak lagi.

Beliau juga pernah menganggotai kumpulan Panca Sitara 1 dan 2 sekitar tahun era 50-an bersama P Ramlee, Kassim Masdor, Aziz Jaafar dan Normadiah.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20100114190915/Article/index_html

No comments: